Tips Guru Baru Posting

0
5

Berkhidmat sebagai guru baru bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan tahap kesabaran serta ketabahan yang tinggi untuk mendidik anak-anak bangsa. Terutama kepada guru baru yang baru posting.

Berikut merupakan tip berguna yang boleh dipraktikkan oleh guru- guru yang bakal ataupun baru posting. Semoga bermanfaat.

Bertanya Dengan Senior

Sebagai seorang giru baru semestinya masih banyak selok belok berkenaan pengurusan sekolah dan juga perkara-perkara yang melibatkan kegiatan pelajar. Almaklum sahaja, anda masih baru di sekolah tersebut. Untuk permulaan, sentiasa beramah mesra dengan guru-guru lama di sekolah tersebut bagi memudahkan anda untuk berurusan di sekolah itu. Jalinkan hububgan komunikasi yang baik sesama guru, pasti perjalanan hidup anda sebagai seorang guru baru dilancarkan.

Elakkan Kebergantungan Yang Tinggi

Sebaiknya, jika anda sebagai guru baru mampu menjalankan segala tugas anda dengan profesional dan tidak terlalu bergantung kepada guru-guru senior. Walaupun anda guru baru, tetapi anda telah dibekalkan dengan latihan yang cukup padu ketika menjalani pembelajaran di IPG. Ternyata, sebarang urusan kerja dapat anda lakukan tetapi hanya perlukan sedikit pemantauam daripada guru senior. Pemantauan bukan bermakna anda perlu bergantung harap sepenuhnya kepada mereka.

Baca Juga :  Pengeluaran KWSP Usia Muda Yang Perlu Anda Ketahui

Tabah

Apabila anda diberi tugas untuk posting di kawasan pedalaman sabah mahupun sarawak, anda perlu lebih tabah dan kurangkan merungut. Ingat kembali tujuan anda memilih profesion guru adalah untuk mendidik anak-anak bangsa. Perlu redhakan hati demi satu tugas yang amat mulia. Jangan pula merungut dan buat acuh tak acuh untuk mendidik anak-anak bangsa yang telah bersedia untuk menerima ilmu daripada anda. Sebagai guru baru, anda perlu lebih bersemangat dan gigih untuk pelajar-pelajar

Tidak Berputus Asa

Tidak dinafikan, mengajar bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memrerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Anda perlu lebih peka dan mempunyai hati yang kental dalam profesion ini. Seharusnya, sebelum posting anda telah lebih bersedia untuk memulakan pengajaran anda. Lebih memudahkan urusan anda, sebaiknya anda kenali pelajar-pelajar anda terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran bagi mengenal pasti pelajar yang lebih memerlukan tumpuan. Dengab begitu, lebih mudah untuk anda menjalankan sesi pengajaran. Hubungan anda dan pelajar juga akan menjadi akrab. Jalinan guru dan pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.

Baca Juga :  Kenapa Gagal Masuk Universiti UPU Lepasan STPM

Jangan Tolak Kerja

Sebagai guru baru, anda perlu untuk mencuba segala kerja yang diberikan tanpa berkira tugas. Timba pengalaman sebanyak mungkin walaupun anda masih baru sebagau seorang guru. Pihak sekolah juga bukanlah terlalu fokus untuk mengerah tenaga anda semata-mata. Namun mereka punya agenda tersendiri untuk melatih dan membiasakan anda dengan kerja-kerja di sekolah selain daripada mengajar. Jangan menganggap kerja tersebut sebagai cara mereka membuli anda yang baru sahaja posting di sekolah tersebut.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Dan

Jika ingin berkongsi Artikel Seperti Di atas..

Sertai Pertandingan Penulisan Kami

Hadiah Terkumpul Sehingga RM 100

Maklumat Lanjut

MENARIK

Aplikasi Pendapatan 50k sebulan, hanya pengguna android dan smartphone sahaja Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta
Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut ) Kekosongan Upah Tugasan Menaip dan Memasukkan data dari Syarikat Terpilih ( Maklumat Lanjut )

Apa Komen Anda :