Tips Menangani Tekanan Hidup

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah perkara biasa. Semua insan mengalami tekanan sama ada yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan sebagainya. Tekanan boleh melibatkan fizikal juga mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang tersayang, masalah kewangan, kerugian, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, ,  atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.

stressed

Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secara automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Walaubagaimanapun, apabila respons ini terlalu banyak tanpa kita membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka kita boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kecerdasan, kesejahteraan, tenaga,  serta hubungan peribadi dan profesional. Lantaran itu, kita perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Hakikatnya, tekanan juga boleh membawa kesan positif. Kita perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja dengan cemerlang.

Terdapat banyak cara untuk mengatasi tekanan yang disarankan dalam Islam:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

download

Ambil wuduk sebelum melakukan apa apa pekerjaan. Jiwa akan menjadi tenang. Kerja yang susah akan menjadi senang. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah masuk ke kepala.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

 

 

  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Bacalah Al-Quran walaupun satu ayat. Jadikan Al Quran sebagai teman hidup maka bacalah Al Quran pada bila bila masa.

  • Banyakkan Solat Sunat

Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Bangunlah pada sepertiga malam dan dirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

  • Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

  • Bersangka baik dengan Allah

Semuanya adalah ujian daripada Allah untuk menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

  • Amal diet dengan disiplin yang kuat

Jangan makan berlebihan. Makanlah makanan yang seimbang.

  • Menangis dengan sepuas hati

Anda bisa menangis jika rasa tertekan. Tangisan anda mampu mengurangkan kesakitan dalam jiwa anda. Jangan risau anda tidak perlu menangis di hadapan sesiapa, cukup sekadar dihadapan Allah.

download (1)

  • Hargai kebolehan diri sendiri

Yakin diri. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

  • Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

 

Wallahualam.

2 thoughts on “Tips Menangani Tekanan Hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *