Tips menarik peminat

0
8

Dalam menghadapi kehidupan, seorang insan tidak lari dari sentiasa berhadapan dengan orang ramai. Kehadiran ramai orang disekeliling kita banyak memperlihatkan ragam dan perilaku. Setiap perhubungan sekeliling memerlukan hubungan yang lebih baik supaya diri merasa beharga. Sifat semulajadi manusia sentiasa inginkan sokongan dan perhatian dari rakan sekeliling membuatkan perhubungan ini amat penting. Namun demikian niat untuk mendapatkan teman dan peminat seringkali terjejas kerana beberapa perkara yang tanpa disedari. Untuk mendapatkan ramai peminat atau rakan terdapat beberapa tips yang bersesuaian.

  • Kebersihan/kekemasan – Perkara utama yang perlu diambil kira, hal ini kerana pandangan pertama merupakan sesuatu yang boleh memberikan persepsi permulaan, oleh itu perlu untuk kita jaga kebersihan badan, anggota dan juga pemilihan pakaian.
  • Minat mendengar – Mendengar merupakan perlakuan asas yang perlu diambil kira sekiranya inginkan teman dan peminat yang ramai. Hal ini kerana sifat kita yang sentiasa tenang dan gemar menjadi pendengar yang baik membuatkan rakan kita rasa dihargai dan rasa gembira. Ketika mendengar kita mengikut tatacara yang menunjukkan kita fokus mendengar dan tidak melakukan banyak pegerakan ketika mendengar. Perlakuan kita ini membuatkan peminat kita akan senang untuk meluahkan dan rapat pada kita pada hari yang lain pula.
  • Mudah setuju – Kadangkala sifat yang terlalu rigid dan terlalu tidak memahami juga membuat orang rasa tidak selesa dengan kehadiran kita. Kadangkala kita perlu senang untuk setuju cadangan dan idea yang dilontarkan kepada kita demi membuatkan rakan atau peminat kita rasa dihargai dan diterima.
  • Mudah memberi penghargaan – Penghargaan juga perlu sentiasa diberikan kepada peminat kita, kadangkala setiap perbuatan yang cuba disumbangkan perlukan sedikit pujian dan penyataan terima kasih demi membuatkan peminat kita rasa disayangi atau dihargai.
  • Bercakap bahasa positif – Bercakap juga merupakan aspek penting dalam perhubungan. Untuk menarik peminat kita perlu seentiasa tuturkan bahasa yang lembut, nada yang perlahan serta panggilan yang nama yang mengembirakan. Hal ini dapat memberikan keselesaan kepada rakan kkta dalam bergaul
  • Mudah memaafkan – Perasaan memarahi merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam perhubungan terutama diri ditipu atau dipermainkan, namun demikian sekiranya wajar memaafkan diri seharusnya banyak mempertimbangkan untuk memberi peluang kerana menyedari manusia sentiasa melakukan kesilapan.
  • Senang membantu – untuk diminati kadangkala perlukan sedikit pengorbanan, hal ini kerana sifat semulajadi manusia lebih gemar mendapat sokongan dan bantuan, adalah lebih mesra jika kita senang menghulurkan bantuan semasa orang sekeliling memerlukan bantuan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :