Tips Mengenali Durian Masak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Tips Mengenali Durian Masak 1
Raja Buah

Musim maklumat tentang kerjaya tak sehangat sebelum ini, hal ini mungkin sekarang ini banyak institusi yang telah memulakan pengajian dan latihan. Kebiasaanya pengambilan akan dibuat awal tahun dan antaranya ada sebulan dua lagi dari sekarang untuk pengambilan pertengahan tahun.

Sementara menunggu maklumat-maklumat kerjaya, untuk mengelakkan xpresi dari kesunyian dengan informasi, saya tuliskan dalam kategori xinfo tentang durian.

Durian memang popular dikalangan masyarakat, peminatnya bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun tidak ketinggalan. Durian digelar sebagai raja buah mungkin kerana rasanya yang enak dan manis serta keadaan buahnya yang berduri sesuai dengan gelaran yang diberi.

Ketika hendak membelinya, pasti ada antara kita yang sukar mengenalpasti durian tersebut telah masak atau tidak. Ada beberapa tips mudah untuk sahabat mengenalpasti durian yang telah masak atau tidak :

  • Cium bau durian – Cara ini paling popular, anda boleh mencium bau durian yang hendak dibeli. Ada kelainan bau yang terbit jika buah itu masak atau tidak. Buah yang masak lebih kuat baunya, manakala buah yang tidak masak kurang baunya. Kadangkala bau yang terlalu kuat seakan bau tempoyak tidak sesuai dibeli kerana ia mungkin terlalu tua dan isinya terlalu masak hingga nak masam. Bau yang terbaik adalah bau durian yang sederhana masak iaitu isinya baru nak ranum masak. Tapi hati-hati, kaedah cium buah ini berbahaya kepada yang hidungnya terlalu mancung, kerana mungkin menyebabkan kecederaan dihidung akibat terkena duri ketika cubaan mencium.
  • Lihat kulit durian – Kaedah ini memerlukan penglihatan yang fokus sehingga terbeliak mata, perhatikan jangan beli yang ada lubang tada dikorek tupai, selain itu jangan memilih kulit yang ada tompokan hitam menunjukkan ianya sudahpun busuk. Memilih kulit yang dah merekah menunjukkan ia dah masak, tetapi merekah yang terlalu besar sebenarnya menunjukkan ia telahpun lama gugur dan kemungkinan durian yang terlalu tua dan tidak enak dimakan.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti
Tips Mengenali Durian Masak 2
Duri yang jarang
  • Lihat duri – Jika nak memilih durian, cuba lihat durinya. Pastikan durinya jarang dan tumpul, kadangkala duri yang jarang menunjukkan ketebalan isinya.
  • Berat durian – Cuba angkat durian tersebut, jika terlalu ringan tidak sesuai dengan saiznya ia menandakan tidak sesuai dibeli kerana terlalu masak dan tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *