Tips Pilih Kasut Futsal

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Futsal juga merupakan sukan pilihan ramai, kasut futsal perlu pilih dengan baik supaya kualiti bermain lebih sempurna. Mungkin tips pilih kasut futsal dibawah boleh menjadi panduan.

Tips Pilih Kasut Futsal 1
Kasut futsal dari http://blog.irwan.name

Hmmm… sebut pasal bola ni yang mana meminati sukan bola sudah pasti dari mengantuk jadi segar. Dahulunya, kebiasaannya bola dan padang tidak dapat dipisahkan. Sekarang, zaman pertalian arus masa sudah melonjak jauh ke hadapan…apa yang pastinya sukan futsal makin terkenal di kalangan para peminat yang meminati sukan bola. Oleh yang demikian tanpa bola dan kasut memang tidak dapat dipisahkan.

  1. Pilih yang ringan – Pilih kasut yang ringan supaya senang anda berlari ke sana ke sini untuk kejar bola. Bukannya untuk pergi kawad.
  2. Ikut Bajet– Apabila sebut pasal bajet sudah pasti anda tahu berapa harga  yang mampu. Sekiranya lebih bajet dapatlah anda membeli kasut futsal yang lebih mahal sedikit. Untuk mereka yg bercita-rasa tinggi, perlulah menyimpan bajet yang banyak. Kesimpulannya, kebiasaan kasut futsal ni makin mahal harganya, makin berkualitilah produk tersebut.
  3. Tapak kasut tidak mudah haus– Semasa membeli kasut tu cuba anda beli dari yang berlainan jenama. Mungkin daripada situ anda akan tahu sendiri jenama mana yang lebih tahan lasak dan lebih lama dipakai. Satu lagi, kalau nak kenalpasti mana satu tapak yang bagus, cuba bandingkan lenturan yang mahal dan murah.
  4. Pilih Ikut bentuk kaki– Beli kasut futsal mengikut bentuk kaki anda. Tidak perlu untuk tengok kaki orang lain.Sekiranya kaki anda jenis lebar jangan pula beli yang berbentuk slim. sebelum beli, pastikan ada ruang 1 inci antara depan kasut dengan ibu jari kaki. Tidak perlulah ketat sangat dan jangan longgar sangat.
  5. Warna – jika anda seorang pemain yang agresif pilihlah warna yang gelap. Jika anda seorang yang mementingkan gaya, pilih lah warna terang-terang. Ini penting supaya pergerakan anda sukar dikesan semasa menyerang.

6 thoughts on “Tips Pilih Kasut Futsal

  1. saya kaki lebar macam Hulk ….
    kaki saya pelik sikit ..kaki kanan lebar biasa2 ..kaki kiri lebar gila ..
    susah betul nak cari kasut (tak kisah kasut apa2)
    sekarang pakai nike tiempo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *