Tips tenangkan hati dari unsur sekitar

Ketenangan hati merupakan sesuatu yang diidamkan oleh ramai orang, rasa ketenangan ini boleh membuatkan kelegaan dan keselesaan dalam diri terutama ketika diri menghadapi kesibukan dan konflik. Sebenarnya ada banyak cara untuk mencari ketenangan diri terutama dengan kembali pada iman dan agama. Namun demikian ada cara altenatif lain untuk mencari kegembiraan dan ketenangan dalam diri.

Ada kajian yang dibuat menggosok kucing boleh membuatkan tekanan darah menurun, hal ini kerana sifat kucing itu sendiri yang manja serta mudah refleks pada sentuhan. Pada kebiasaan sekiranya seseorang mengusap kucing ia akan bertindak balas manja terhadap orang yang menggosoknya. Oleh kerana itulah hati pengusap kucing itu akan terhibur dan rasa dihargai hingga menyebabkan tekanan darah menurun serta ketenangan.

Baca Juga :  Kanak-kanak Berusia 7 Tahun Disahkan Gila Kerana Belajar

Pernahkah anda lihat ikan berenang? mungkin sukar untuk melihat ikan berenang, tetapi anda boleh berada di tepi kolam yang jernih atau melihat akuarium ikan. Ada juga kajian yang membuktikan dengan melihat ikan berenang membuatkan kita hilang tekanan dan keresahan. Sifat ikan itu sendiri yang berenang lembut disokong pergerakan rumpair yang melambai serta bunyi buih air merupakan melodi yang mampu buat hati tenang dan melupakan masalah seketika. Hal ini ditambah lagi berkesannya dengan melihat ikan yang berwarna warni yang kilauannya sebagai hiburan hati yang muram.

Menarik :

Baca Juga :  Cerita Budak Paling Bodoh Di Dunia

Bersukan merupakan sesuatu yang penting juga untuk tenangkan hati, hal ini kerana bersukan memberi peluang untuk diri melepaskan segalanya yang tersekat dalam diri. sebagai contoh sekiranya anda tidak puas hati dan ingin bersuara, didalam sukan anda diberi peluang untuk berteriak. Begitu juga pergerakan-pergerakan yang terbatas dapat dilepaskan ketika bersukan. Selepas sukan otot-otot akan keletihan menyebabkan kita hendak berehat sehingga mampu melupakan masalah dan seronok berehat.

Akhir sekali sesuatu yang percuma pencipta beri kepada kita ialah dedaun. Pernahkah anda melihat daun ditiup angin? Sekiranya anda fokus dan melihat daun di pokok ditiup angin dan melambai-lambai serta mengeluarkan bunyi desiran itu mampu sayukan hati dan membuatkan hati membayangkan keredupan dan kedamaian. Mungkin sekiranya anda tertekan atau serabut cubalah mendekatkan diri pada keindahan maha pencipta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *