Tugas Guru Akan dikurangkan & Perpindahan guru diperhebat

Satu berita gembira untuk dikongsi bekenaan status facebook MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Satu kenyataan telah dikeluarkan bahawa beban tugas guru akan dikurangkan dan lebih ramai guru yang duka lara akan dapat berpindah tahun hadapan. Kenyataan tersebut juga telah diulas lagi oleh media massa surat khabar dan media elektronik.

Beban Tugas Guru Dikurangkan

Beban Tugas Guru Dikurangkan

Kedua-dua berita tersebut merupakan berita gembira kepada guru-guru yang kini menggalas beban tugas yang berat dan juga permohonan perpindahan yang sukar diterima. Masalah beban tugas ini sebenarnya mula berlaku apabila perlaksanaan sistem online dan juga pertindihan fungsi sama yang perlu guru-guru laksanakan. Sebagai contoh satu sistem dibuat bertujuan memudahkan urusan tetapi kerja-kerja yang sebelumnya pula tidak dihapuskan menjadikan guru perlu melakukan 2 kerja walaupun fungsinya sama.

Keluhan guru seperti perlu menanda kedatangan dalam buku kedatangan yang disediakan dengan sesempurna mungkin dan data tersebut pula perlu dimasukkan ke sistem online. Walaupun ia berbeza offline dan online tetapi hakikatnya tetap sama. Walaubagaimanapun ia adalah salah satu contoh mudah, sebenarnya ada banyak lagi kerumitan yang perlu diperhalusi demi kestabilan emosi guru-guru supaya kualiti pengajaran guru meningkat.

Baca Juga :  Keputusan UPSR 2016 Online dan SMS

Langkah menteri pendidikan dilihat amat baik kerana sebenarnya terlalu banyak perbezaan antara tugas guru dahulu dan kini. Perbezaan ini amat baik untuk dikaji dan penambahbaikan sangat dialukan oleh ramai guru.

Menarik :

Menurut Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2016 MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid  ada menyebut tentang isu ini pada  wartawan pada majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Machap Umboo, Alor Gajah.

Baca Juga :  Tarikh Cuti Sekolah 2017 KPM Terkini

10,000 lagi permohonan guru duka lara dipertimbang September ini

Perpindahan guru diperhebat

Perpindahan guru diperhebat

Satu lagi berita gembira yang dikhabarkan sendiri oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid . Isu perpindahan guru memang sudah lama berlaku sejak ramai guru yang ditempatkan sebelum ini. Selain itu pertambahan institusi pendidikan yang menawarkan pengajian pendidikan perguruan juga sebagai faktor ramai yang ditempatkan. Masalah lain ialah ketidakseimbangan penempatan guru di sesebuah daerah/ sekolah membuatkan isu ini menjadi lebih rumit. Walaupun masalah tersebut semakin cuba diselesaikan, kini pihak pengurusan atasan membuat langkah yang baik untuk mempertimbangkan pertukaran guru yang berjauhan dengan pasangan masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan, pasangan yang hidup berjauhan pastinya mempunyai emosi yang tidak stabil seterusnya pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti pengajaran dalam kelas.

Baca Juga :  Bajet 2017 Pendidikan dan Kerjaya Guru

Satu persoalan juga dibangkitkan, bagaimana pula guru-guru yang terlalu lama berkhidmat jauh di perantauan? Mungkin guru yang terlalu lama berkhidmat jauh diperantauan perlu dipertimbangkan juga kerana sudah pasti mempunyai masalah tersendiri yang perlu diperhalusi. Pasangan yang berkahwin setiap tahun pastinya bertambah dan tempat yang dihajati pasti akan sentiasa dipenuhi golongan ini sehinggakan guru yang lama bertugas yang kerap membuat permohonan akan berterusan kecewa.

2 Berita baik yang diumumkan itu sangatlah ditunggu guru-guru semoga niat murni diteruskan demi menambahbaik kualiti perguruan kita.

Tagged with 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *