Video Dasar Laut Taman Marin UMS

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kembali lagi untuk penulisan bagi kategori Xronda yang saya akan tulis pada setiap hari sabtu dan ahad setiap minggu, kategori Xronda ini akan saya tulis segala pengalaman saya tentang tempat2 yang telah saya lawati di dalam dan luar negara.

Kali ini saya nak sambung tentang pengalaman saya membawa pelajar lawatan di Muzium Marin UMS, Post lepas saya ada sertakan gambar2, tapi kali ini jom kita tengok videonya pula. Dalam Muzium Marin UMS ni ada 3 tangki ikan yang paling menghiburkan, tangki mula di pintu masuk adalah tangki untuk ikan-ikan kecil.

Cantik sungguh ikan2 tu kan? ada beza kalau ikan laut ni, kalau ikan sungai kebanyakannya jarang yang warna lain selain dari warna hitam, putih dan kuning. Kalau ada pun jarang2 kita jumpa ada warna biru. Tapi kalau ikan laut ni, semua warna dia kebas.. Jom tengok tangki ikan sederhana besar pulak.

Ikan-ikan tu banyak, penyu pun ada…Penyu tu lah yang paling manja dan jinak..kira bintang paling popular la kat situ..Kalau di tangki ikan besar pun ada yang popular. Kalau nak tahu, ikan2 di tangki ikan besar ni betul2 besar..sebesar seorang manusia tau..

Okays..itu sahaja video yang sempat saya ambil, yang lain tak ingat nak ambil sebab asik mengambil gambar..sorry yer..Bagi sesiapa yang nak ke Muzium Marin UMS ni boleh la ke Universiti Malaysia Sabah, Semua orang boleh masuk, bayaran RM 5 utk dewasa dan RM 3 Untuk kanak-kanak dan pelajar, ia dibuka mulai pukul 9 pagi..Selamat bercuti..

2 thoughts on “Video Dasar Laut Taman Marin UMS

    1. yer..masuk situ rasa sejuk pun ada..sejuk mata memandang..hilang stress :dance: :dance: kalau menyelam mungkin kalau pergi di pulau2 sabah di KK tu.. 😀 :yes:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *