Warna dan ertinya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Salam persahabatan, untuk kali ini kita akan kenal lebih mendalam tentang maksud warna..Warna amat penting dalam kehidupan kita memandangkan ia sentiasa mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian..Kanak-kanak dan wanita juga amat meminati warna pada setiap miliknya serta kadangkala warna ini mampu memberikan mood kepada si pemakai serta tanggapan individu lain. Warna ini juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi pemikiran orang yang menghadapinya. oleh itu adalah penting untuk kita mendalami lebih lagi tentang maksud warna itu sendiri.

Warna Merah

Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita. Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala Merah muda menggambarkan alam percintaan.

Warna Biru

Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

Warna Kuning

Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

Warna Hijau

Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.

Warna Hitam

Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan. Sinonim dengan warna malam, ilmu hitam dan elegen.Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menampakkan dirinya hebat.

Warna putih
Warna putih lebih terkenal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begitu, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna puteh ini adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.

30 thoughts on “Warna dan ertinya

  1. saya suka merah,biru, hitam and putih …tapi saya lebiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh sssssssyuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkkaaaaaaaaaaaaa MERAH! 🙂

  2. Saya mahu buka restoran tidak lama lagi. Sehingga kini saya tidak dapat lagi cari warna yang sesuai untuk restoran saya. Boleh anda beri cadangan?

    1. saya ni art student. kalo mngikut pola warna, kombinasi merah kuning/ atau merah/hitam bagus untuk kedai makan. Alasannya mudah, mengikut psykology warna merah boleh membangkitkan selera seseorang selain dari boleh menarik perhatian orang yg memandang. Sbb tu restoran makanan segera selalunya menggunakan warna merah dan sebab tu jugak trafic light ada lampu merah, supaya org memberi perhatian.

  3. salam.. saya baru sedar baru2 ni warna kegemaran saya dah bertukar.. sebelum ni sy mmg suka purple.. sangat suka, majority pakaian saya purple. even kereta pun purple.. but now, sy suka kombinasi kaler OREN dan GREY.. apa maksudnya tu ye? =)

    1. Salam.. kalau oren di lebih pada suka aktif, suka kerja yang tidak berstruktur dan suka langgar peraturan. Kebiasannya yang minat oren ni punyai pemikiran kreatif dan lain dari yang lain.

  4. encik, saya ada 1 masalah percintaan, tapi setelah saya taip panjang lebar dalam word, saya baru lah sedar saya tak boleh nak copy dan paste dalan box ini. Fiziesss, bagaimana saya nak paste perihal masalah saya ini supaya encik boleh baca?

    1. Hehe..sory..mmg right clik disable..aiza boleh paste kat box tu..klik kat box tu, kat tempat nak paste.. tekan ctrl jangan lepas..tekan v.. Ctrl+V

    2. saya dah cuba dah nak masuk chat dengan encik, tapi tak berjaya, hem macam mana nie? encik boleh tak add saya di FB encik? alamat E-mail saya nie , encik guna ya unuk cari FB saya ya? terima kasih , sebab sudi buat web yang berkongsi masalah dan pendapat macam nie, saya di sini dah tak tahu siapa lagi nak ceritakan masalah ini, nak buka mulut ceritakan hal nie pada orang rumah takut kena marah lepas tu kena paksa nanti lupakan si A pulak…, saya tak sanggup….T_T

      1. Knape tak hantar kat box tu jer..boleh org lain pun bagi pandangan.. tekan ctrl dan V sahaja..dia akan paste…sebenarnya saya tak chat utk fb tu..sbb sy terlalu sibuk jika buka chat tu..tapi xpelah..nanti sy add..tapi bukan malam ni sy bantu..sbb mlm ni dah lewat..: )

    3. wah…aiza..rumit sgt ke masalah percintaan awak ni….seram saya membacanya….selamat menyelesaikan masalah awak tu…

      1. Hehe…warna purple ni susah nak diertikan..hehe…tapi ada kajian katakan..jika ramai org berlainan warna berjalan bersama…pandangan pertama akan tertumpu pada org yang memakai warna purple.. : )

Leave a Reply to Eliea Milee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *