Ramai orang yang sedang gelisah dengan kerja dan kerjaya masa depan masing-masing. Dunia kini memaksa setiap orang mempunyai kerja dan kedudukan kewangan yang mencukupi untuk meneruskan hidup dengan selesa dan tidak bermasalah.
Bila sebut pasal kerja, pasti dikaitkan dengan kelulusan yang anda ada. Memang diakui sekiranya anda inginkan kerja yang bergaji tinggi, anda perlu mendapatkan kelulusan tinggi seperti ijazah, sarjana ataupun doktor falsafah.
Tetapi tahukah anda, didunia ini masih ada kerja yang tidak memerlukan pengajian tinggi tetapi mempunyai gaji yang lumayan lebih dari RM 2500 sebulan?
Kerja yang tidak memerlukan kelulusan tinggi dan lumayan
Berniaga
Ini adalah yang paling hangat dipraktikan dalam dunia, berniaga adalah salah satu cara untuk mendapat pendapatan tinggi walaupun anda tidak belajar tinggi hanya cukup sekadar tahu membaca dan mengira. Perniagaan ini boleh membawa anda menjadi orang yang berduit bergantung pada pengurusan kewangan dan pegurusan perniagaan anda yang mana ilmunya boleh anda dapati dari semasa ke semasa melalui pengalaman. Ramai jutawan yang dihasilkan dari perniagaan ini dan ada juga yang jatuh miskin dari berniaga ini.
Juruterbang
Untuk menjadi juruterbang, pengajian tinggi tidak diperlukan tetapi Kemahiran Tinggi diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang. Kemahiran tinggi memandu jurterbang boleh diperolehi dengan kos belajar memandu di Akademi Penerbangan tidak kira tajaan atau Swasta. Kebiasaanya gaji yang diperolehi sekitar RM 10,000 keatas.
Agen Insuran
Menjual insuran juga tidak memerlukan pengajian tinggi, Sebaliknya untuk menjadi seorang Agen Insuran berjaya haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Setiap kemahiran komunikasi ini boleh diperolehi melalui latihan yang disediakan oleh agen atau hasil dari pengalaman dan intensif sendiri. Untuk memohon Agen Insuran, anda hanya perlu menghubungi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Syarikat Insuran yang banyak dinegara kita ini. Gaji kebiasaanya sekitar Rm 4,500.
Agen Hartanah
Bidang hartanah merupakan satu bidang yang lumayan. Hartanah tidak kira mengenai asset melibatkan tanah, rumah, kedai atau berkaitan dengannya merupakan peluang terbaik untuk mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Bidang ini memerlukan modal yang tinggi, namun demikian ada juga yang tidak memerlukan modal dengan berfungsi sebagai penjual hartanah yang mengambil upah menjual berdasarkan komisyen yang diberi.
Agen Bebas/ Upah
Bagi yang ada kemahiran seperti kemahiran grafik, perkhidmatan juga berpeluang mengambi upah dari perkhidmatannya. Sebenarnya banyak produk di Dunia ini memerlukan agen/ promosi dari anda, sekiranya anda pandai mempromosi anda akan dapat lebih komisyen dari jualan tersebut. Ada yang aktif dan mampu meraih ribuan ringgit dari kerja-kerja yang hanya mengambil komisyen hasil perkhidmatan mempromosi ini.
Penasihat Kewangan
Sebagai penasihat kewangan peting sebagai khidmat nasihat pengurusan kewangan pelanggan. Perkhisdmatan termasuk memberi cadangan terbaik menguruskan kewangan serta pengurusan untuk lebih jimat dan untung dalam pelaburan dan simpanan mereka. Dikesempatan itu anda juga boleh mempromosikan produk yang anda mempunyai komisyen darinya dengan mementingkan situasi menang-menang.
Rig Operator/ Pengendali Pelantar Minyak
Dalam industry minyak ini ada banyak peluang pekerjaan disana. Untuk bekerja disana anda hanya memerlukan sedikit masa untuk latihan sebelum anda mula bekerja. Gaji yang dibayar juga amat lumayan lebih-lebih lagi anda dibayar dengan duit luar Negara. Kerja-kerja yang wujud berkaitan seperti :
- Welding Inspector
- Welding QC Co-ordinator
- Plant Inspector
- Offshore Inspection
- Non-destructive Testing
- Plastics Welders
- Welder
Kebiasannya gaji lebih dari RM 15,000
Wireman
Dengan sedikit latihan yang mana anda boleh dapat melalui kursus tajaan atau swasta anda akan boleh menawarkan perkhidmatan memasang pendawaian elektrik dan membaikpulih elektrik. Anda mendapat pendapatan hasil dari upah dan juga menjual produk elektrik yang diperlukan untuk pemasangan tersebut.
Chargeman
Chargeman mengendali, menyelenggara, merancang dan menyelia kemudahan dan pengurusan utility alat operasi, elektrik atau elektronik institusi. Selain itu, tugas seperti menyelesaikan masalah dan membetulkan kegagalan elektrik pada panel voltan, gen-set, peralatan elektrik, lampu, sistem pendawaian dan aksesori. Mereka juga bertanggungjawab dalam mengamalkan dan mengikuti prosedur kerja, pengemasan, dasar keselamatan dan mematuhi semua undang-undang, peraturan yang berkaitan dengan sistem elektrik. Kebiasanya gaji yang dipohon sekitar RM 5000 keatas.
Pegawai Keselamatan dan kesihatan
Sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan mengguakan kemahiran dan pengetahuan dalam menggalakkan budaya kesihatan dan keselamatan dalam organisasi di tempat kerja. Selain itu mereka juga memastikan majikan mematuhi undang-undang pekerja dengan memberi nasihat terbaik demi keselesaan pekerja. Kajian juga dibuat demi memastikan kesihatan dan keselamatan organisasi berada pada tahap yang baik. Kebiasaanya gaji yang dipohon lebih dari RM 10,000
Bagaimana dengan pilihan anda? Jangan bimbang jika anda tidak berjaya meneruskan pengajian, mungkin ada rezeki yang terbuka luas untuk anda. Berusahalah bergiat aktif dan memohon pekerjaan yang ada. Sebenarnya apa sahaja pekerjaan didunia ini akan membuatkan anda berjaya. Semuanya memerlukan anda rajin berusaha, namun demikian segalanya akan gagal sekiranya anda MALAS.