10 Tarikh Penting Permohonan UPU Wajib Maklum

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Universiti
UPM

Permohonan UPU merupakan satu perkara penting untuk ke UA atau institusi awam lain. Permohonan UPU ini mempunyai ketetapan tarikh tertentu dalam proses membantu pelajar layak ke Institusi/ university awam. Sebagai pemohon seharusnya mengambil peduli tarikh penting dalam proses permohonan ini supaya tidak ketinggalan dan melayakkan diri untuk diterima dalam permohonan UPU yang dibuat.

Permohonan Telah ditutup

Melalui status facebook rasmi UPU telah membuat pengumuman bahawa sistem permohonan telah ditutup. Sebelum penutupan permohonan, pihak UPU telah memberi peringatan berulang kali setiap hari sebelum permohonan ditutup. Namun malang sekali masih ada pelajar yang masih ketinggalan informasi permohonan ini.

Pihak kami sendiri ada menerima email kekecewaan beberapa pelajar yang tidak berjaya memohon UPU. Untuk pengetahuan, permohonan telah ditutup melalui status facebook UPU sejak 5 April 2016 lagi. Menurut status tersebut menyatakan

sebarang permohonan, cetakan slip permohonan, kemaskini pilihan program dan log masuk permohonan tidak dapat dilakukan kerana sistem permohonan telah ditutup. Permohonan juga dinyatakan akan dibuka kembali tahun hadapan  – status facebook UPU Rasmi

Kenapa boleh ketinggalan informasi?

Mungkin ada pelajar yang kesukaran mendapatkan internet atau kesalahan pelajar itu sendiri yang tidak berusaha bertanya rakan atau melayari internet.

Bagi pihak kami, ada baiknya anda langgan update/berita terbaru kami ( percuma ) yang kami sediakan. Anda perlu mendaftar dengan memasukkan email di sebelah kanan atas blog kami ini. dengan kemudahan tersebut, anda akan mudah untuk mendapat peringatan/ update terbaru kami terus ke email masing-masing.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2016

Untuk yang telah berjaya memohon, berikut ialah tarikh penting yang dikeluarkan UPU untuk perhatian supaya tidak ketinggalan lagi.

Anggaran TarikhPeristiwa
(Minggu ke-2 April 2016)Semakan Panggilan Temu Duga (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Mei 2016)Hebahan Keputusan Kemasukan Ke UA/Politeknik Premier (Calon lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-3 Mei 2016)Semakan Panggilan Temu Duga Bukan Pendidikan dan Ujian MEdSI (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-4 Mei 2016)Hebahan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu akhir Mei 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hariPermohonan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Jun 2016)Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Jun 2016)Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Ogos 2016) *Rayuan dalam tempoh 5 hariPermohonan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-2 Ogos 2016)Hebahan Keputusan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
(Minggu ke-4 Ogos 2016)Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)

Selain maklumat diatas, kami juga ada menerima maklumat TIDAK RASMI berkaitan tarikh penting menerusi kiriman email pelawat.

  • Semakan Panggilan Temuduga: 11-14 April 2016 (Minggu kedua April).
  • Semakan Panggilan Temuduga IPGM/UEC: Minggu ketiga sekitar (18-22 April) 2016.
  • Semakan Penempatan Tingkatan 6: 25-28 April 2016 (Minggu terakhir).
  • Semakan Penempatan Pelajar Matrikulasi: 25-28 April (Minggu terakhir April).
  • Semakan Keputusan UA/Politeknik Primier: 09 Mei-12 Mei 2016 (Minggu kedua Mei).
  • Semakan Keputusan Permohonan Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti / ILKA: 16 Mei- 19 Mei 2016 (Minggu ketiga Mei).
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Matrikulasi 2016/2017: 26 Mei 2016.
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 6: 09 Mei 2016.
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi 2016/2017: 27-28 Mei 2016.
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Pelajar Diploma UA/ Politeknik Primier : 02-03 June 2016.
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti / ILKA: 12 June 2016.
  • Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Kktm/KTM/kpm/ikm: 24 June 2016.

Semoga tarikh penting yang dibekalkan ini menjadi peringatan kepada pemohon serta membantu dalam pengurusan permohonan pemohon.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

3 COMMENTS

  1. sekarang dah minggu kedua april…saya nak buat semakan upu untuk spm setaraf untuk adik saya… boleh share link aplikasi semakan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here