11 Tahun Belajar di Sekolah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Rata-rata semua orang di Malaysia pergi ke sekolah selama 11 tahun. Mungkin ada yang 10 tahun mungkin juga 12 tahun atau 13 tahun. Sekolah yang dimaksudkan adalah sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini belum lagi dicampur sekolah tadika, sekolah Tingkatan 6 dan mungkin ada yang lain-lain. Yang ingin diketengahkan disini adalah zaman persekolahan dan bukan matrikulasi ataupun universiti. Mengapa? Kerana amat berbeza sekali sekolah dan universiti terutamanya. Biasanya di universiti pelajar adalah lebih matang dan mempunyai matlamat (walau kebanyakannya tidak).

Selain daripada itu, sekolah juga merupakan kenangan paling manis bagi kebanyakan orang. Kerana itulah setelah meningkat usia, sentiasa merindui zaman persekolahan. Zaman persekolahan disini yang dilalui oleh hampir kesemua rakyat Malaysia melibatkan Darjah 1 hingga Darjah 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Serta ia biasanya terbahagi kepada 3 atau 4 peringkat (umumnya 4).

  • Peringkat 1 : Darjah 1 hingga Darjah 3 – fokus masih tidak tetap lebih kepada mendedahkan kanak kanak ke alam pembelajaran dan sosial
  • Peringkat 2 : Darjah 4 hingga Darjah 6 – fokus untuk UPSR
  • Peringkat 3 : Tingkatan 1 hingga 3 – fokus untuk PMR
  • Peringkat 4: Tingkatan 4 dan 5 – fokus untuk SPM

Mungkin tiada siapa yang nampak sebelum ini atau tidak langsung peduli. Namun, sekiranya dilihat setiap peringkat kita mempunyai 1 peperiksaan penting (selain peringkat 1). Dan ianya berlangsung selama 2 atau 3 tahun setiap peringkat tersebut. Ini bermakna, kita mempunyai 2-3 tahun untuk menyiapkan diri menghadapi UPSR, PMR, dan SPM. Walaubagaimanapun, saya pasti kebanyakan orang termasuk diri saya sendiri memandang ringan terhadap 1 atau 2 tahun awal itu. Paling utama bagi kita ialah tahun yang terakhir. Maka kebanyakan pelajar hanya membuat persediaan di tahun yang terakhir itu. Bagi UPSR, darjah 6 adalah yang kritikal, bagi PMR, tingkatan 3 yang kritikal dan begitu juga dengan SPM, Tingkatan 5 adalah yang kritikal. Kerana itulah guru-guru dan ibu bapa juga bertungkus lumus membantu pelajar pada tempoh masa tersebut. Inilah yang menyebabkan banyak kelas-kelas tambahan diberi kepada pelajar darjah 6, tingkatan 3 dan 5.

11 Tahun Belajar di Sekolah 1
UPSR
11 Tahun Belajar di Sekolah 2
PMR
11 Tahun Belajar di Sekolah 3
SPM

Disebabkan itulah, walaupun kita belajar di sekolah selama 11 tahun, kita masih merasa bahawa masanya amat singkat dan kita amat merindui zaman persekolahan kita apabila meningkat dewasa. Terutamanya, apabila berada di alam universiti kerana pada masa ini kita dipenuhi dengan tekanan belajar yang mana menjadi penentu hidup kita di masa hadapan.

Kesimpulannya, saya ingin mengetengahkan kepada semua terutamnya para ibu bapa bahawa tiada salahnya anak-anak mempunyai masa lapang di peringkat sekolah. Diharap tiadalah ibu bapa yang terlalu MEMAKSA anak-anak belajar dengan terlalu teruk di peringkat ini kerana masih awal.

 

Wallahualam.

Disediakan oleh: niaron

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top