15 Panduan Permohonan UPU Secara online

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Panduan Permohonan UPU secara online adalah seperti berikut:-

1) Pembelian unit ID UPUOnline

PERHATIAN!!!
Calon perlu memilih kategori yang betul semasa pembelian unit ID

Unit ID boleh di beli di kaunter BSN atau di ATM BSN berdekatan dengan anda

2) Layari Portal Rasmi UPU

Selain daripada laman web UPU, calon juga perlu rajin membuka Facebook Rasmi UPU bagi mendapatkan maklumat awal berkenaan dengan tarikh permohonan UPU Online ini.

INFO!!!

Calon dinasihati untuk masuk (log in) dahulu laman web rasmi UPU Online dan DIGALAKKAN daftar dahulu UPU Online ini, selepas keputusan keluar maka anda WAJIB untuk mengemaskini maklumat diri dan keputusan anda.

3) Pastikan kategori anda betul

Contoh kategori yang dimaksudkan adalah:-
√ Program Pengajian lepasan SPM
√ Program Pengajian lepasan STPM dan setaraf

4) Semak syarat kelayakan di e-panduan UPU Online.

KLIK DISINI untuk mendapatkan e-panduan

5) Kira Merit

Terdapat cara pengiraan merit bagi melayakkan diri memasuki bidang yang ingin diceburi. Disini terdapat kalkulator pengiraan markah merit bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf. Calon hanya perlu KLIK DISINI bagi mengira markah merit anda.

PERINGATAN!!!

Pengiraan markah merit setiap calon lepasan SPM dan STPM/ setaraf adalah berbeza.

6) Semak tren permohonan dan penawaran

Setiap tahun mempunyai tren permohonan yang berbeza. Justeru itu, calon sangat digalakkan untuk menyemak tren permohonan dan penawaran terkini. Dalam erti kata yang mudah sentiasa update info berkenaan dengan tren permohonan di dalam laman web UPUOnline ini.

7) Semak laluan kerjaya.

Sebagai calon anda perlu bijak menyemak laluan kerjaya anda. Maksud laluan kerjaya adalah sekiranya anda adalah calon SPM dalam bidang sains, apa laluan kerjaya yang sesuai buat anda dan sebaliknya bagi mereka yang mengambil jurusan akaun mahupun sastera. Anda perlu tahu apakah laluan kerjaya anda selepas ini.

“Bagi calon lepasan SPM/ STPM anda boleh bertanya pendapat cikgu konselor untuk laluan kejaya ini. Jangan ikut kawan kerana ditakuti kawan sememangnya layak akan kerjaya tersebut bagaimana pula kita”

8) Isi permohonan UPUOnline.

9) Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap

Maklumat yang bertanda (*) biasanya merupakan maklumat diri/ keluarga. Ianya penting bagi pihak UPU kerana ianya merupakan pangkalan data bagi mereka mengetahui status calon.

 

PENTING!!!

Pastikan Emil yang digunakan aktif agar segala update daripada pihak upu sampai kepada calon.

10) Pilih pilihan program mengikut keutamaan.

11) Lengkapkan borang permohonan.

12) Klik butang “SIMPAN”

PERHATIAN!!

JANGAN LUPA TEKAN BUTAN SIMPAN DATA BAGI MENGELAKKAN ANDA PERLU MENGISI SEMULA DATA ANDA

13) Cetak slip permohonan.

Cetak (print) slip permohonan bagi calon yang menggunakan komputer di cyber cafe untuk melakukan permohonan ke UPU ini. Tetapi sekiranya menggunakan komputer sendiri, hanya perlu simpan di dokumen anda. 

Sekiranya anda tidak mahu mencetak slip permohonan tersebut, anda boleh menyimpan slip di dalam email anda agar ianya tidak akan hilang. 

14) Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

15) Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

***JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR BARU NAK MENDAFTAR***

Jangan pernah melakukan sesuatu pada masa akhir kerana ditakuti apa yang dikehendaki sudah jauh tersasar. Mudahkan panduan permohonan UPU secara online ini. Ianya semudah ABC sekiranya anda mengikut caranya dengan betul. 

*** Pilihan ditangan anda, anda yang bakal memilih sendiri masa hadapan anda ***

“Tiada istilah lakukan demi orang lain, lakukan suatu perkara demi diri anda sendiri, kerana kita adalah siapa diri pada masa akan datang”

Rujukan:-

1) http://upu.mohe.gov.my/

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments