2 Jawatan kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

2 Jawatan kosong dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

SPA

Dalam musim Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) ini pasti ramai graduan yang berasa rungsing untuk mencari pekerja tetap kerana kebanyakkan sektor swasta mahupun kerajaan membekukan pengambilan pekerja bahru. Tetapi jangan risau, sebenarnya selagi ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan selagi itulah ada peluang untuk bekerja yang penting kita perlu rajin mencari pekerjaan tersebut.

Walaupun telah banyak jawatan yang dibekukan TETAPI di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terdapat 2 jawatan yang kosong dan permohonannya berakhir pada 2 November 2020 iaitu:-
√ Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
√ Pegawai Latihan Vokasional DV41


Kreteria lantikan bagi setiap jawatan kosong SPA ini adalah sama. Antara kreteria bagi syarat Lantikan adalah seperti berikut:-
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
3) Memiliki,

  •  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau,
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau,
  • Sijil Metrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau,
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tunggu tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERHATIAN!!!

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki KEPUJIAN (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pendidikan Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia/ kelulusan diiktiraf yang setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagi calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan ini tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku. Walaubagaimana sekali pun, calon dinasihati untuk mengemasikini semula pusat temuduga pada atau sebelum tarikh iklan tamat

KEPERLUAN TAMBAHAN!!!

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatan kuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

a) Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon-calon yang layak memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dialu-alukan untuk memohon jawatan ini.

Kekosongan Jawatan: 30
Calon Simpanan: 700

Bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 kepelruan bidang adalah terbuka bermaksud semua yang mempunyai kelayakan boleh memohon jawatan ini. Hal ini disebabkan oleh, keperluan bidang tidak ditetapkan oleh pihak jabatan.

INFO TAMBAHAN!!!

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi), pembantu setiausha pejabat, pembantu tadbir (kewangan), pemeriksaan cap jari dan pegawai khidmat pelanggan adalah LAYAK dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan Jawatan penolong tadbir Gred N29. Ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mengikut syarat yang disediakan oleh jabatan.

b) Pegawai Latihan Vokasional DV41

Calon yang bekelayakkan dijemput untuk memohon kekosongan jawatan ini. Kelayakan permohonan adalah mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda.

Kekosongan jawatan: 20
Calon simpanan: 40

Bagi jawatan ini, keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh jabatan adalah:-
√ Kejuruteraan Awam atau
√ Kejuruteraan Elektrik atau
√ Kejuruteraan Elektronik atau
√ Kejuruteraan Mekanikal

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Bagi mereka yang belum pernah mendaftar secara rasmi di portal SPA ini, calon boleh layari laman web dibawah ini:-
http://www.spa.gov.my

Manakala, bagi calon yang mahu melihat maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan boleh melayari pautan dibawah ini:-
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas

Walau sesukar mana perjalanan hidup kita dalam mencapai sesuatu kejayaan, jangan pernah mengaku kalah teruskan berjalan untuk mencapai kejayaan itu. Tanpa kepayaah tidak bermaknalah kejayaan, tanpa kesusahan tidak bermaknalah kejayaan seseorang itu.

Ya, ramai yang mendambakan untuk bekerja di sektor awam ini kerana bekerja di sektor awam ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding mereka yang bekerja di sektor swasta. TETAPI pada musim ekonomi yang tidak stabil ini, calon hanya perlu ambil sahaja dahulu peluang pekerjaan yang ada dan jangan pernah memilih jawatan berdasarkan kelayakan. Selagi ada peluang pekerjaan selagi itulah adanya peluang kejayaan. Pilihan di tangan anda.

Jadi, bagi graduan yang masih mencari pekerjaan di musim PKPP ini, apa kata anda mencuba untuk memohon jawatan di atas sekiranya bersesuaian. Tak salah untuk mencuba memohon jawatan ini. Semakin banyak panggilan temuduga yang dihadiri semakin banyak pengalaman ditemuduga. Jadi, semakin cerah masa hadapan untuk mendapatkan pekerjaan.

Rujukkan:- 

1) http://www.spa.gov.my

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )