3 cara gembirakan hati

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pernahkah anda berasa murung?, rasa sedih dan tidak tahu bagaimanakah untuk ubatinya?Terdapat banyak cara untuk mengembirakan hati. Tetapi 3 tips dipilih untuk memberikan panduan ringkas kepada anda.

Kebanyakan masalah yang dialami mempunyai kesan yang mendalam kepada diri, Kadangkala ia berlarutan dan sentiasa menghantui kita. Ini membuatkan banyak pekerjaan menjadi tidak seronok dan tidak menjadi. Hal ini kerana anda sentiasa memikirkan masalah anda itu. Setiap masalah yang berlaku membuatkan anda sentiasa memikirkan jalan penyelesaiannya. Tindakan anda yang beterusan itu membuatkan hati anda tidak gembira. Adalah baik sekiranya kita memberi peluang kepada fikiran kita rehat dan begembira. Keadaan ini penting demi menjamin kesihatan mental dan membantu fikiran lebih bertenaga untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Oleh itu penting untuk kita belajar dan melatih minda rehat/ melupakan masalah anda walaupun seketika. Sekurang-kurangnya minda anda tahu bila mahu mengawal pemikirannya supaya ia tidak menggangu kestabilan diri anda.

Sikap risau juga membuatkan anda susah hati dan membuatkan hati anda tidak gembira. Kerisauan atau anxiety ini kadangkala tidak berasas dan mampu menjadi baja yang subur kepada percambahan masalah anda. Rasa kerisauan ini membuatkan anda selalu berfikir dan mentafsir walaupun apa yang anda fikir itu sebenarnya tidak pasti kebenaranya. Sebagai contoh anda risau tentang kawan rapat anda yang tidak menegur dan senyum kepada anda walau pada kebiasaan kawan anda selalu senyum kepada anda. Oleh itu datang perasaan dalam diri anda adakah anda telah mengecewakannya? adakah anda telah membuat kawan anda terasa? atau anda berasa ada kelemahan dengan sikap anda..Sebenarnya, dalam tempoh itulah anda sebenarnya berada dalam susah hati. Oleh itu adalah penting untuk anda buang sikap risau demi mengembirakan hati anda.

Dalam dunia yang mencabar ini banyak peluang dan potensi yang ada, banyak peluang untuk meningkatkan taraf hidup serta kesenangan anda. Tetapi adalah penting juga untuk anda fikirkan tentang perasaan dan hati anda. Janganlah jadi seperti manusia yang ingin pergi jauh tetapi sentiasa melupakan keadaan dan apa yang perlu untuk kereta anda. Sifat ini mungkin boleh membuatkan kereta anda behenti ditengah jalan hingga menggagalkan matlamat anda. Oleh itu, haruslah anda belajar besyukur dengan apa yang anda ada.. perasaan besyukur ini membuatkan anda behenti seketika, berehat dan berfikir sejenak apakah langkah seterusnya untuk anda berjaya. Perasaan bersyukur ini juga dapat meberikan ketenangan yang istimewa sehingga anda dapat merasakan anda yang sebenarnya.

11 thoughts on “3 cara gembirakan hati

  1. Mungkin kot..hidup skrg..bnyk tekanan..itu ini sana sini..bnyk arah memberi tekanan dan gesaan..seronoknye kalau bleh mengawal hati..pandu hati spy lebih capai ketenangan..kne bnyk2 berdoa dan kembali pada pencipta..itu yg paling baik.. 🙂 🙂 🙂 🙂 😉 😉

  2. saya pula kalu x rasa gembira atau sedih saya akan pergi masjid dan ambil wuduk solat dan baca quran. saya akan rasa sangat tenang dan saya yakin apa yang berlaku tu ada hikmahnya. apa saja yang Allah bg untuk kita sebenarnya Dia tau kita bleh memikulnya. syukur la dengan apa adanya.

    1. Betul..kdg2 dgn bersyukur hati kita tak rasa risau, rasa tenang jer..bila dah tenang, fikiran jadi bersih..terus dapat menjana sesuatu yg kita sendir tak dpt jangkakan.. 🙂 🙂 🙂

  3. Yes..itu pun aku setuju..best xpresi baru ni..tlg simpati xpresi broken aritu..teruskan usaha anda..:) 🙂

Leave a Reply to fiziesss Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *