Pekerjaan juruterbang selalu ditanya oleh pelajar dan pelawat, ada banyak juga cara jadi juruterbang bagi lepasan SPM/ STPM setaraf. Semuanya adalah sama Cuma berlainan dari aspek mengambil lesen penerbangan. Untuk melayakkan seseorang sebagai juruterbang sehingga ke juruterbang komersil sebenarnya perlu memenuhi syarat lesen serta jumlah waktu penerbangan hingga melayakkan seseorang dilantik sebagai juruterbang.


Secara ringkas, terdapat 3 cara bagaimana untuk mula melibatkan diri dalam bidang juruterbang ini :
- Menyertai program juruterbang kadet di syarikat penerbangan ( jika tawaran dibuka).
- Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL.
- Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja.
Apa itu PPL, CPL, Frozen ATPL ?
1) Private Pilot License (PPL)
Lesen ini membolehkan anda menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah. Anda boleh memohon Lesen PPL sekiranya anda mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang. Jangkamasa penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.
2) Commercial Pilot License (CPL)
Lesen ini membolehkan anda dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Anda harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization. Anda juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
3) Airline Transport Pilot License (ATPL)
Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan. Sekiranya anda berjaya di peringkat ini, anda layak menjadi ‘First Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.
Syarat-syarat Umum dan Kelayakan
- Berumur 18 hingga 24 tahun.
- Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
- Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.
- Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
- Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna
- Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.
Rumusan
Untuk menjadi juruterbang yang sebenar, anda perlu kenalpasti dulu anda ingin menjadi juruterbang persendirian atau komersial. Perkara asas menjadi juruterbang, anda perlu berusaha untuk memohon menjadi pelatih samaada melalui tajaan syarikat penerbangan atau menggunakan duit sendiri untuk melakukan penerbangan mencukupi syarat memohon lesen. Sekiranya penerbangan dan memenuhi syarat lain bolehlah anda memohon untuk lesen persendirian atau penerbangan komersil.
Organisasi latihan penerbangan untuk keterangan lanjut
Aviation Flying Training Organization |
||||
S/N |
Organisation |
Adress |
Tel |
Fax |
1. |
Malaysia Flying Academy Sdn. Bhd |
No. 101, Lot 3224, Mukim Batu Berendam, 75350 Melaka. (PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI) Web site |
06-3174026 |
06-3174362 |
2. |
Integrated Training & Services |
Lot 38021, Jalan Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, PERAK (PPL/A/H, AFI & CPL/H) |
05-3135696 |
05-3136436 |
3. |
H.M.Aerospace Sdn. Bhd. |
No 49, The boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putera, 60200 Kuala Lumpur. (HQ) Singgahsana, Jalan Kuala Muda Mukim Padang Mat Sirat 07100 Langkawi Kedah Darul Aman (PPL/A, CPL/A, IR &AFI) |
03-27305099 04-9532000 |
03-27305010 04-9532001 |
4. |
Asia Pacific Flight Training |
Suite 50-5-5, Level 5 Wisma UOA Damansara 50 Jalan Dungun 50490 Kuala Lumpur Sultan Ismail Petra Airport Pengkalan Chepa 16100 Kota Baharu Kelantan Website: www.asiapacificflighttraining.com |
603-20923177 609-7738722 |
603-20939218 609-7738891
|
Flying Clubs |
||||
1. |
Kelab Penerbangan 4B Malaysia |
Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu Berendam |
06-3176717 |
06-3176717 |
2. |
Kelab Penerbangan Sabah |
Old Airport Terminal, International Airport, Post Office Box 10747, K.K. |
088-55049/ 219406 |
088-219626 |
3. |
Kelab Penerbangan Tanjong |
13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 Jln. Larut 10050 |
04-2272888 |
04-2284018 |
4. |
Kelab Rekreasi Udara Langkawi |
Langkawi International Airport, Pdg Mat Sirat Langkawi, Kedah |
04-9552191 |
04-9552195 |
5. |
Sarawak Flying Club |
North Pan Hangar, Kuching International Airport, 92357 Kuching, Sarawak |
082-463103 |
082-574892 |
6. |
Subang Flying Club |
Terminal 3, Sultan Abdul Aziz Salahuddin Airport, Jln. Lpgn Terbang SAAS, 47200 Subang, Selangor |
03-78469134 |
03-78472135 |
7. |
Elite Flying Club |
Depature Hall, Terminal 3, Lpgn Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor |
03-78591466 |
03-78591290 |
8. |
ESB Flying Club |
No. 22C, 3rd. Floor, Jln. SS 19/1D, 47500 Subang Jaya, Selangor |
03-78464733 | 03-78464745 |
9. |
FAS Udara Flying Club |
113A, Block A, Kelana Busines Centre, SS 7/2, 47301 Petaling Jaya, Selangor. |
03-78052895 | 03-78052817 |
10. |
FRAS Flying Club |
Cargo Complex, Sultan Ismail International Airport, 81250 Senai, Johor |
019-7252843 |
07-5995290
|
11. |
Royal Selangor Flying Club |
Old Airport Road, 50460 Kuala Lumpur P.O. Box 11769, 50756 K. Lumpur |
03-21411934 |
03-21411982 |
12. |
Terengganu Flying Club |
Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. Semarak, 21200 K. Trengganu, Trengganu |
09-6664750 |
09-6664750 |
13. |
Johor Flying Club |
Cargo Apron, Sultan Ismail International Airport, Senai |
07-5991255 |
07-5990355 |
14. |
Kedah Flying Club |
Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim (Rumah Kelab) Kepala Batas |
04-7145051 |
04-7142381 |
15. |
Kelab Aero Perak |
Jalan Lapangan Terbang, Ipoh, Perak |
05-3127359 |
05-3127359 |
Saya ada soalan, perlu ke saya ambil subjek kimia untuk SPM kalau nk sambung jadi pilot ni? Lagi satu, perlu ke saya masuk matriks ?
Konsep menuntut ilmu ni, selagi ada peluang yang baik, kos rendah..teruskan lah belajar.. sebab semakin tinggi kita belajar, semakin banyak pilihan kerjaya yang boleh kita buat. Selain itu juga kita akan dapat jawatan yang lebih baik jika kelayakan akademik kita tinggi. Untuk menjadi pilot boleh juga selepas SPM, cuma jika berpeluang belajar matrikulasi apa salahnya mencuba.
saya masih lagi sekolah menegah. Kalau bidang rc(reka cipta) boleh ke?
Nak tanya … Kalau tak ambil fizik tetapi english matematik sains dan melayu A masih boleh ke ambil sekolah penerbangan ni?
Nk tanya kalau xde fizik dlm result spm bole ke jd pilot?? Sbb hari tu saya ade baca satu artikel nk jadi pilot lepasan spm kena ade fizik untk masuk ke sekolah
ye saya pun ada soalan ini juga kalau tak ambil fizik boleh ke
Bergantung pd tempat nak belajar..tapi, pengetahuan fizik mmg perkara penting utk mengendali flight.
salah satu baris didalam segmen RUMUSAN berbunyi “anda perlu berusaha untuk memohon menjadi pelatih samaada melalui tajaan syarikat penerbangan” boleh encik jelaskan secara terperinci syarikat penerbangan mana yang sesuai & bagaimana hendak memohon menjadi pelatih melalui tajaan.
terima kasih
Susah sebenarnya untuk dapat tajaan tu. Jika dulu mungkin ada, sekarang dah ramai yang mohon. Kos belajar juga tinggi. Tuan boleh cuba mohon ke syarikat penerbangan popular negara, pastikan keputusan pemohon juga terbaik. Ataupun boleh cuba mohon tajaan biasiswa lain tetapi pastikan dapat dulu tawaran belajar dari institusi tersebut.