Disebabkan pandemik COVID -19 lahirlah pelbagai cara mendapatkan pendapatan tambahan dari rumah bagi mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hal ini disebabkan, masih ramai lepasan graduan yang tidak dapat peluang pekerjaan kerana telah banyak sektor ekonomi yang lumpuh disebabkan oleh pandemik ini.
Justeru itu, lambakkan graduan membuatkan peluang pekerjaan semakin tipis. Jadi, sebagai graduan kita perlu bijak mencari peluang pekerjaan berdasarkan keupayaan yang kita ada bukan hanya mengharap pada bidang yang kita pelajari.
“Pengharapan yang tinggi untuk bekerja di dalam bidang yang di pelajari agak sukar pada masa ini. Justeru itu, ambil peluang dan cuba untuk buka peluang pekerjaan yang baru bagi lepasan graduan yang ada ini”
***Setiap satu usaha pasti akan melahirkan satu kejayaan yang pasti***
Cara Mendapatkan Pendapatan Tambahan Dari Rumah
Terdapat pelbagai cara mendapatkan pendapatan tambahan dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan bagi 8 buah negeri di Malaysia ini.
Antara cara mendapatkan pendapatan tambahan dari rumah adalah seperti:-
-
Penulis Sambilan
Kelihatan perkataan penulis sambilan itu mudah tetapi sebenarnya penulis sambilan ini memerlukan minat yang mendalam dalam bidang penulisan yang diceburi. Setiap satu penulisan dan idea yang di sampaikan haruslah mudah difahami dan mampu menarik minat para pembaca untuk membacanya.
Selain itu, setiap satu penerangan yang disampaikan haruslah menarik dan mudah difahami agar pembaca mahu mengikuti setiap satu maklumat yang disampaikan. Kelihatan penulis sambilan ini mudah tetapi tanpa minat dan kepintaran dalam melontarkan idea dalam satu penulisan, maka tidak lahirlah satu artikel yang menarik.
“Idea dan minat perlu selari agar dapat melahirkan satu artikel penulisan yang menarik dan boombastik”
2. Instafamous
Pasti ramai yang beranggapan bahawa instafamous ini hanya mahu popular tanpa menghasilkan apa-apa faedah dalam diri. Tetapi sebenarnya instafamous juga merupakan salah satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. Terutamanya instafamous yang mempunyai pendidikan yang tinggi.
Sebagai seorang instafamous harus memberikan info berkenaan dengan sesuatu perkara dengan penuh informatif tetapi penyampaiannya dalam bentuk yang mudah untuk difahami. Justeru itu, bagi lepasan graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan anda boleh mencuba untuk menjadi seorang instafamous yang mampu menyampaikan maklumat dengan penuh informatif.
“Bagi menjadi seorang instafamous anda perlu sentiasa bijak dalam menjaga nama baik anda dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik agar anda menjadi instafamous yang berkualiti”
Tips untuk menjadi instafamous adalah:-
- Tidak malu berdepan dengan kamera semasa membuat video
- Bijak menyampaikan maklumat dengan cara yang attractive
- Ramai pengikut di instagram atau facebook
3. Berniaga secara online
Pada zaman PKP ini, perniagaan secara online amat popular dan setiap peniaga mampu meraih keuntungan dalam setiap perniagaan mereka. Tetapi, perniagaan secara online ini memerlukan kesabaran dalam mendapatkan pelangan dan juga kebijaksanaan dalam berniaga.
Sekiranya anda masih tidak mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan secara online ini anda boleh belajar dahulu sebelum anda melaburkan setiap satu wang anda dalam perniagaan ini.
“Jangan berkira akan sesuatu perkara kerana ditakuti ianya tidak akan membuahkan hasil malahan anda perlu mengeluarkan lagi wang untuk mendapatkan sesuatu keuntungan”
Tips bagi mereka yang baru sahaja mahu menceburi bidang perniagaan secara online ini adalah dengan cara :-
1) Mempunyai minat dalam bidang perniagaan
“Minat mampu mewujudkan atau melahirkan 1001 kejayaan yang tidak mampu dicapai oleh akal fikiran kita”
2) Masuk ke kelas untuk berniaga online
Setelah anda bejaya memahami konsep perniagaan online ini barulah anda mampu meraih keuntungan tanpa melahirkan kerugian yang sangat tinggi
***Kerugian itu pelajaran, keuntungan itu kejayaan***
3) Dropship secara percuma
Pada permulaan perniagaan online, ambil peluang menjadi dropship secara percuma agar anda tidak rugi dalam membuat pelaburan. Setelah anda mampu menerajui perniagaan dropship dengan jayanya maka bolehlah anda mengorak selangkah lagi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar.
Kelihatan untuk menjana pendapatan dari rumah agak mudah tetapi sebenarnya ianya bukanlah semudah apa yang kita lihat. Setiap satu kejayaan perlukan usaha yang tinggi.
“Kejayaan tanpa usaha ibarat piza yang tiada cheese, kejayaan beserta usaha ibarat piza yang mempunyai cheese tambahan. Ianya mampu melahirkan rasa yang sangat sedap. Begitulah pengertian kejayaan bagi seorang insan”
“Setiap manusia mempunyai kelebihan yang tersendrii tetapi bagaimana kita menzahirkan kelebihan itu adalah berbeza setiap manusia. Justeru itu, jangan pernah merasakan diri kita mempunyai kekurang yang lebih berbanding orang lain, sesungguhnya kurniaan Allah adalah ciptaan terhebat yang ada”