3 Cara Mendapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara Online

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara mendapatkan Sijil SPM yang hilang secara Online lebih memudahkan pelajar yang kehilangan Sijil SPM original untuk mendapatkan semula sijil mereka. Disebabkan dunia kini di hujung jari, justeru itu mudah untuk mendapatkan sijil SPM yang hilang atau sudah rosak.

Hanya dengan menggunakan pencarian secara atas talian mampu memudahkan lagi urusan anda. Justeru itu, anda WAJIB ketahui cara mendapatkan sijil SPM yang hilang secara online. Apa yang PENTING anda perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan semula sijil anda.

Setelah anda mendapatkan semula cetakan sijil SPM mahupun sijil kelayakan yang lain, anda perlu pastikan anda menyimpan sijil tersebut dalam keadaan yang lebih baik. Terdapat pelbagai faktor anda boleh kehilangan sijil SPM.

Antara faktornya adalah:-

  • Disebabkan bencana alam (eg: banjir, gempa bumi, tsunami dll)
  • Kebakaran
  • Rumah dipecah masuk pencuri
  • Terlupa meletakan semula sijil tersebut ditempat asalnya
  • Dikoyak oleh kanak-kanak 

PENTING!!! 

Sila pastikan anda menyimpan sijil SPM dengan betul, walaupun mudah untuk mendapatkan semua salinan Sijil original tetapi ianya memakan masa untuk mendaptkannya semula. Walaupun dunia di hujung jari tetapi masa tetap sama bukan di hujung jari. 

Justeru itu, disebabkan beberapa faktor di atas, anda perlu mendapatkan semula cetakaan sijil original anda. Ianya bagi memudahkan lagi urusan pemohon untuk mendapatkan sijil kelayakan anda.
Cara Mendapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara Online

Info Tambahan :  Syarat Am UPUOnline Lepasan Diploma/ Setaraf

TAHUKAH ANDA!!!

Sijil SPM sangat penting kerana ianya merupakan dokumen yang WAJIB ada ketika anda hendak memohon pekerjaan TIDAK kira SPA mahupun swasta. Justeru itu, amatlah penting bagi anda untuk mempunyai sijil SPM yang original.

Cara Mendapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara Online

3 Cara Mendapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara Online 1

Cara mendapatkan sijil SPM secara online dengan mudah. Walaubagaimana sekalipun, anda perlu ketahui caranya agar anda mudah untuk mendapatkan salinan sijil semula.

Cara mendapatkan sijil SPM yang hilang adalah dengan cara:-

1) KLIK DISINI 

INFO TAMBAHAN!!!

Permohonan salinan keputusan dan terjemahan secara atas talian telah dibuka bermula 1 Februari 2021.

2) Klik salinan keputusan

Cara mendapatkan sijil SPM yang hilang

3) Pilih jenis keputusan yang anda mahukan

Cara mendapatkan sijil SPM yang hilang

4) Masukan nombor kad pengenalan anda dan klik Papar Borang Permohonan

“Pastikan no kad pengenalan yang diberikan adalah betul seperti di kad pengenalan semasa pendaftaram SPM” 

5) Setelah mendapat borang permohonan anda WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan

PENTING!!!

Pastikan no kad pengenalan anda adalah betul dan tahun peperiksaan adalah tepat. Ianya bagi memudahkan urusan pentadbiran untuk mencetak keputusan dengan mudah.

6) Lakukan pembayaran dan hantar permohonan bagi mendapatkan semula sijil anda

INFO!!!

Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM30.00 SAHAJA.

7) Salinan sijil yang dipohon akan diposkan ke alamat yang telah di daftar oleh anda semasa proses permohonan

“Pastikan alamat surat menyurat adalah betul bagi memudahkan urusan pengeposan sijil yang dipohon”

Cara Mendapatkan Sijil SPM Yang Hilang
Selain mendapatkan sijil SPM yang hilang secara online, anda juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu:-

Info Tambahan :  10 Carian Enjin Terbaik Untuk Pelajar

a) Permohonan melalui kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya.

Tempoh pengeluaran salinan sijil pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:-

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994, proses permohonan adalah selama 1 jam.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sellepas 1993, proses permohonan adalah selama 7 hari bekerja TIDAK termasuk cuti 
  • Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas tahun 1998, proses permohonan adalah selama 1 jam
  • Sijil Penilaian Menegah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997, proses permohonan adalah selama 7 hari bekerja TIDAK termasuk cuti 
  • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SPR, LCE, MPAV, DLL) proses permohonan adalah selama 7 hari bekerja TIDAK termasuk cuti. 

b) Permohonan melalui Pos

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan sijil SPM mahupun PMR atau sijil yang di iktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sila hubungi Lembaga Peperiksaan seperti di bawah :-

i) Laman Web 
ii) https://elp.moe.gov.my/aduan 

Atau

  • Lembaga Peperiksaan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras2, Blok E11, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604, Putrajaya Malaysia
  • Telefon : 03-8000 8000
  • Fax : 03-8888 8001
  • Laman web Rasmi : http://lp.moe.gov.my/
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments