3 Idea Simpan Duit Tapi Tidak Rugi

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Duit
Duit

Menyimpan duit adalah amalan baik yang diajar sejak kecil lagi, banyak faedah jika anda membuat simpanan secara bulanan atau harian. Untuk pengetahuan, sebenarnya menyimpan duit juga boleh menyebabkan kerugian. Kerugian yang dimaksudkan ialah susut nilai duit tersebut akibat inflasi, Kerugian yang dimaksudkan ialah nilai duit tersebut akan menyusut jika tidak disimpan di tempat yang sesuai.

Apa maksud inflasi dan bagaimana ia mempengaruh nilai wang yang kita simpan? Mungkin panjang cerita dan lebih rumit jika dihuraikan maksud inflasi, namun demikian kami berikan contoh mudah untuk difahami anda.

Contoh : ( cuba ada senaraikan barang yang boleh dibeli )

  • Duit RM 100 berbelanja di pasaraya pada tahun 2010
  • Duit RM 100 berbelanja di pasaraya sama pada tahun 2016

Apa yang anda dapati, barang yang boleh dibeli tahun 2016 walaupun menggunakan jumlah duit sama akan berkurang kuantitinya dari tahun 2010.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Duit adalah nilai yang berasaskan keadaan semasa dan barangan pastinya akan semakin mahal mungkin akibat banyak faktor terutama kekurangan bahan akibat penduduk yang semakin ramai. Nilai harga pula untuk emas, tanah pula susah untuk berkurang kerana ia adalah sumber terhad di bumi yang pastinya ia semakin berkurang dan meningkat harga.

Bagaimana cara mudah simpan duit tanpa rugi.

Sebenarnya banyak cara untuk anda simpan duit tanpa rugi teruk. Cara susah jika anda membuat pelaburan yang tidak mempunyai jaminan untung ruginya. Walaupun demikian margin keuntungan mungkin tinggi dan kerugiannya pula pasti tinggi. Cara senang untuk elak duit dimamah inflasi mungkin dengan cara berikut :

Amanah Saham Bumiputera ASB

ASB adalah paling dipercayai mengikut rekod bertahun-tahun sebelum ini, ASB akan membayar sehingga 10-5 % bonus tahunan dari jumlah duit kita simpan. Pemberian bonus ini sekurangnya boleh menyerap susut nilai wang yang berlaku.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Tabung Haji TH

Tabung haji juga paling terbaik kerana ia juga memberi Bonus yang tinggi, apa yang lebih menarik ia tersedia potongan zakat untuk penyimpan-penyimpannya.

Unit Trust

Unit trust atau saham amanah ini juga menarik untuk menjadi tempat simpanan duit anda setiap bulan. Saham amanah perlulah yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod yang baik sebelum ini. Seperti di KWSP anda juga boleh untuk membuat potongan bulanan dan menjadikan simpanan anda tidak susut nilai dimakan tahun demi tahun.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak cara lagi yang boleh anda gunakan untuk mengelak duit simpanan anda rugi begitu sahaja. Antaranya anda boleh membuat pelaburan dan berniaga untuk menambah jumlah simpanan anda. Sebuah buku “ Proses Kekayaan Sebenar “ yang menarik untuk anda baca berkaitan simpanan, menjana duit sebenar dengan perniagaan dan pelaburan. Kupasan yang detail hasil pengalaman sebenar penulis bergiat aktif dalam perniagaan walaupun tanpa diketahui umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *