Sebelum ini keputusan UPU lepasan STPM Setaraf telah diumumkan, ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tempat baru. Belajar di tempat baru seperti di Institusi pengajian tinggi mempunyai cabaran tertentu berbeza mengikut tahap pengajian , lokasi pengajian serta pelbagai faktor lagi. Kesemua cabaran yang bakal kita terima boleh diminimakan jika kita mengamalkan tips yang kami berikan.


Cuba Berkawan
Kawan adalah paling penting jika kita jauh dari keluarga. Kawan boleh memberikan kesan negatif dan juga memberikan kesan positif. Jika di Institusi pengajian tinggi, kawan akan membantu kita dari pelbagai aspek seperti emosi, pelajaran dan maklumat. Sekiranya kita mempunyai rakan yang membantu, banyak perkara positif yang akan kita peolehi seperti bantuan, mudah mendapat infomasi terkini pelajaran, mudah belajar, tempat berkongsi masalah dan banyak lagi.
Berbaik dengan senior
Senior atau pelajar yang lebih semester dari kita juga amat penting untuk kita rapati. Berbaik dengan senior sebenarnya banyak membantu dalam pelajaran dan kehidupan di IPT. Hal ini kerana senior lebih tahu cara pensyarah, tugasan dan banyak lagi tips-tips kehidupan di universiti.
Menyertai group kelas
Salah satu masalah yang biasa akan timbul ialah maklumat tidak sampai. Sebenarnya di universiti ada banyak maklumat penting seperti tarikh pendaftaran subjek, tarikh hantar tugasan, tarikh kuliah yang perlu anda tahu. Untuk mengelakkan anda ketinggalan, ada baiknya anda menyertai group-group kelas yang diwujudkan melalui aplikasi seperti telegram atau whatsap.
Bersukan
Bersukan bukan sahaja boleh menyihatkan badan, sukan sebenarnya boleh merapatkan hubungan silaturrahim dan meramaikan kawan. Melalui sukan juga kita akan lebih masa untuk mengenal seseorang dan memahami seseorang. Apa yang lebih menarik lagi, kadangkala dengan bersukan ini kita akan mudah mendapatkan informasi terkini berkaitan universiti yang mampu meningkatkan lagi prestasi belajar kita.