4 Cara Memilih Pekerjaan Yang Tepat

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Kerja sangat penting dalam kehidupan, adakalanya kita perlu tahu cara memilih pekerjaan yang tepat untuk kita. Memilih dalam pekerjaan itu penting bagi mengelakkan anda bertukar-tukar kerja dek kerana tidak serasi dengan pelbagai faktor di tempat pekerjaan.  Tidak salah rasanya, jika anda mempunyai kelulusan ,  ilmu dan juga kemahiran yang tinggi. sekiranya anda ditawarkan pekerjaan, pertimbangkan dahulu tawaran tersebut  dengan menilai kelebihan dan kekurangan  jawatan serta latar belakang tempat kerja tersebut.

Cara Memilih Pekerjaan
Cara Memilih Pekerjaan

Andai anda tidak berada dalam keadaan mendesak,usahlah terburu-buru untuk menerima perkerjaan tersebut. Jangan pula nanti, `baru kerja sebulan, ambil keputusan untuk berhenti.  Daripada anda kerja sekejap dan berhenti sekaligus mencacatkan rekod kerja anda,  ada baiknya anda mengambil sedikit masa untuk mengambil kira faktor-faktor ini untuk dibuat pertimbangan.

Baca Juga :  Semak Lokasi Mengundi dan Tukar Tempat Mengundi

Cara Memilih Pekerjaan Yang Tepat

Lakukan  pertimbangan yang mendalam sebelum menerima ataupun menolak pekerjaan yang ditawarkan. Antara faktor-faktor tersebut adalah :

  1. Bidang kerja
  • Lakukan kajian tentang bidang kerja yang ditawarkan kepada anda. Bagaimana dengan skop kerja tersebut . adakah ianya bertepatan dengan  ilmu , pengalaman juga kemahiran yang anda miliki. Tetapi anda juga bpleh menggunakan minat anda sebagai pendorong untuk memilih bidang kerja yang anda miliki. Ini kerana, dengan minat yang mendalam terhadap sesuatu, anda cenderung untuk melakukan yang terbaik.
  1. Hari dan masa bekerja
  • Kebiasaanya waktu waktu bekerja adalah 8 jam jika mengikut waktu pejabat. Jika anda selesa dengan waktu kerja begini, tetapi diminta untuk bekerja pada lebih masa, anda perlu lebih  berhati-hati. Pilihah  waktu bekrja yang flexsibel agar anda selesa untuk menguruskan masa anda dengan baik.
  1. Gaji dan bonus
  • Berkenaan gaji dan juga bonus semestinya menjadi keutamaan. Namun begitu, lakukan juga pertimbangan  samada tempat kerja tersebut menawarkan kenaikan gaji dan    Ini bagi meningkatkan prestasi dan semangat anda untuk bekerja lebih lama di situ.
  1. Tahap tekanan
  • Analisis terlebih dahulu diri anda. Jika anda seorang yang tidak mampu bekerja di bawah tekanan seperti kerja yang ditawarkan. Maka tidak perlulah terima dan kononya untuk memyahut cabaran kepada diri sendiri.  Eloklah jika dalam waktu bekerja itu anda berada dalam keadaan tenang . apabila anda tenang, anda akan bekerja dalam suasana yang gembira.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here