4 Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Terdapat pelbagai cara pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN ini dan pembayaran balik pinjaman pendidikan (PTPTN) ini adalah WAJIB bagi peminjamnya. Sekiranya mereka tidak mahu membayar balik pinjaman tersebut maka TIDAK salah sekiranya pihak PTPTN mengambil tindakan yang sewajarnya kepada peminjam.

Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Pembayaran balik ini bertujuan bagi memudahkan generasi akan datang menyambung pengajian mereka walaupun tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

“Biar lambat membuat pembayaran hutang pembelajaran daripada langsung tidak melangsaikan hutang belajar”

Menerusi Hadith riwayat al-Bukhari (2387):-

“Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya”.

Ramai yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman pada musim pandemik COVID-19 ini. Hal ini disebabkan pada musim pandemik ini ramai yang kehilangan kerja. Justeru itu, hampir 80% peminjam tidak mampu membayar balik hutang belajar ini.

Disebabkan oleh masalah pandemik ini pihak PTPTN telah memberikan kelonggaran kepada peminjam untuk tidak membuat pembayaran sehingga 31 Disember 2020. Ini bertujuan bagi membantu peminjam meneruskan kelestarian hidup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan / Diperketat/ Bersyarat (PKPP/ D/ B).

PERINGATAN!!!

Bagi mereka yang masih mampu membuat pembayaran lebih baik lakukan pembayaran hutang kerana walaupun pihak PTPTN memberi kelonggaran untuk menangguhkan pembayaran hutang TETAPI kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik sepertimana penangguhan sedia ada.

Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Antara cara pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah dengan cara:-

Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

1) Melalui potongan Gaji/ direct debit

Ramai penjawat awam memilih membuat pembayaran hutang semasa belajar (PTPTN) menggunakan potongan gaji. Hal ini disebabkan, pembayaran melalui potongan gaji lebih mudah dan effektif kerana setiap bulan pembayaran akan dilakukan secara automatik.

INFO RINGKAS!!!

Potongan gaji boleh dibuat melalui majikan atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Namun, peminjam harus rujuk kepada pihak PTPTN terlebih dahulu berkenalan dengan jumlah bayaran bulanan dan tempoh bayaran balik hutang sebelum melakukan potongan.

Kita juga boleh mendapatkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik di Portal Rasmi PTPTN. Cetak dan isi borang dengan lengkap, kemudian hantar borang tersebut beserta nama dan alamat majikan kepada pihak PTPTN.

Sekiranya syarikat tidak menyediakan potongan secara automatik menerusi pembayatan gaji, peminjam boleh melakukan direct debit menggunakan akaun untuk dibayar gaji.

Peminjam hanya perlu menelefon pihak bank untuk melakukan direct debit pembayaran. Walaubagaimana sekali pun, peminjam perlu ketahui jumlah bayaran bualan dan tempoh bayaran balik hutang PTPTN ini. Ianya bagi memudahkan peminjam untuk mengetahui kadar bayaran yang sepatutnya. 

2) Melalui pembayaran secara Online

Pembayaran secara online adalah cara yang paling mudah dilakukan tetapi terkadang peminjam terlupa untuk melakukan pembayaran. Hal ini kerana pembayaran secara online bukanlah salah satu cara potongan secara automatik tetapi ianya lebih kepada pembayaran secara manual menggunakan cara pembayaran secara online.

 

3) Penolakkan menggunakan Akaun 2 KWSP

Cara membayar hutang menggunakan Akaun 2 KWSP:-

a) Pemohonan buat pertama kali

  • Pemohon perlu ke kaunter PTPTN dahulu untuk meminta pihak PTPTN mengeluarkan surat untuk membuat pembayaran menggunakan Akaun 2 KWSP
  • Dalam masa 3 hari bekerja pihak KWSP akan menghubungi pemohon untuk membuat pengesahan cap jari
  • Selepas pengesahan cap jari, pihak KWSP akan meneruskan proses pembayaran 

b) Pemohonan buat kali kedua dan seterusnya

  • Pemohon hanya perlu ke i-akaun dan KLIK e-pengeluaran

Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

  • Selepas itu, pilih pengeluaran pendidikan
  • Institusi yang terlibat pilih bayaran balik pinjaman
  • Pemohon boleh diri sendiri/ anak
***Ibu bapa yang mahu meringakan beban anak-anak juga boleh melakukan pembayaran PTPTN buat anak-anak***

4 Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN 1

4) Pembayaran secara manual di Kaunter 

Pembayaran balik PTPTN di kaunter bermaksud pembayaran secara walk-in. Peminjam perlu pergi ke cawangan yang berdekatan di seluruh negara untuk melakukan pembayaran.

Tetapi pembayaran di kaunter mengambil masa kerana perlu mengambil nombor giliran dahulu dan perlu menunggu giliran. Disebabkan oleh itu, ramai yang tidak memilih untuk melakukan pembayaran di kaunter PTPTN.

Rujukan:-
1) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3568-al-kafi-1325-adakah-hutang-bank-menyebabkan-roh-dan-amalan-akan-tergantung
2) https://www.mohe.gov.my/en/focus/1012-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-akibat-penularan-covid-19
3) https://www.kwsp.gov.my/ms/home
4) https://www.ptptn.gov.my/perkhidmatan-menu/perkhidmatan-bayaran-balik-menu

 

One thought on “4 Cara Pembayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *