4 Halatuju Aliran Sains SPM dan Kelebihan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

PT3 telah berakhir dan mungkin ada yang terfikir apakah halatuju aliran sains SPM serta kelebihannya. Untuk pengetahuan, selepas PT3 pelajar  akan membuat pilihan berdasarkan keputusan PT3 sebelumnya untuk mengambil aliran sains atau kemanusiaan.

Halatuju Aliran Sains
Halatuju Aliran Sains

Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri untuk kedua-dua aliran samaada aliran sains dan kemanusiaan. Apa yang nak dihuraikan pada penulisan kali ini adalah halatuju aliran sains termasuk kelebihannya.

Halatuju Aliran Sains SPM

Sebelum membuat sebarang pilihan, ada baiknya pelajar tahu halatuju lepasan aliran sains SPM. Lepasan SPM Aliran sains akan layak memohon banyak kursus kelak. Halatuju lepasan aliran sains SPM dapat dibahagikan kepada 4 iaitu :

Program Asasi & Tamhidi di IPTA

  • Terdapat 40 program asasi dan tamhidi akan dapat dimohon di IPTA
  • 25 Program untruk lepasan aliran sains sahaja
  • 14 program adalah untuk lepasan SPM aliran sains & sastera
  • 1 program untuk lepasan SPM aliran sastera shaja
  • 39 daripada 40 program asasi IPTA boleh dimohon oleh lepasan aliran sains.
  • 15 program sahaja yang boleh dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sastera. 14 daripadanya 15 program tewrsebut boleh dimohon oleh lepasan SPM aliran sains.

Program Matrikulasi Kolej Matrikulasi

  • 2 program ( sains & teknikal ) layak dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sains sahaj.
  • 2 program ( perakaunan & & perakaunan profesional ) layak dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sains dan sastera yang mendaftar mengambil dan mendapat kepujian di dalam mata pelajaran matematik tambahan.
  • Kesemua 4 program matrikulai layak dipohon oleh lepasan SPM dari aliran sains.
  • Matrikulasi boleh dimohon melalui aplikasi yang disediakan.

Bidang Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPGM

  • 1 Bidang pengkhususan ( sains ) memerlukan pemohon memperolehi gred cemerlang ( A-) di dalam 2 daripada 3 mata pelajaran sains tulen – fizik , kimia atau biologi.
  • 1 Bidang penghususan ( matematik ) memerlukan pemohon mendapat gred cemerlang ( A-) di dalam mata pelajaran matematik dan matematik tambahan.
  • 17 bidang pengkhususan lain adalah untuk lepasan SPM dari aliran sains & aliran sastera.

Program diploma IPTA ( universiti awam & politeknik premier )

  • 51 program untuk lepasan SPM aliran sains sahaja
  • 137 program untuk lepasan SPM aliran sains dan sastera
  • Kesemua 173 program layak dipohon lepasan SPM dari aliran sains.

*Sumber data : Mustafa abdullah, perunding halatuju pendidikan

Dari maklumat yang disertakan, banyak kelebihan dan halatuju selepas SPM bagi pelajar aliran sains. Pilihan yang banyak ini memberi banyak pilihan untuk pelajar menentukan kerjaya dan masa depan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here