4 Idea Laluan Selepas SPM Untuk Result Sederhana

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM yang kurang didedahkan dengan laluan selepas SPM. Kalau yang bernasib baik dan mendapat keputusan cemerlang memang jelas dan nampak hala tuju mereka, tapi bagaimana pula nasibnya dengan golongan pelajar yang mendapat keputusan cukup-cukup makan? Entri kali ini akan mendedahkan laluan-laluan selepas SPM yang sememangnya sesuai dengan pelajar lepasan SPM dengan result sederhana.

Belajar STPM

1) STPM ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cukup-cukup makan, anda boleh memohon untuk masuk ke Tingkatan 6. Biasanya bagi sekolah kerajaan, memang pengambilan ke Tingkatan 6 berlaku secara automatik. Akan tetapi awas, mata pelajaran Tingkatan 6 terkenal sebagai subjek yang mana peperiksaannya antara paling susah di dunia. Jadi, jika anda mahu masuk Tingkatan 6 dan main-main sahaja, maka anda sudah membuang masa. Sekarang STPM sudah dibahagikan menjadi tiga penggal. Biasanya pelajar akan mengambil 4 hingga 5 mata pelajaran yang mana bagi setiap mata pelajaran ada kerja kursusnya tersendiri. Jangan bimbang, ada guru Tingkatan 6 yang berpengalaman dan akan membimbing anda sepanjang pelaksanaan kerja kursus.

 

2)STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Peperiksaan ini sememangnya sesuai bagi pencinta bahasa Arab dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Peperiksaan STAM mengandungi 10 subjek yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Antara syarat utama kemasukan STAM di sekolah menengah ialah:

  • Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999, atau
  • Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM

Politeknik

Selain dua pilihan di atas, anda juga boleh memilih untuk menyambung pengajian ke Politeknik. Politeknik menyediakan banyak program kemahiran yang boleh dipilih sesuai dengan minat masing-masing. Terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Metro, Politeknik Konvensional dan Politeknik dan Politeknik Premier.

Permohonan kemasukan ke Politeknik adalah melalui permohonan UPU Online (sesi Jun) dan melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik untuk sesi yang lain seperti September, Disember. Politeknik ada menawarkan pengajian sepenuh masa dan separa masa. Program sepenuh masa termasuk Sarjana muda, Diploma, Pra Diploma Politeknik dan Sijil Kemahiran Khas.

Diploma (IPTS)

Akhir sekali, usah bimbang, selepas keputusan SPM diumumkan, anda akan dapati banyak surat yang sampai di rumah anda. Surat itu ialah surat tawaran yang ditawarkan oleh kolej-kolej swasta. Anda bebas memilih mana-mana kolej pilihan anda lebih-lebih lagi jurusan yang anda ingin belajar, anda yang tentukan sendiri. Sebagai contoh kolej KTAC iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( KUIS). Kelebihannya, prasarana yang lebih selesa serta anda bebas untuk memilih jurusan yang anda minati. Hal ini berbeza dengan pelajar yang membuat permohonan melalui UPU yang mana pilihan mereka akan ditentukan oleh pihak universiti. Bermakna, tidak semestinya akan dapat apa yang diisi ketika permohonan UPU.

  •  

Ringkasan Kandungan

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of