Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018 baru-baru ini. Pasti ramai yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, atau bahasa mudahnya sambung belajar. Adakah anda terfikir mencari altenatif atau laluan selepas SPM yang tidak perlu gunakan kos tinggi ?Namun, bagaimana pula kalau anda tergolong dalam golongan yang tidak berkemampuan?
Biasiswa pula bukan calang-calang orang yang mampu memilikinya. Sebenarnya, ada beberapa laluan selepas SPM yang tidak menggunakan kos yang tinggi. Jom kita lihat satu persatu.


Laluan Selepas SPM Yang Kos Rendah
-
STPM ( Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)
Ini merupakan laluan yang sangat ekonomikal. Biasanya, sekolah yang ada Tingkatan 6 akan menawarkan kepada pelajar-pelajarnya yang lepasan SPM untuk mengambil tingkatan 6 secara automatik. Pelajar akan mengambil 4 mata pelajaran atau paling banyak, 5 mata pelajaran sahaja untuk 3 penggal. Jika anda merupakan pelajar dari sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, anda akan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan.
Anda cuma perlu membayar yuran kecemerlangan untuk setiap penggal. Seperti contoh : RM100 sepenggal. Jimat bukan? Mana lagi nak cari yuran berpatutan untuk sambung belajar SPM kalau bukan STPM ini? Lagipun, biasiswa kecil persekutuan turut disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan. Mungkin yang susah sikit tu bila nak buat kerja kursus atau lebih dikenali sebagai KK dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Tapi, mana ada benda yang mudah di dunia ini, semuanya memerlukan usaha dan usaha.
2. STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Kalau STPM tiga penggal, STAM pulak cuma setahun. Ramai yang ambil STAM ni sebab minat nak belajar agama atau memang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke oversea. Antara syarat untuk ambil STAM ialah telah memiliki sijil SPM, berumur 18 tahun pada tahun semasa dan paling penting anda mestilah telah diperakui mengikuti Maahad Bu’uth al Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak al-Azhar al-Syarif Kaherah Mesir. Yuran pula RM300 sahaja untuk 10 mata pelajaran. Memang berbaloi-baloi kalau ambik STAM ni, boleh jimat setahun bila sambung Degree nanti kalau banding dengan STPM.
3. SPA ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Kalau nak laluan yang lebih terjamin, boleh mintak SPA. Cuma, SPA ini anda kenalah tahu cara dan persediaan yang betul sebelum pergi temuduga yang dianjurkan. Hal ini kerana, untuk SPA ni, calon kena melalui satu proses yang agak rumit juga sebelum disahkan terpilih untuk mengikuti program ini. SPA yang ditawarkan ada yang bertaraf diploma dan sijil. Yang bestnya, penempatan selepas anda habis diploma atau sijil itu terjamin! Dah tak payah susah-susah pening nak cari kerja..alahai,bestnya. Elaun masa ambil diploma tu pun dapat jugak tiap-tiap bulan.
4. IPG
Kenapa saya kata IPG pun tidak menggunakan kos yang tinggi? Sebab kalau anda dapat IPG ni, anda akan memperolehi banyak keistimewaan. Seperti SPA, IPG juga menawarkan elaun untuk guru-guru pelatih. Di samping itu, pelajar IPG juga terjamin penempatannya, jadi tidak perlu susah-susah dah nak fikir mana nak cari kerja selepas dah habis degree.
Sekarang, pilihan di tangan anda. Paling penting, pilihlah mana-mana laluan mengikut minat dan bidang yang anda ingin ceburi kelak, jangan sebab nak ikut kawan. Selamat membuat keputusan yang terbaik demi masa depan anda.