4 Kebaikan Sambung Belajar Di Luar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kebaikan Sambung Belajar

Kebaikan Sambung Belajar

Mungkin ramai  dikalangan pelajar yang memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Sebenarnya ada banyak kebaikan sambung belajar di Luar Negara. Tapi, sejauh manakah kebaikan yang anda perolehi jika anda dapat belajar ke luar negara?

4 Kebaikan Sambung Belajar Di Luar Negara

Di sini saya kongsikan antara kebaikan yang bakal anda perolehi jika anda berjaya membawa nama dan diri anda untuk menuntut ilmu di Negara luar. Antaranya adalah :

  1. Suasana dan persekitaran belajar
  • Faktor utama sekali jika anda berada di luar Negara adalah factor cuaca. Terutamanya di Negara-negara yang berlainan cuaca dengan kita di Malaysia yang hanya mengalami 2 musim sahaja iaitu musim panas dan musim hujan. Faktor- factor lain yang turut menjadi penyumbang adalah rakan sebaya yang berlainan bangsa, agama juga Negara, serta factor berlainan bahasa. Anda dikelilingi rakan-rakan belajar yang datangnya dari sseluruh pelusuk Negara yang tujuan utamanya sama seperti anda. Sebagai contoh di sini, rakan sekelas anda yang berlainan Negara akan menyebkan anda dan mereka mengalami masalah komunikasi kerana berbeza bahasa. Namun, perlu anda sedar keadaan ini akan memberikan kelebihan anda untuk bekajar dan mengenali bahsa  Negara luar serta membantu anda dalam menguasai pelbagai bahasa.
  1. Membina hubungan baik dengan pelajar dari Negara-negara yang berbeza
  • Membina hubungan 2 hala diantara anda dan rakan dari luar Negara amat penting kerana setiap daripada mereka mempunyai cara pembelajaran dan gaya pemikiran yang tersendiri. Apabila kita mampu bergaul dengan masayarakat yang berlainan gaya pemikiran dengan kita,  ia dapa membuka  mindda kita dan juga mereka  ekoran  dari pengalaman sepanjang proses perhubungan semasa belajar. Selain itu,  ia dapat meningkatkan potensi  anda untuk berniaga jika anda ingin mengembangkan empayar perniagaan anda suatu hari nanti.
  1. Mempelajari budaya masayarakat luar
  • Sama seperti di Malaysia, masayarakat di Negara luar juga mempunya budaya mereka tersendiri. Mendalami budaya masayarakat luar sedikit sebanyak dapat meningkatkan jati diri kitasebagai seorang individu yang bertamadun.  Tambahan pula, kita dapat memperkenalkan masyarakat di luar Negara sana budaya kita di Malaysia yang penuh dengan adat dan tatcara yang tradisional. Dari situ, mereka dapat mendekati budaya Negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.
  1. Menjelajah ke pelbagai pelusuk
  • Dalam pada kita belajar, tidak salah sekiranya kita mengambil peuang untuk menjelajah dan melancong di Negara-negara berdekatan di Negara tempat kita menuntut ilmu. Kenali  setiap tempat dan cuba meneroka isi alam yang berlainan dari tempat kita di Malaysia.alangkah indahnya, jika kita berani dan  mampu mengambil peluang yang terhidang dengan sebaiknya.

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )