4 Langkah mudah bersihkan nama sekiranya sudah disenarai hitam oleh pihak PTPTN. Mudah dan senang untuk membersihkan nama yang PENTING anda perlu ketahui langkahnya. Jangan pernah bermimpi untuk bercuti ke luar Negara atau membeli rumah atau kereta sekiranya anda sudah di senarai hitam oleh pihak PTPTN. Walaubagaimana sekalipun, ada langkah mudah bersihkan nama sekiranya sudah disenarai hitam oleh pihak PTPTN.
*** Hutang perlu dibayar kerana ianya BUKAN hak milik kita, JANGAN biarkan hutang membelengu kehidupan masa hadpaan kita **
4 Langkah Mudah Bersihkan Nama Sekiranya Sudah Disenarai Hitam Oleh Pihak PTPTN
Langkah mudah bersihkan nama sekiranya sudah disenarai hitam oleh pihak PTPTN adalah dengan:-
Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Pembayaran semula hutang PTPTN yang tertunggak menggunakan wang simpanan KWSP akaun 2 merupakan salah satu cara yang terbaik. Hal ini disebabkan wang simpanan Akaun 2 KWSP juga merupakan wang pencarum.
INFO TAMBAHAN!!!
Pembayaran hutang PTPTN menggunkan wang KWSP akaun 2 boleh dilakukan oleh pencarum KWSP atau ibu bapa yang mahu membantu anak menyelesaikan hutang/ tunggakan PTPTN menggunkaan pengeluaran wang KWSP akaun 2.
Pencarum boleh mengeluarkan keseluruhan wang di KWSP untuk membuat pembayaran balik wang PTPTN. Bayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan wang KWSP Akaun 2 ini bermula 1 April 2016.
Cara ini lebih memudahkan peminjam untuk menglangsaikan hutang anda dengan pihak PTPTN. Permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian dengan menggunakan e-penegluaran.
“Semua itu adalah pilihan anda”
Disini kami akan membantu anda membuat pembayaran menggunakan wang KWSP akaun 2 langkah demi langkah.
Langkah 1 : Semak baki hutang PTPTN
a) Semak dahulu PENYATA BAKI HUTANG PTPTN di laman web Rasmi PTPTN
b) Masukan kad pengenalan anda tanpa “-”
c) Akan terpapar kira-kira pembiayaan ujrah atau konvensional, anda hanya perlu “KLIK PAUTAN” tersebut
d) LOG MASUK sistem akan memohon no kad pengenalan peminjam
PERINGATAN!!!
Sekiranya peminjam terlupa kata laluan, peminjam boleh KLIK pada pautan terlupa kata laluan. Kata laluan yang baru akaan dihantar ke email yang berdaftar ketika permohonan pinjaman buat pertama kali. Jika terlupa email sila hubungi talian hotline PTPTN 03-2193 3000 bagi mendapatkan kata laluan.
e) Apabila sudah LOG MASUK, anda DINASIHATI agar menukar semula kata laluan dan email baru agar memudahkan urusan penyemakkan pada masa akan datang.
f) Akhir sekali, KLIK penyata baki keseluruhan pinjaman
Langkah 2 : Semak jumlah wang dalam akaun 2 KWSP
Tujuan menyemak wang yang berada di dalam akaun 2 KWSP ini bagi memudahkan lagi urusan penghutang untuk membayar hutang pinjaman PTPTN.
- LOG MASUK I-akaun (KLIK DISINI)
PERINGATAN!!!
Bagi mereka yang TIDAK mempunyai I-akaun, anda perlu pergi ke kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendaftar I-akaun dahulu. I-akaun memudahkan urusah pembayaran hutang PTPTN pada masa akan datang.
- Masukan ID pengguna dan kata laluan pengguna. Sekiranya anda lupa kata laluan atau ID anda boleh KLIK pada pautan lupa kata laluan atau ID.
- Setelah berjaya memasuki ke I-akaun, anda akan dapat melihat baki simpanan di akaun 2 KWSP
Setelah selesai menyemak baki akaun 2 KWSP, anda boleh meneruskan urusan untuk membuat pembayaran hutang/ tunggakan pinjaman PTPTN dengan lebih mudah lagi.
Langkah 3 : Langkah Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2
- Log In I-akaun ahli
- Klik e-pengeluaran
- Klik permohonan baru untuk memulakan transaksi (Isi semula data yang diperlukan)
- Semak status permohonan melalui SMS atau mesej sekuriti inbox di I-akaun
PERINGATAN!!!
Buat pengguna yang pertama kali membuat pembayaran hutang PTPTN menggunakkan KWSP, anda perlu ke kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan pengeluaran mengunakan cap jari.
NOTA: Panggilan ke kaunter KWSP adalah dalam masa 14 hari bekerja setelah anda membuat permohonan pengeluaran. Urusan ini hanya sekali sahaja, selepas itu anda hanya perlu memohon pembayaran menerusi online sahaja.
Langkah 4 : Cara membersihkan nama melalui penstrukturan semula pinjaman
Kepada peminjam yang sudah menyelesaikan pembayaran hutang menggunakan wang simpanan KWSP Akaun 2 anda sudah membuat pemilihan yang bijak untuk menyelesiakan hutang. Walaubagaimana bagi peminjam yang TIDAK mempunyai wang simpanan KWSP yang mencukupi untuk membayar keseluruhan hutang PTPTN, anda perlu :-
- Hadir ke kaunter PTPTN untuk membuat penstrukturan semula iaitu menerusi proses run & bayar
- Setelah itu, nama anda akan dibersihkan oleh pihak PTPTN walaupun anda hanya membayar tungakkan sahaja
- Penstrukturan semula akan dilakukan dengan rundingan bersama pihak PTPTN.
Diharpakan dengan perkongsian ini dapat membantu peminjam untuk membayar balik hutang yang tertunggak. JANGAN pernah lari daripada hutang ditakuti ianya akan memberi kesan yang negatif pada generasi akan datang. Justeru itu, bayarlah walaupun sedikit bagi membantu generasi akan datang untuk menerima pendidikan yang lebih mudah. Mohon penstrukturan semula sekiranya anda TIDAK MAMPU untuk membayar hutang pada masa kini.