Ramai masih tidak ketahui terdapat satu program tajaan biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya merupakan satu program dibawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu atau melestarikan lagi kehidupan para pelajar. Terdapat beberapa jenis tajaan biasiswa yang dibawah KPM ini.
Program Tajaan Biasiswa Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Antara program tajaan Biasiswa Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah-
1) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan bagi menyediakan pendidik yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan program ini dibuka kepada semua pelajar Universiti Awam (UA) yang mengambil jurusan pendidikan dan memenuhi syarat permohonan.
Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-
Calon mestilah WARGANEGARA MALAYSIA
Umur calon TIDAK MELEBIHI 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam
KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam BIDANG PENDIDIKAN
Perlu mendapatkan PNGK SEKURANG-KURANGNYA 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon biasiswa ini
Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga
Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada
PERINGATAN!!! Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Pelajar yang mendapat biasiswa dibawah KPM ini terikat dengan kontrak. Syarat kontrak:- a) Pelajar tajaan perlu lulus proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam b) Perlu berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama empat (4) tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan syarat pelajar tamat dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara memohon Biasiswa:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang KPM di alamat KLIK DISINI ianya tertakluk kepada tempoh yang diiklankan pada tahun semasa.
2) PROGRAM MYBRAINSc
INFO!!! Permohonan Biasiswa MyBrainSc ini dibuka setahun sekali menerusi laman web rasmi Kementerian dan permohonan hendaklan dibuat secara ONLINE mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.
√ Penajaan ini terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah sepenuh masa dalam bidang SAINS TULEN (fizik, kimia, matematik dan biologi) di IPTA atau university terkemuka dunia.
√ Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.
3) PROGRAM MALAYSIA INTERNATIONALSCHLORSHIP (MIS)
Program Malaysia International schlorship (MIS) ini boleh melakukan permohonan melalui sistem online SAHAJA.KLIK DISINI untuk melakukan permohonan MIS.
INFO TAMBAHAN!!! Biasiswa ini terhad kepada negara-negara yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan bagi program MIS ini adalah seperti berikut:-
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang:-
√ Lepasan SPM
√ Matrikulasi
Biasiswa ini khas bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara mengikut syarat yang ditetapkan khususnya bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan keguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar kelak.
Pada tahun 2019, bidang-bidang yang ditawarkan dalam Program PPC adalah terbahagi kepada yang berikut:
Bidang yang ditawarkan adalah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
b) PPC Pendidikan Islam:
Bidang yang ditawarkan adalah bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab
Calon-calon yang berminat untuk memohon penajaan di bawah program ini hendaklah pelajar lepasan SPM (Bagi program PPC Pendidikan Islam) dan pelajar Lepasan Matrikulasi (bagi Program PPC Matrikulasi). Calon-calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
Syarat Kelayakan
1) PPC Pendidikan Islam:
Warganegara Malaysia
Umur TIDAK MELEBIHI 20 tahun pada tahun permohonan
Mempunyai tubuh badan yang sihat
Aktif dalam kegiatan kokurikulum
Lulus SPM dalam Aliran Agama dengan memperoleh SEKURANG-KURANGNYA tujuh (7) gred cemerlang
Keutamaan diberikan kepada calon-calon:-
a) memperoleh gred cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Inggeris dan Sejarah
b) Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).
2) PPC Matrikulasi:
Warganegara
Memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM)
Memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM
Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM
Memperolehi SEKURANG-KURANGNYA Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)
Memperoleh keputusan MINIMUM B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.
Struktur pembelajaran Program PPC
Struktur pengajian yang ditawarkan dalam program PPC ini adalah seperti butiran berikut:
√ PPC Lepasan Matrikulasi • Satu (1) bulan persediaan di Malaysia • Tiga (3) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara • Lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan
√ PPC Pendidikan Islam • Satu (1) bulan persediaan di Malaysia • Empat (4) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara • Lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Bagi calon yang berjaya ditawarkan penajaan menerusi program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh pihak KPM, mereka akan terikat dengan kontrak perjanjian dengan pihak KPM
Syarat Perjanjian Kontrak adalah:-
√ Calon perlu berkhidmat dengan Kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian
√ Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama lapan (8) tahun
√ Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar
“Setiap tajaan pasti ada perjanjiannya, justeru itu patuhilah dan ikutilah segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Kerana perjanjian adalah satu amanah yang perlu dipatuhi”
Setiap satu Program Tajaan Biasiswa Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai syarat yang tertentu dan sekiranya anda telah memenuhi syarat yang diberikan maka pohonlah biasiswa tersebut. Tak rugi untuk memohon selagi anda layak.