4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional ke Peringkat Ijazah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional Malaysia ke Peringkat Ijazah 

Ramai pelajar yang rungsing apabila mendengar berita bahawa Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tidak diiktiraf dan sukar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga yang mengatakan bahawa Sijil Vokasional Malaysia ini tidak laku dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.Tetapi sebenarnya, tanggap itu semua adalah salah kerana pada 23 Mac 2016, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat kenyataan media.

Dalam kenyataan media tersebut KPM mengiktirafan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah setara dengan 3 kredit Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) bagi calon yang memperolehi:- 

√ PNGK akademik sama atau lebih daripada 3.33
√ Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM kod 1104
√ PNGK vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul.

“Jadi, ikut kenyataan Siapakah yang mengatakan SVM ini tidak diiktiraf dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang. Jangan pernah rungsing bagi mereka yang sedang menyambung pengajian di Kolej Vokasional kerana sijil anda diiktiraf oleh pihak KPM”

Justeru itu, bagi mereka yang sedang menyambung pengajian di Kolej Vokasional Malaysia (KVM), teruskan usaha anda untuk mencapai cita-cita yang anda dambakan.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Diploma vokasional

Disini kami akan berkongsikan beberapa universiti awam yang menerima kemasukan pelajar lulusan diploma kemahira ln vokasional ke peringkat yang lebih tinggi. Universiti yang menawarkan kemasukan pelajari DVM ini adalah universiti yang dikenali sebagai MTUN.

MTUN adalah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia yang terdiri daripada 4 universiti awam yang menawarkan Program Sarjana Muda Teknologi (B.Tech). 4 universiti ini akan menawarkan Ijazah Sarjana Muda kepada Pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh senat.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi menunjukkan kesungguhan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memartabatkan pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini. Selain itu, pihak KPM juga tidak mahu ibu bapa beranggapan bahawa TVET ini adalah aliran pelajaran kelas kedua lagi tetapi pihak KPM mahu ibu bapa ketahui bahawa TVET kini adalah pelajaran aliran perdana.

Antara universiti MTUN tersebut adalah:- 

  1. UTHM
  2. Unimap
  3. UTem
  4. UMP

Walaupun universiti ini telah memberi peluang kepada pelajar TVET untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjan Muda TETAPI mereka WAJIB juga melepasi syarat am atau khas universiti tersebut.

Sebagai contoh:-

a) UTHM

UTHM ada menawarkan Ijazah Sarjana Muda Vokasional Dengan Kepujian (di fakulti pendidikan teknikal & vokasional). Justeru itu, pemohon perlu melepasi syarat Kemasukan berdasarkan kepada kategori berikut:-

Lepasan DVM
√ DVM (PNGK >3.00)
√ Sijil Vokasional Malaysia (PNGK >3.33 dan PNGK vokasional >3.67
√ Kepujian Dalam Bahasa Melayu SVM (kod 1104)
√ Kompeten semua modul vokasional
√ MUET band 2
√ Lulus ujian Medsi dan temuduga

Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional ke Peringkat Ijazah 1

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan dengan kursus yang ditawarkan boleh melayari laman sesawang dibawah:-
https://fptv.uthm.edu.my/en/

b) Universiti Malaysia Perlis (unimap)

Syarat Am kemasukkan ke Universiti
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
– Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu atau Kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas);
atau
– Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Setara 3 kredit
SPM dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SVM tahun
2013-2016);
dan
– Memiliki kelayakan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan
Kemahiran Malaysia (DLKM)/ Diploma Vokasional
Malaysia (DVM) atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh
Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis
program yang ditawarkan di UA);
atau
– Lulusan STPM tahun 2017 atau sebelumnya dengan
mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C
dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
atau
– Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2017 atau sebelumnya
dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
atau
– Lulusan GCE A-Level dengan mendapat sekurang-
kurangnya 9 mata / International Baccalaureate Diploma
dengan mendapat sekurang-kurangnya 24 mata serta
kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
dan
– Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam
Malaysian University English Test (MUET) mengikut
tempoh sah laku.

Syarat khas bagi program lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) mengikut bidang yang dipohon:-

4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional ke Peringkat Ijazah 2

4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional ke Peringkat Ijazah 3

4 Universiti Awan yang menerima Lulusan Diploma Vokasional ke Peringkat Ijazah 4

Sekarang tiada lagi tangapan masyarakat bahawa TVET merupakan pembelajaran kelas kedua kerana TVET merupakan salah satu pembelajaran aliran perdana. Ianya juga diiktiraf oleh KPM. Justeru itu, ibu bapa tidak perlu risau lagi akan masa hadapan anak-anak yang mengambil Kolej Vokasional sebagai kolej pengajian mereka.

Rujukkan:-
1) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2) http://www.unimap.edu.my
3) http://news.ump.edu.my/general/mtun-tawar-program-sarjana-muda-teknologi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *