5 Bisnes Modal Kecil Potensi RM 5000 Sebulan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
5 Bisnes Modal Kecil Potensi RM 5000 Sebulan 1
Bisnes Modal Kecil

Mungkin ramai yang sedang mencari idea bisnes modal kecil tetapi mempunyai potensi pendapatan lebih dari RM 5000 sebulan. Sebenarnya tidak ada yang mustahil sekiranya kita komited dengan apa yang diusahakan. Zaman kini kita tidak boleh mengharapkan gaji yang diberi orang sahaja, kita sendiri perlu kreatif mencari rezeki dengan berniaga sendiri. Kadangkala perniagaan sendiri ini lebih menguntungkan dan pendapatan juga boleh lebih dari RM 5000 sebulan. Menulis tentang idea perniagaan ini sebenarnya banyak yang boleh diusahakan. Berniaga apa sahaja sebenarnya boleh mendapatang kan pendapatan. Namun demikian, dibawah saya kongsikan 5 bisnes modal kecil tetapi InsyaAllah ia berpotensi untuk pendapatan RM 5000 Sebulan.

Jual Air

Menjual Air dikawasan tertentu memanglah nampak biasa, namun demikian sekiranya kena pada tempatnya ia memang menguntungkan. Jual air tidak pakai modal besar dan kos membuat air sebenarnya tidak terlalu tinggi. Jika kita pandai mencari tempat laluan orang ramai pasti tidak ada masalah untuk menjual 200-300 gelas sehari. Tempat laluan orang ramai seperti depan pejabat, sekolah, supermarket, pasar dan banyak lagi membuatkan jualan anda laris. Air ini keperluan orang ramai dan ia sangat diperlukan ketika cuaca panas. Jika 70% keuntungan segelas, 300 gelas sehari selama 1 bulan anda akan dapat pendapatan lebih RM 5000 sebulan.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Jual Buah Potong

Buah-buahan memang mahal, tapi jika dipotong hasilnya banyak dan murah. Kesedaran orang ramai kini tentang kesihatan membuatkan buah menjadi pilihan mengantikan makanan ringan. Buah-buahan juga dapat menghilangkan dahaga dan mengenyangkan. Jika anda potong buah tersebut dan dimasukkan dalam gelas pastinya ia menguntungkan. Jika kena pada tempatnya anda juga akan dapat menjual lebih dari 300 gelas sehari. Tidak mustahil untuk mendapat bersih RM 7500 Sebulan.

Makanan berasaskan Sup

Makanan berasaskan sup juga menguntungkan, hal ini kerana makanan jenis ini isi kandungannya dibantu oleh sup. Ia menyebabkan makanan nampak banyak dan mengenyangkan. Jualan 2.50- 4.00 semangkuk akan dinilai berbaloi oleh pelanggan. Keuntungan semangkuk boleh mencecah 1.50-2.00 anda hanya perlu menjual 100 mangkuk sehari mejadikan pendapatan anda RM 6000 sebulan.

Jual Ayam/ Itik Pelihara

Memelihara ayam dan itik mungkin nampak biasa, namun demikian Ayam dan itik sebenarnya salah satu lauk kita sehari-hari. Ia adalah makanan perlu untuk kita sehari-hari. Jika anda pelihara sendiri pastinya keuntungan meningkat. Seekor ayam anda mungkin dapat untung sekitar RM 5 dan seekor itik mungkin anda dapat untung sekitar RM 15. Anda hanya perlu menjual 5 ekor ayam dan 5 ekor itik sahaja sehari untuk mendapat pendapatan bersih RM 6000 sebulan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Jual Bunga Hidup Perhiasan

Bunga juga salah satu perniagaan yang menguntungkan. Sepohon bunga hidup biasa kadang-kadang boleh dijual sekitar RM 10- 25. Sedangkan untuk membiakan bunga tidak lah sesukar mana. Air siraman pula boleh didapati secara semula jadi. Kos baja sahaja yang perlu ditanggung penjual. Penduduk malaysia makin ramai, tidak mustahil setiap rumah akan memerlukan minima 1 pokok bunga untuk hiasan dan menghilangkan stress. Anda hanya perlu menjual sekitar 15-20 pohon sehari untuk mendapat pendapatan lebih dari RM 5000 sebulan.

Perniagaan bisnes modal kecil perlulah mengikut teknik yang betul

Semua idea perniagaan yang disertakan diatas memang boleh memberi pulangan yang lumayan, namun demikian sikap, cara, teknik yang betul perlu untuk menghasilkan pendapatan lumayan. Teknik pengurusan kewangan, promosi perlulah baik untuk menghasilkan jualan. Sebenarnya ia tidak mustahil jika ditambah lagi dengan promosi online dan kreativiti tersendiri. Saya ada kongsikan rahsia bagaimana menjana pendapatan dan melariskan jualan walaupun modal rendah atau tanpa modal. Diharapkan idea periagaan yang dinyatakan mampu mengubah taraf hidup anda kelak.

One thought on “5 Bisnes Modal Kecil Potensi RM 5000 Sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *