Mendapatkan suasana kerja yang harmoni, diinginkan oleh setiap pekerja. Beberapa amalan baik di tempat kerja perlu di amalkan untuk mendapatkan suasana kerja yang selesa. Besar kemungkinan yang berlaku apabila diri tidak selesa dengan peesekitaran kerja mengakibatkan ramai yang mengambil keputusan untuk berhenti. Ini sama sekali tidak bagus dalam rekod kerja anda. Bagaimana menjadikan anda dan keadaan persekitaran serasi?
Amalan Baik Di Tempat Kerja
Beberapa cara saya kongsikan kepada anda yang boleh dipraktikkan agar anda lebih selesa dengan persekitaran kerja anda.
1. Datang Lebih Awal
Sebaiknya, datanglah 15 minit awal ke tempat kerja anda. Apabila anda dapat menghadirkan diri lebih awal, anda lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Berbanding jika anda datang ke tempat kerja lewat dan cukup-cukup masa masuk waktu bekerja, anda akan menghadapi situasi yang kurang nyaman. Banyak manfaatnya jika anda dapat datang awal. Antaranya, anda dapat mengemas meja kerja anda agar menjadi lebih kemas. Apabila meja anda kemas, anda dapat bekerja dengan hati yang gembira dan kerja dapat dilakukan dengan mudah. Utamakan kebersihan pasti urusan kerja anda lebih mudah.
2. Fokus
Perhatikan dan lakukan apa yang anda lihat dan dengar. elakkan menjadi pahat dan penukul. Diketuk baru bekerja. Tidak baik dalam persekitaran kerja anda. Peka dan sentiasa fokus dengan persekiraran. Peka terhadap sebarang arahan yang diterima. Tidaklah anda menjadi seorang pekerja yang ketinggalan. Ikutlah arus kerja anda. Pasti anda gembira dengan persekitaran kerja anda.
3. Jangan Takut Bertanya
Rajinkan diri anda untuk bertanya kepada mereka yang berkenaan mengenai skop kerja anda. Jangan jadi pekerja yang sombong bodoh. Tidak menjadi kerugian kepada orang yang suka bertanya. Tetapi perlu ingat, bertanya soal skop kerja sahaja. Jangan pula bergosip sana sini. Amalan bergosip sangat tidak sihat kepada anda dan persekitaran kerja. Ia mampu menyumbangkan suasana yang buat anda penuh konflik.
4. Jadi Diri Sendiri
Jadilah diri sendiri dan tidak terikut-ikut dengan gaya kerja pekerja lain. Buat kerja sendiri dengan tekun dan tidak membuang masa. Ingat, anda sedang bekerja. Jadinya, lakukan kerja anda dengan baik. Dan jangan sesekali curi tulang. Sebaiknya jika anda dapata melakukam kerja anda dengan cara anda tersendiri. Tetapi oastikan cara kerja anda itu memudahkan anda dan pekerja lain. Jangan pula syok sendiri.