5 Cara Tingkatkan Pengunjung Blog

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Bila berblog, perlu difikirkan cara untuk tingkatkan pengunjung blog, hal ini penting supaya blog tidak sunyi tanpa pelawat. Menulis artikel bukanlah sesuatu yang senang, kadangkala terpaksa membuat banyak rujukan supaya segala yang didedahkan penuh informasi serta membuatkan pengunjung berpuashati. Tetapi, alangkah malang jika penulisan yang bersungguh-sungguh tidak pula dibaca oleh kerana jarang pengujung yang membaca hasil penulisan kita itu, oleh itu saya sediakan 5 cara asas untuk menarik pengunjung ke blog kita.

  1. Hasilkan Penulisan yang menarik – Penulisan ialah produk kita, pengunjung yang hadir sebenarnya begitu berharap untuk mendapatkan informasi hasil dari lawatanya. Oleh itu, penulisan yang tidak berkualiti dan tidak menarik membuatkan pengunjung tidak berpuashati dan tidak gemar kunjung lagi.
  2. Jaga ejaan – Ejaan juga penting, sekiranya ejaan terlalu singkat atau salah membuatkan pengunjung sukar untuk membaca seterusnya sukar untuk faham apa yang dimaksudkan oleh penulis. Penggunaan bahasa rojak dan bahasa sms juga membuatkan sukar untuk penulisan di index di google.
  3. Pilih template yang sesuai – Cubalah memilih template yang sesuai dengan keunikan blog kita tersendiri, tidak perlulah terlalu ranggi atau terlalu ringkas kerana mungkin ia membuatkan pengunjung terganggu fokusnya pada bacaan sekiranya terlalu warna warni, cukuplah dengan mementingkan 3 warna utama untuk blog kita.
  4. Kurangkan gambar bergerak – Penggunaan format gif atau flash pada bahagian atas blog membuatkan blog bermasalah. Hal ini kerana gambar yang bergerak menganggu google untuk index tajuk dan penulisan kita. Google mengindex sesuatu laman web menggunakan sistem autonya sendiri, maka ia mengikut arahan yang telah disetkan. Oleh itu hati-hatilah bila meletakkan gambar bergerak di atas blog.
  5. Komen di blog orang lain – Cara ini juga penting, hal ini kerana setiapkali kita komen diblog orang lain secara automatik kita meninggalkan jejak melalui link yang kita tinggalkan disitu. Oleh itu, pengunjung blog berkenaan akan secara tidak langsung akan klik link tersebut dan singgah ke blog kita. Jika bukan pelawat blog itu yang singgah, paling tidakpun pemilik blog tersebut akan singgah ke blog kita.
Baca Juga :  Mohon Direct Debit PTPTN Percuma

Semoga perkongsian asas ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan pengunjung blog kita.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

7 COMMENTS

  1. Apa yang blog xpresi postkan cara untuk tingkatkan pengunjung blog memang tepat sekali..Bukan mudah untuk membuat sebuah artikel yang menarik dan berkualiti memerlukan banyak sumber2 dan kerja keras untuk menjadikan sebuah artikel itu kelihatan berkualiti..Bagi seorang blogger macam saya, kita perlu pastikan setiap artikel kita itu terbaik dan perlu mempunyai kelainan tersendiri…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here