Permohonan UPUOnline kini sudah dibuka bermula 4 Januari 2021 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021. Walaupun kita sedang sibuk membuat permohonan calon WAJIB ketahui faktor berjaya atau gagal mendapatkan tawaran UPU bagi Lepasan SPM/ Setaraf. Setiap punca kegagalan pasti ada faktor penyebabnya, justeru itu calon perlu ambil peduli akan punca kegagalan mendapatkan tawaran UPU ini.
Mengapa ada calon yang berjaya mendapat tawaran UPU dan ada juga yang tidak berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke UPU. Secara dasarnya, terdapat pelbagai faktor berjaya atau gagal mendapatkan tawaran UPU ini.
“Gagal mendapatkan tawaran UPU tidak bermaksud anda gagal tetapi MUNGKIN ada kesilapan semasa mengisi borang permohonan. Disebabkan oleh itu calon TIDAK layak menerima tawaran dalam bidang yang diinginiya”
Faktor Berjaya atau Gagal Mendapatkan Tawaran UPU Bagi Lepasan SPM/ Setaraf
Antara faktor berjaya atau gagal mendapatkan tawaran UPU bagi lepasan SPM/ Setaraf adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor penyebab calon gagal mendapatkan tawaran UPU adalah disebabkan oleh:-
1) Calon TIDAK menekan butang “HANTAR”
Faktor kegagalan pertama adalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan calon. Walaupun anda terlalu teruja kerana sudah berjaya menamatkan zaman persekolahan di peringkat Menengah tetapi anda sendiri WAJIB peka akan sesuatu yang anda lakukan. Sehebat mana keputusan anda, sekiranya kegagalan hadir disebabkan oleh kelalaian sendiri maka tiada apa yang boleh dibantu.
Kita kerap mendengar “Dunia di hujung Jari”, justeru itu pihak UPU mewajibkan setiap pemohon mengsahkan setiap satu permohonan yang dilakukan. Kecuaian tidak KLIK butang sah dan hantar mampu membuatkan permohonan TIDAK AKAN DIPROSES LANGSUNG oleh pihak UPUOnline.
2) TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
Mengapa pihak UPU sangat menitik beratkan kepada para calon untuk membaca dahulu syarat khas program. Hal ini disebabkan pihak UPU takut sekiranya calon tersalah pilih program yang dikehendaki dan menyebabkan calon HILANG KELAYAKAN untuk mendapatkan tawaran untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Permohonan berdasarkan minat dan dan kemahuan sendiri tidak akan dapat membantu calon untuk melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi”
*** Ukur baju biarlah dibadan sendiri agar anda tidak menyesal sekiranya baju yang dibeli tidak muat/ sesuai ***
“Setiap satu program mempunyai syarat khas mereka yang tersediri, jadi teliti dahulu syarat-syarat khas permohonan agar anda tidak kecewa akan keputusan yang bakal dikeluarkan”
3) TIADA kekosongan tempat TERUTAMANYA program kompetitif
Setiap satu permohonan akan dinilai sendiri oleh pihak universiti. Justeru itu, calon perlu BIJAK dalam memilih program dan universiti yang dikehendaki. Hal ini disebabkan, terdapat universiti yang mementing kualiti graduan kerana mereka mahu melahirkan graduan yang bijak pandai dan berkualiti bagi mengharumkan nama baik universiti.
4) GAGAL dalam saringan temuduga/ ujian
Sekiranya calon mengambil program yang mempunyai temuduga, calon itu sendiri perlu bersedia dalam menghadapi temuduga tersebut. Hal ini bagi memudahkan calon melayakan diri ke program yang mereka kehendaki.
“Tiada jalan mudah untuk berjaya ke menara gading, mendakilah dahulu tangga kejayaan sebelum anda berjaya”
5) Kedudukan merit rendah
Sebagai seorang yang bijak, calon WAJIB mengkaji dahulu tren pemilihan pada tahun semasa agar anda LAYAK diterima di pusat pengajian tersebut. Calon perlu BIJAK memohon program yang kurang orang pohon TETAPI program tersebut mempunyai masa hadapan yang cerah pada masa hadapan.
“Calon perlu bijak mencari informasi melalui media sosial, gunakan media sosial sebagai medium kejayaan BUKAN medium KEGAGALAN”
Seterusnya, calon juga perlu ketahui faktor penyebab mengapa ada calon yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti yang dipohon. Antara faktor kejayaan permohonan adalah disebabkan oleh:-
- Borang permohonan BERJAYA diterima oleh pihak UPUOnline
- MEMENUHI syarat khas atau layak permohonan sesuatu program
- TERDAPAT kekosongan tempat
- BERJAYA dalam saringan temuduga/ ujian
- Kedudukan Merit yang Tinggi
Kebanyakan calon yang berjaya didalam permohonan UPU telah lepas syarat-syarat permohonan. Walaubagaimana sekali pun, kejayaan yang diperoleh sudah tertulis dan tiada persoalan lagi mengapa seseorang itu berjaya. Perkara yang penting dalam permohonan UPU ini adalah calon WAJIB berjaya menghantar dahulu borang permohonan ke pihak UPUOnline agar pihak UPU boleh mengambil langkah yang seterusnya iaitu mengeluarkan tawaran dalam program yang sesuai.
*** Dalam satu kejayaan perlu ada usaha, dalam satu usaha akan lahirlah satu kejayaan ***
PERHATIAN!!!
Pembelian No ID UPU hanya boleh dibeli pada bulan FEBUARI TETAPI tarikh pembelian BELUM DIUMUMKAN lagi. Justeru itu, diharapkan calon perlu sentiasa peka akan pengumuman tarikh pembelian no ID UPU. Pembelian ID boleh dilakukan di kaunter BSN/ Di mesin ATM BSN yang terdekat
#staysafe
Rujukan:-
2) Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)