5 Faktor Pengangguran Pelajar Universiti

0
126

Faktor Pengangguran, Dalam meniti arus kemodenan ini,penganguran di kalangan penuntut universiti negara kita semakin kelihatan dari semasa ke semasa.Persoalannya, adakah wajar ianya terjadi kepada mereka?.Apakah masalah sebenar yang menyebabkan penuntut universiti itu menganggur?.

Faktor Pengangguran
Faktor Pengangguran

Faktor Pengangguran Lepasan Universiti

1Takut untuk mencuba

Pengangguran di kalangan penuntut universiti akan terus berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai usaha untuk mencari alternatif baru menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu mereka untuk mencari rezeki masing-masing. Ruang bagi para penuntut universiti menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian seperti perniagaan dan keusahawanan begitu luas.

2Kelulusan yang tidak bersesuaian

Salah satu masalah penting juga para penuntut universiti menganggur adalah kelulusan mereka yang tidak bersesuaian dengan permintaan dunia pekerjaan.Graduan yang mempunyai kelulusan yang tinggi ini akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini demikian kerana keperluan pengambilan tenaga buruh dari segi keberkesanan kos sesebuah syarikat awam ataupun swasta.

Baca Juga :  6 Cara Menghafal Dengan Cepat Pelajaran

3Kurang kemahiran                          

Sebenarnya,Peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara kita ini masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang sebegini kerana kurangnya kemahiran bekerja dalam diri mereka. Sebenarnya ada perkara yang boleh mengubah penuntut iaitu melalui bertanya dengan ahli keluarga,saudara mara,rakan-rakan yang mempunyai pekerjaan. Tidak mustahil mereka akan mudah diserap masuk untuk bekerja. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

4Kehendak majikan

Kebanyakkan majikan pada masa kini mahukan pekerja yang memberikan hasil kerja dan kualiti perkhidmatan yang baik, berkominikasi dengan fasih dan efektif, dan mampu melakukan kerja yang diberikan tanpa bergantung harap dengan orang lain.Ini memperlihatkan kehendak majikan yang terlalu tinggi kepada para pekerja yang ingin bekerja di syarikat mereka.

Baca Juga :  6 Cara Berkesan Untuk Belajar

5Tiada dorongan pihak keluarga.                       

Keluarga merupakan aset yang perlu memberikan kita sokongan untuk melakukan suatu perkara yang positif iaitu ibu bapa. Ibu bapa pada masa kini tidak memberikan dorongan yang padu terhadap bidang kerjaya yang ingin diambil oleh anak mereka yang lepasan universiti. Contohnya,penuntut universiti itu ingin bekerja di sektor swasta tetapi ibu bapanya ingin dia bekerja di sektor awam bagi memenuhi kehendak mereka yang akan membawa kebaikan kepada dirinya. Hal ini akan menyebabkan para penuntut universiti bekerja dengan hati yang terpaksa kerana bukan atas minat mereka sendiri

Kesimpulannya,para penuntut universiti harus bijak dalam mengatur langkah hidup masing-masing. Para penuntut juga perlu bermula dari bawah untuk mendapatkan pengalaman,bukannya terus dari atas.Bak kata pepatah,

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :