5 Idea Halatuju STPM Tanpa Masuk IPTA/ UA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Halatuju STP
Halatuju STP

Menerima perkhabaran gagal ke Universiti Awam ( UA ) atau IPTA merupakan satu mimpi ngeri, namun demikian ada cara lain untuk halatuju STPM tanpa masuk IPTA atau UA. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya, hal ini kerana kehidupan ini adalah satu episod yang mempunyai gembira dan kesedihannya. Begitu juga dengan kejayaan, ada kalanya ia menjadi milik kita dan ada kalanya milik orang lain.

Bagaimana dengan halatuju Jika gagal ke IPTA/ UA selepas STPM? Soalan ini selalu didengar bila ada pelajar yang datang mengadu pada kami tentang kesedihannya. Soalan tersebut menunjukkan anda sebenarnya inginkan kejayaan tetapi ia tidak kesampaian mungkin kalah dengan persaingan yang semakin sengit kini.

Sebenarnya untuk berjaya bukan sahaja perlu memasuki Universiti, ramai lagi yang diluar sana yang telah berjaya walaupun tidak masuk ke UA atau IPTA. Mungkin ada kelebihan tertentu jika anda memasuki universiti, tetapi dengan usaha yang lebih mungkin anda akan lebih berjaya kelak.

Halatuju STPM Tanpa Masuk IPTA

Mohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA

Baca Juga :  STPM Layak Mohon Universiti Oxford dan Universiti Luar Negara Terkemuka

Cara ini adalah paling popular, tahukah anda?  SPA menyediakan satu platform online untuk memudahkan urusan anda memohon pekerjaan disektor awam. Membuat permohonan mungkin senang tetapi strategi permohonan pula perlu betul. Anda perlu memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi butang kelayakan seperti SPM, Diploma, Ijzah dah sebagainya. Jika anda lepasan STPM, pastikan anda klik pada butang Diploma/ STPM. Apa yang paling penting, anda sentiasa update profil anda supaya status anda aktif untuk ditawarkan pekerjaan. Ada banyak jawatan di sektor kerajaan yang boleh anda mohon walau anda mempunyai STPM.

Memohon Kemahiran

Belajar dalam bidang kemahiran merupakan salah satu halatuju yang mempunyai masa depan yang cerah. Institusi kemahiran seperti ILP, Kolej Komuniti, Giat MARA merupakan contoh yang baik untuk anda sambung belajar. Pembelajaran di institusi kemahiran ini juga mempunyai tahap-tahap sendiri yang melayakkan anda memohon ke IPTA. Apa yang lebih menarik, kemahiran yang anda belajar tersebut mampu membantu anda mendapat pendapatan walaupun dengan berniaga/ bekerja sendiri.

Kolej Swasta

Kolej swasta merupakan pilihan kedua kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Namun demikian, kolej swasta kini juga mempunyai halatuju tersendiriseperti kemudahan mencari pekerjaan, kemudahan belajar luar negara dan sebagainya.

Baca Juga :  Petua dan Tips Mudah Sambung Ijazah Selepas Diploma

Berniaga sendiri

Berniaga juga merupakan pilihan halatuju yang baik. Berniaga ini ada untung dan ruginya, tetapi jika perniagaan kita berjaya, pasti kedudukan kewangan anda kukuh dan lebih kebebasan untuk bekerja. Untuk berniaga seharusnya anda mempunyai ilmu tertentu dari mereka yang berpengalaman. Berniaga ini bukan sekadar menyediakan barang untuk dijual, tetapi aspek pemasaran juga perlu betul untuk melariskan jualan anda. Untuk bab pemasaran dan melariskan jualan ini ada saya kupas dengan terperinci dalam BUKU saya sebelum ini. Jadual dan langkah-langkah yang saya tulis dalam buku tersebut sebenarnya hasil dari pengalaman dan respon klien-klien saya yang telah berjaya menjadi usahawan. Untuk idea-idea perniagaan 4 angka juga anda boleh membaca penulisan saya sebelum ini.

Kerja Swasta

Kerja swasta mungkin ada yang terbayang gaji rendah, sebenarnya tidak semua institusi swasta memberi gaji yang rendah kepada anda. Ada sesetengah kerja swasta memberi gaji yang banyak walaupun pekerjanya kelulusan biasa. Apa yang penting, duit hasil bekerja ini dapat dikumpulkan untuk modal perniagaan anda kelak.

Kesimpulan

Sekiranya apa yang anda mohon Allah tidak tunaikan..

Percayalah mungkin ada yang lebih baik ditakdirkan untuk anda ataupun mungkin anda sendiri belum bersedia untuk memikul tanggungjawab dan tugasan yang diberikan kelak.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here