5 Idea Ijazah Mudah Dapat Kerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Ijazah Mudah Dapat kerja
Ijazah Mudah Dapat kerja

Adakah anda bimbang dengan kerja selepas belajar? Sedikit panduan 5 idea ijazah yang mudah dapat kerja mungkin dapat membantu anda buat pilihan. Belajar di pusat pengajian tinggi terutama peringkat ijazah bukan lah mudah. Kebanyakan ijazah memerlukan lebih 4 tahun ( 8 Semester ) untuk dihabiskan. Sebelum habis pengajian, penuntut pengajian ijazah juga perlu bertungkuslumus menyiapkan projek akhir atau thesis yang pastinya menuntut banyak pengorbanan. Selain itu juga, Pengajian di peringkat ijazah juga memerlukan kos pengajian yang agak tinggi iaitu sekitar 30 ribu sehingga habis pengajian.

Jika difikirkan dengan tempoh masa, kepayahan belajar dan kos pengajian peringkat ijazah semestinya lepasan ijazah perlu mendapat pekerjaan selepas pengajian. Namun demikian, masih ramai graduan lepasan ijazah yang masih menganggur sehingga lebih dari 3 tahun dan lebih. Mungkin puncanya banyak dibincangkan seperti graduan terlalu memilih pekerjaan dan graduan tidak banyak mahir kemahiran tertentu.

Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

5 Idea Ijazah Mudah dapat kerja

Sebenarnya susah untuk dibincangkan pengajian yang mudah dapat kerja ini, ia bergantung oleh banyak faktor, walaupun demikian mungkin idea dibawah boleh membantu pilhan anda :

Perubatan dan Pergigian

Kursus ini memang top dipilih dan mempunyai kadar pertambahan meningkat peluang pekerjaan kerana ia bergantung pada jumlah penduduk yang semakin bertambah. Selain itu untuk layak dan tamat pengajian ini juga sukar menyebabkan ramai yang gagal diperingkat bawah lagi seperti SPM, STPM, Matrikulasi. Oleh kerana itu, bidang ini masih memerlukan pekerja yang ramai.

Pegawai Vaterinar

Peluang pekerjaan bidang pengajian ini juga dilihat semakin meningkat kerana bahan makanan berasaskan haiwan ternak kini makin meningkat. Selain itu stress dikalangan pekerja banyak juga dialihkan ke hobi memelihara binatang. Oleh demikian, pertambahan penduduk menambahkan lagi peluang pekerjaan graduan Vaterina ini.

Berkaitan Pengubatan

Bidang pengajian ini bukan sahaja melibatkan doktor, bidang ini adalah berasaskan pengubatan tidak kira fizikal, emosi atau mental. Pekerjaan melibatkan emosi seperti pegawai psikologi dan ahli fisioterapi sebenarnya mempunyai kadar pertambahan kekosongan sejajar dengan pertambahan penduduk.

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

Seni bina , kemahiran dan pembangunan

Graduan dalam bidang ini juga mempunyai peluang cerah. Hal ini kerana sejajar dengan kepesatan penduduk, pembangunan dan kemahiran juga semakin diperlukan. Kemahiran membaikpulih atau perkhidmatan memang sangat banyak diperlukan. Selain dari tu, kemahiran yang ada boleh diguna untuk perniagaan sendiri yang kemungkinan boleh meningkatkan lagi pendapatan.

Sains dan komputer

Bidang ini dahulu diletakkan di tempat pertama, namun demikian sejak 5 tahun lepas berlaku lambakan graduan bidang ini menyebabkan ia telah penuh. Namun demikian ia kembali pulih kini kerana masih ada yang beranggapan ia sukar mendapat pekerjaan. Sebenarnya bidang ini mempunyai banyak kekosongan terutama yang melibatkan kerja-kerja teknologi khas yang melibatkan kemahiran tinggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top