5 Isu Permohonan UPU

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Berikut adalah maklumat yang diterima dari pihak UPU bekenaan masalah permohonan UPU terbaru. Informasi adalah dikongsi bagi mempermudahkan urusan dan masalah pemohon.

  • Tidak dapat mengemaskini permohonan
Ramai pemohon menghadapi masalah untuk mengemaskini permohonan disebabkan “kata laluan” & “nama ibu” salah…
Sebenarnya kesilapan pemohon mengisi kedua-dua ruangan “kata laluan” DAN “nama ibu”. Sila isi HANYA salah satu di antara “kata laluan” ATAU “nama ibu”. Jika isi kata laluan kosongkan ruangan nama ibu dan jika ingin guna nama ibu kosongkan ruangan kata laluan. Jika ingin guna kedua-duanya pastikan “kata laluan” DAN “nama ibu” diisi dengan betul tetapi jika lupa “kata laluan” & “nama ibu” sila hubungi upu untuk bantuan lanjut di talian :
03-8870 6755/6766/6767/6777
Isnin – Khamis 8.00pg-1.00tgh, 2.00ptg-5.30ptg
Jumaat 8.00pg-12.15tgh, 2.45ptg-5.30ptg
  • Tahun spm & angka gilir tiada/blank
Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan update semula angka gilir & tahun spm dari masa ke semasa.
  • Nama tertukar dengan pemohon lain
PERINGATAN, anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain. Pembetulan telah dibuat sila semak semula semasa fasa2 dibuka nanti. Pihak UPU akan betulkan nama yang tertukar spm dari masa ke semasa, sila buat SEMAKAN sebelum tarikh tutup.
  •  Tiada ruangan untuk isi keputusan spm/stpm
Bagi pemohon lepasan SPM tahun 2011/2010/2009 & STPM 2011 tidak perlu mengisi keputusan peperiksaan anda kerana Kementeriaan Pelajaran Malaysia(KPM) akan membekalkan keputusan peperiksaan anda ke UPU(telah dinyatakan dalam panduan permohonan).
  • Hilang no. Unik id

Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki no. unik id. Jika anda belum membeli no. unik id ataupun telah kehilangan nombor tersebut anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional(BSN).

Dipetik untuk perkongsian dari – UPU –

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
40 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Lia
Lia
Guest
2 years ago

Salam.. Saya tak ade dpt apa apa notis daripada upu sampai result keluar.
Sedangkan saya dah masukkan email saya. Tapi senyap. Lagi satu saya tak print apa apa lagi.. Bila nak bukak dekat web rasmi, dah tak boleh bukak. Adakah ia akan menjejaskan atau ade penyelesaian??

Kiran
Kiran
Guest
3 years ago

Saya dah membuat permohonan untuk politeknik dan saya dah print boran pengesahan,semasa saya check upu dia kata rekod permohonan anda tiada dalam upu online.Saya tak tahu ape masalahnyaSaya harap boleh mendapat penjelasan yang betul supaya saya tahu kenapa dan mengapa benda ini berlaku.

anis
anis
Guest
3 years ago

assalamualaikum, kenapa nama saya tiada dlm rekod ketika semakan keputusan?? saya dh htr dan print slip permohonan tu….adakah saya gagal mndpt twrn atau silap semasa memohon??

iwan
iwan
Guest
3 years ago

saya x print slip permohonan sbb ingatkn kene tunggu upload smue dokumen yg diminta then boleh print lagi trnyata tidak. so skrg akn ada msalah akn datang ke ? atau ade solution ?

izzah
izzah
Guest
3 years ago

kenapa setiap kali saya nak kemaskini page trus jadi blank. pleasee helppp

Yana
Yana
Guest
4 years ago

hello. setiap kali saya log in upu, mesti keluar “ralat” banyak kali. dah cuba berpuluh kali pun still sama. no kp betul, password pun betul. what should i do then? nak buat erayuan ni :(((

Faddyss
Faddyss
Guest
4 years ago

Saya dah update permohonan saya. Lepas itu saya tekan save untuk softcopy adobe untuk rujukan akan datang. Selepas saya tekan softcopy tu nak check balik, yang dia tunjuk kat situ sama je macam tak update je 😭

cecilia
cecilia
Guest
4 years ago

hello,soft copy borang permohonan upuonline saya hilang so kalau tak ada borang ada effect apa apa kah? boleh sya revocer balik tak?

minzakaria
minzakaria
Guest
4 years ago

salam…saya tidak sempat dah kemaskini dan hantar pemohonan saya pada tarikh akhir pemohonan..nak tanya pemohonan saya dikira batal atau masih boleh diperbaiki untuk kemaskini ? harap sangat encik dapat reply

nurul ain
nurul ain
Guest
4 years ago

salam . saya menghadapi masalah tertukar nama dengan nama pemohon yang lain . maklumat semua pasal saya tapi nama orang lain . apa patut saya buat ?

haziqah
haziqah
Guest
4 years ago

saya pulak ade masalah. tarikh lahir saya dgn dalam ic lain. jadi saya patut buatapa ye? sbb masa saya buat permohonan ini internet agak slow. apa patut saya buat ye?

nurain
nurain
Guest
4 years ago

Salam..ibu sy bkn warganegara sini..so dia pkai .passport..masalahnya apabila saya msokkan no passport ibu sy..tidak dterima dlm maklumat ibu bapa..sy tidak dpt mgisi step yg sterusnya..mcm mne ye?

Zura
Zura
Guest
Reply to  nurain
2 years ago

Bole tahu..Ap tindakan Cik slps tu sbb kwn sy mengalami masalah yg sama

juliya
juliya
Guest
Reply to  nurain
1 year ago

SALAM BOLEH TAHU AWAK REPLY APA YE LEPAS ITU. BOLEH BALAS KE EMAIL SAYA [email protected]. terima kasih

ameyrah
ameyrah
Guest
4 years ago

sy lupa pwd upu lps tu dh kik pd lupa kata laluan. email tk dpt smpai sudah

nur ariqah
nur ariqah
Guest
4 years ago

Kenapa setiap kali nak login ada keluar ralat..saya dah cuba byk kali tapi x blh..apa perlu saya buat

robiatul adawiyah
robiatul adawiyah
Guest
Reply to  nur ariqah
4 years ago

same laaaa 😭 . ape yang awak buat ? call upu online ke ?? please help me !.

lan
lan
Guest
Reply to  robiatul adawiyah
4 years ago

Mungkin masalah sistem, aku logn bnyak kali je.

Jannah
Jannah
Guest
4 years ago

Saya ada masalah dengan part saya bukan robot..stuck kat situ je..then, keluar tidak sah pastu suruh ulang Banyak kali..anybody help me!

kairina
kairina
Guest
4 years ago

salam. saya cuba untuk daftar kali pertama kat website upu. saya dah isi semua yang di minta tapi bila sya dah tekan daftar. takda apa2 yang berlaku. saya ulang berkali2 tapi masih belum ada apa2 yang berlaku. annoying la

Cat
Cat
Guest
Reply to  kairina
4 years ago

Saya pun menghadapi masalah yg sama. Annoying sangat smpi terfikir nak beli pin yg baru. Harap dpt kongsi mcm mn nak selesaikan masalah ini . 😊

Zara
Guest
4 years ago

salam. saya dah daftar buat pertama kali utk upu online. pada awalnya, saya berjaya login tapi bila saya cuba login utk keesokkan pagi ia menunjukkan ralat. bukan sekali saya cuba. dah berpuluh kali saya buat. namun masih ralat. apa yg perlu saya buat? perlukah saya menghubungi upu atau bolehkah saya membeli nombor pin yg baru? masih ada peluang ke utk saya mendaftar upu ni sekiranya keputusan masih ralat?

Marcel
Marcel
Guest
Reply to  Zara
4 years ago

salam, saya pun menghadapi masalah yang sama, sekiranya zara dapat tahu cara selesaikan masalah ini tolong share 🙂 ini email saya edit by admin

Ann Heng
Ann Heng
Guest
5 years ago

Salam,saya adalah pelajar lepasan STPM 2014~Saya menghadapi masalah kemaskini pada fasa 2 dan x sempat menekan butang sah dan hantar~Adakah keputusan STPM saya hanya dikira pada fasa 1?Apakah yg boleh saya lakukan atau mohon lagi apabila tarikh permohonan dah tutup?Rasenya risau~ minta tolong~thank u

emir
emir
Guest
5 years ago

Assalamualaikum wbt, sy nk tnya klau sy salah isi kod sekolah mcm mana ya ? sy tidak boleh kmaskini lg krana sudah mlebihi 3 kali. Adakah ksalahan ini boleh mnjejaskan kelayakan saya utk mmasuki ipta ?

sabrina
sabrina
Guest
5 years ago

saya nak kemas kini, tetapi dia tulis saya belum bermohon. Apabila saya mohon buat sekian kalinya, ia mengatakan saya sudah membuat permohonan. Apa yang patut saya lakukan?

Qylla
Qylla
Guest
6 years ago

salam, sy pelajar lepasan matrik. sy dah daftar upu, tapi masalahnya setiap kali nak simpan dan hantar, status kata faiked. dah buat banyak kali macam tu jgk. dah sampai 3 kali sy buat tp sama jugak n dah x boleh nak kemaskini. saya x dapat nak print pun. persoalannya sekarang, permohonan sy tu dah selamat diterima ke tak? harap dapat reply cepat.

Qylla
Qylla
Guest
Reply to  Qylla
6 years ago

* maaf, failed. bukan faiked

binggung
binggung
Guest
6 years ago

knape sy xboleh nk bt e-rayuan?..sedangkn pmohonan sy gagal dpt mana2 lg…bila sy mohon e- rayuan..dia tulis HANYA CALON YG GAGAL SHAJA YANG LAYAK MEMOHON E- RAYUAN

Hovate
Hovate
Guest
6 years ago

Saya nak tnya…kalau saya x print borang permohonan upu..
apa akan jadi??…

asrul bin amir
asrul bin amir
Guest
7 years ago

mcm mna klu lupa kata laluan ps2 dy mintk e-mail tp e-mail masuk ari tu act e-mail yg salah???

Hannah
Hannah
Guest
8 years ago

Salam, nk tnya.mcm mana sy nk buat kalo tmpt isi tarikh lahir xblh di isi???sy nk mohon kemasukan u utk adik.ASAP….

stacker
stacker
Guest
8 years ago

kenapa saya tidak boleh buat semakan..data ralat “Anda salah kategori. Sila masukkan SEMULA kategori anda”. nak buat cmner ni…adalah perlu buat permohonan sekalai lagi

diana
diana
Guest
8 years ago

SALAM.pada ruangan akademik kire nya xpyh risau ttg ketiadaan tahun spm dan agka giliran la ye? then result spm pon xpyh isi.mcm tu ke??

curious
curious
Guest
8 years ago

borang upu adik sy mengalami masalah no 2 & 4 adakah ini bermakna ia normal, so sy hanya perlu hantar balik je keputusan upu tu.

asyid
asyid
Guest
8 years ago

Tidak mengapakah sekiranya meneruskan kemaskini UPU walaupun no. angka giliran dan dan tahun peperiksaan tidak tertera pada borang kemaskini?

stacker
stacker
Guest
8 years ago

salam.. kenapa xboleh buat semakan dlm system UPU lepasan SPM…bila masukan IC dan pilih kategori ia mengatakan yg kategori yg dipilih salah..kenapa??

40
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x