Untuk kali ini, ingin saya sampaikan maklumat utama bekenaan masalah yang selalu ditanya mengenai permohonan UPU 2012 ini. Kenyataan dibawah dipetik sepenuhnya dari kenyataan UPU bagi menjawab solan yang diajukan dibawah :
Saya menghadapi masalah memohon di bawah katagori lepasan diploma/setaraf apabila selesai isi halaman “Maklumat Akademik” saya tidak dapat pergi ke halaman seterusnya?
Pihak UPU telah mengambil maklum tentang perkara ini kerana bukan semua pemohon lepasan diploma/setaraf akan menghadapi masalah ini. Pemohon yang menghadapi masalah akan mendapat ralat Query SQL Kemasukan Maklumat EF-DIPLOMA tidak dapat dilakukan:Data too long for column ‘TAMATDS’ at row 1. Pembetulan pada sistem sedang dilaksanakan dan akan dimaklumkan apabila selesai.
Senarai Institusi/Jenis Diploma saya tiada dalam senarai “drop down”?Senarai institusi dan jenis diploma yang terdapat dalam sistem permohonan bagi kategori lepasan diploma adalah senarai yang diiktiraf yang dibekalkan oleh pihak JPA. Pemohon dinasihatkan memilih jenis diploma yang paling hampir dan paling penting pemohon WAJIB menghantar salinan dokumen yang telah disahkan ke IPTA yg dipilih.
Apakah itu Salinan Cetakan Akreditasi MQA?dan di mana saya boleh dapatkan cetakan tersebut?
Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Lepasan Diploma/Setaraf terutamanya dari IPTS WAJIB menghantar salinan tersebut yang boleh dicetak dari http://www.mqa.gov.my/mqr/PeneranganPA.cfm
Saya akan menduduki peperiksaan MUET pada bulan Mac tahun ini, adakah saya tidak layak kerana apabila permohonan ditutup saya belum mendapat keputusan MUET lagi?
Pemohon yang akan menduduki peperiksaan MUET perlu mengisi “BELUM ADA KEPUTUSAN”. Pemohon layak memohon dan keputusan peperiksaan MUET akan dibekalkan kepada UPU oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Kenapa tahun SPM dan Angka Gilir SPM saya tiada dan saya tidak boleh mengisi ruangan tersebut?
Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent.
Sumber : dipetik dari kenyataan UPU.
Farizul Fahmi
Salam. Ingin bertanya. Sy br sahaja menerima keputusan MUET. Sy telah memohon upu lepasan diploma tetapi mengisi TIADA di bahagian MUET. Bagaimana sy boleh memperbetul kesilapan tersebut. Harap tuan dpt membantu.
tengku
kalau sy terlupa untuk print borang permohonan sy macam mana ye? adakah permohonan sy tidak akan berjaya?
yaaswini
saya pun lupa nak print borang permohonan upu mcm mana ye boleh tolong x??
Faiz
Saya kehilangan no.pin upu……macam mana boleh saya dapatkannya semula????Adakan saya perlu membeli no.pin yang baru???
emylie
salam…saye ingin btanye…sye ambik muet sesi july 2013..boleh ke skrg sye mohon upu..sbb sye pu dh beli no pin upu…msalah skrg nie muet sye lmbat ambik..adkah permohonan sye akak di terime??
hana
saya nak tnye,sye nak reseat balek muet bln 3 ni,,adakah upu ambil result muet terbaru sekiranyer result muet bru yang ini lagi bagus ataupun upu ambil result yang lama?
Runsing
kalau dah print borang upu online tu dah tak boleh kemaskini lg ke?
Farahana
saya nak tya , slip keputusan muet saya dah hilang .saya nak daftar upu mcm mana ? upu mintak angka giliran muet . tolongla saya dah pening ni .terima kasih
QStaff1
Cuba tanya salinan di tempat ambil muet dulu..
kecewa juga
hai sir,my friend is in deeeeepppppppppp trouble. sy pn x thu mcm mana nk bantu, i hope u can give some suggestions? :'(
begini, dulu dia bli no pin muet sesi july tp lambat daftar.so xdpt join muet….skrg ni,dah nak apply upu tp xda ambil muet dpt daftar upu x? sekarang ni…xsempat pulak nak daftar utk sesi mac 2013 sbb saya tengok dah tutup tarikh pndftrn… adakah dia perlu ambil sesi july? adakah sudah terlambat n mcm mana dgn application upu? boleh terima sekiranya blum mengambil muet? keeping update with you guys, thank you for ur help.. i really appreciate it
QStaff1
Syarat diterima IJazah adalah perlu MUET, ubalah mohon nanti harap dapat..disamping itu cuba mohon Menduduki MUET secara swasta..
Ryca
salam sejahtera,
saya menghadapi masalah pasal permohonan ini. Apabila saya menyemak permohonan saya melalui sms, (UPU RESULT NO IC) > 15888, dikatakan bahawa permohonan saya tidak terdapat dalam sistem. Padahal,saya telah mengikuti semua syarat yang ditetapkan.. Jadi, di sini saya ingin bertanya, kenapa boleh terjadi sedemikian?? TQ~
Ryca
dan apa yang harus saya lakukan?
Naqib
Salam Sejahtera..
Saya Menghadapi masalah,
Pertama Semua kos yang saya isi tertukar dengan sendirinya, apabila saya menyemak, dan kos-kos itu tidak pun saya mintak.. Kesemua kos itu berubah… Untuk RU (Riserch universiti) 1-4 Berubah, dengan universiti selain RU 1-8 pun berubah…
Tetapi..
No ic saya tidak berubah..
Yang ke2..
Alamat Rumah Saya berubah… Kepada alamat kawan saya tersebut.. Saya berasa Hairan, KE SEMUA kos yang saya mintak itu, hilang…
*APA TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN*
Azzyra
Assalamualaikum , saya mempunyai masalah , saya kehilangan surat cetakan permohonan upu tempoh hari. Cetakan tersebut merupakan bukti pmohonan saya jikalau saya ada menghadapi pmasalahan . Bagaimana utk saya mdptkan kembali, adakah ia memberi kesan kerana kehilangannya
mai
sis dh tahu mcm mna?sbb sy pon ,mcm tu .sy pnya 2016
Pening
Saya ingin bertanya, jika keputusan peperiksaan (transkrip) semester 1,2,4 hilang, dapatkah kita meminta upu menggunakan keputusan semester 3 dan 5 sahaja? sekarang ni baru lepas sem 6..result pun belum keluar lagi. Sekian.
Kecewaa
Saya akan mengambil MUET pada bulan julai 2012 , tapi masalahnya sekarang “SIJIL MUET” wajib dihantar ke IPTA pilihan bersama dengan dokumen lain , macam mana tu ??
arfan
Assalamualaikum encik..bagaimana agaknya saya boleh mencetak semula borang permohonan yang telah diisi sebagai bukti permohonan..Cetakan saya tempoh hari telah tiada kerana saya sangkakan ia telah di’save’ ke dalam format PDF dalam komputer(saya tangguhkan dahulu kerja ‘print’ cetakan tersebut) tetapi rupanya tiada dalam simpanan komputer.Permohonan sudah ditutup,bagaimana boleh saya mencetak semula borang tersebut dan adakah dengan tiadanya cetakan tersebut sbg bukti permohonan akan menjadi satu masalah besar jika saya mendapat tawaran kelak?
QStaff2
Waalaikumussalam..cuba ke semakan status.mungkin boleh dicetak disana..
abdullah madir
no unik id sya hilang dan sya tdak m’igagati no kod t’sebut…bagaimana sya ble dpat kan sblum trikh tutup p’mohonan..????sya p’lukan bantuan skarang
fiziesss
Cuba Abdullah madir hubungi UPU..tapi jika beli semula ia akan keluar no yang sama dengan haritu..
Shah
Assalamualaikum . Saya nak tanya, kenapa ya No kad pengenalan/Mykad Semasa pendaftaran peperiksaan saya tidak ditunjukkan? Sebelum ni No Mykad saya dah sedia tertulis kat situ. Harap Di reply secepat mungkin. Permohonan UPU pun dah nak tutup.
Faqih
salam, sy sudah kemaskini tp bila buat semakan semula no. angka giliran dan tahun SPM tiada. macam mana tu ?
JOHN
jika saya dari lepasan diploma politeknik, macam mana ingin dapatkan ” salinan cetakan Akreditasi MQA ???
puvanesvary
saya telah gunakan nombor pin untuk permohonan upu sebanyak 3 kali.saya hendak kemaskini permohonan saya. apa perlu saya lakukan?
tindak balas anda dihargai…
Quorinna
Assalamualaikum, utk Akreditasi MQA. ini utk perakuan bagi sijil utk diploma dan ijazah je lah kn? kalau sijil STPM. perlukan salinan cetakan akreditasi MQA ni juga ke?
QStaff1
Waalaikumussalm..eh..tak perlulah..tu kan dari KPM.. 🙂
Anas
Assalamualaikum, tuan.
saya ada masalah berkaitan Akreditasi MQA. Saya memohon kursus ijazah, jadi saya perlu kemukakan MQA diploma kan? Saya ambil diploma dulu di Politeknik. Masalahnya, di web MQA, tiada maklumat berkaitan kursus diploma yang saya ambil di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Harap tuan dapat bantu.
Syukran.
Anas
Kursus diploma dulu >> Diploma Kejuruteraan Mekanikal (pembungkusan)
QStaff1
Waalaikumussalam..susah kami nak nyatakan disini..apa2 pun..cuba yer mohon..mane tahu dapat.. 🙂
bantu saya
saya na tnye kalau kita ta ltk taun SPM pda permohonan upu tape ke????plzzzzzz,help me
fiziesss
Perlu juga tu..tapi kalau kesilapan teknikal..no angka giliran mungkin diambil kira.. tapi sebaik2 nya usahakn kemaskini..
asker
Jika saya mengambil MUET pada bulan Julai adakah saya masih layak untuk memohon?
QStaff1
julai 2012 ke? kalau 2012 letak je belum mengambil MUET..nanti akan ambil di universiti plak..
asker
yea july 2012..sebab sudah tutup tarikh registration dia untuk mac..oh boleh ambil kat u jugak?terima kasih banyak banyak=)
QStaff1
sama2..
QBBI
So, tidak perlulah ambil tahun ni 2012, dan bila masuk (sbb saya akan mengambil 2nd intake), university akan arrange utk kita ke?
Dan satu lagi, ttg MQA tu, kalau belum tamat pengajian diploma boleh kah daftar?
Asker2
same la..aku pun baru nak ambik MUET utk sesi julai 2012 ni .. tapi tak ape2 ke macam tu? permohonan diterima ke? nanti sia2 je mohon terus tak dapat sebab takde MUET.
Aswad
Saya menghadapi masalah no.4. Apabila saya telah mengesahkan slip permohonan upu. Saya melihat keputusan MUET adalah 0 walaupun saya telah meletakkan status belum ada keputusan. Saya khuatir pihak upu menganggap bahawa markah MUET saya adalah 0 atau tidak menghadiri MUET.
wani
salam..sya pon jd cmni jgk.pa yg perlu sya buat?.
nabilaa
sy mghadpi mslh apbila angka giliran sy same dgn kawan sy..adkh pkre ni akn mndtgkan mslh kpda sy???plz bantu lah sy..
QStaff1
Macam mana boleh sama nabila? silap sistem atau nabila sendiri?
iera kuantan
salam..saya menghadapi masalah berkenaan angka giliran dan tahun spm..angka giliran saya same dgn angka giliran kawan saya,adakah pkre ini boleh mendatangkan masalah ???saya betul2 risau sekarang ni…
aaarif
saya menghadapi masalah no1. harap masalah ini dapat diperbetulkan secepat mungkin. tq
zulfiq
Aku ok jer..xde masalah masa mohon..apa2 pun thanks for info..