

Alam Universiti merupakan salah satu alam dambaan para pelajar lepasan SPM. Justeru itu, pasti ramai yang bertukus lumus untuk berjaya bagi memastikan diri mereka layak untuk mendapatkan tempat di alam universiti. Justeru itu, anda perlu BIJAK dalam mencari tempat kelayakan anda.
***REZEKI DATANG DARIPADA ALLAH TETAPI KITA PELRU BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA***
5 Matapelajaran Wajib Skor (Aliran Sastera) Untuk Mudah Memasuki Universiti
Antara 5 matapelajaran Wajib Skor yang dimaksudkan ini adalah 5 matapelajaran teras iaitu:-
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam
Kelima-lima subjek ini WAJIB skor untuk memudahkan anda memasuki ke alam universiti. Kelima-lima matapelajaran ini mudah untuk anda skor kerana ianya merupakan matapeljaran yang mudah berbanding matapelajaran pilihan. Justeru itu, anda perlu fokus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam kelima-liam matapelajaran ini.
TAHUKAH ANDA!!!
5 matapelajaran ini TERMASUK di dalam kiraan markah mata merit bagi kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sastera. Ianya menjadi salah satu kayu ukur untuk membuat pemilihan pelajar sebelum anda mendapat tawaran ke bidang yang menjadi pilihan anda.
Justeru itu, bagi pelajar aliran sastera yang berasa terlalu sukar untuk menghafal segala deritan masa dan fakta. Maka anda perlu atau WAJIB skor di dalam 5 matapelajaran teras ini agar ia dapat membantu anda melayakkan diri ke alam universiti.
PERINGATAN!!!
Walaupun anda perlu fokus 200% dalam 5 matapelajaran ini JANGAN sampai matapeljaran pilihan atau elektif anda abaikan. Hal ini akan menyebabkan anda kelayakan anda menjadi tipis kerana subjek pilihan juga WAJIB mendapat SEKURANG-KURANGNYA C+ BUKAN G.
Skor disini bermaksud anda perlu KUASAI 200% matapelajaran tersebut. Ianya bagi memudahkan anda mendapat markah merit yang tinggi pada matapelajaran UTAMA/ TERAS . Justeru itu, anda perlu skor 5 matapelajaran ini SEKURANG-KURANGNYA B + paling rendah. Ianya bagi cover semula matapelajran teras yang calon lemah. Semua ini bagi memastikan anda LAYAK mendapat tempat di alam Univeristi.
***5 MATAPELAJARAN INI BUKAN SOALAN BOCOR UNTUK MEMASUKI UNIVERSITI TETAPI TIPS BOCOR KEPADA CALON***
Contoh Pengiraan Mata Merit (ALiran Sastera)
Umum semua sudah ketahui bahawa bagi melayakkan diri anda untuk memasuki univerisiiti, skor atau pengiraan marakah mata merit adalah 90% akademik dan 10% adalah kokurikulum. Justeru itu, cara pengiraan 90% daripada markah mata merit adalah seperti berikut:-
- 90 markah bagi matapelajaran Utama/ teras
- 30 markah bagi matapelajaran 3 matapelajaran TERBAIK
Contoh pengiraan mata merit adalah seeprti berikut:-
90 Markah daripada 5 matapelajaran UTAMA / TERAS iaitu :-
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sejarah
- Sains
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral
Contoh pengiraan mata merit ke Univeristi Awam (UA) dan Politeknik Primer menerusi keputusan SPM 2020:-
1) Keputusan matapelajaran UTAMA/ TERAS
- Bahasa Melayu A+ (18)
- Matematik B+ (12)
- Sejarah B+ (12)
- Sains A (16)
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pengetahuan Moral A- (14)
Total = 72
2) Keputusan matapelajaran 3 TERBAIK
- Ekonomi Rumah Tangga B (10)
- Geografi C+ (8)
- Pendidikan Seni Visual A (16)
Total = 34
3) Pengiraan mata merit
a) Markah akademik = markah matapelajaran + markah pelajaran aliran utama terbaik
b) Markah matapelajaran UTAMA/ TERAS aliran sastera = (72 x 90)/ 90 = 72
c) Markah matapelajran 3 TERBAIK (34 X 30)/ 54 = 18.8
d) Jumlah Markah Akademik
(Markah matapelajaran utama aliran + matapelajran 3 terbaik / 120 x 90
= (72 + 18.8) /120 x 90
= 68.1
Markah akademik sahaja anda sudah mendapat 68.1% daripada 90%. Disini kita boleh melihat bahawa mata merit anda akan menjadi tinggi sekiranya anda skor dalam 5 matapelajaran utama tersebut.
PERINGATAN!!!
Pengiraan akkan sedikit berbeza daripada pihak KPT kerana perbezaan dari segi sistem pengiraan walaubagaimana sekalipun ianya boleh menjadi kayu ukur untuk anda mengetahui tahap pencapian anda untuk memasuki ke alam keuniversiti. 10% lagi anda perlu dapatkannya menerusi kokurikulum yang anda ikuti.
[KLIK DISINI] kalkulator menerusi KPM
Diharapkan perkongsian ini akan memberikan anda manfaat dalam menempuh alam peperiksaan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kejayaan itu manis sekiranya di iringin dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus.