5 Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Panduan Lulus MUET

Inginkan cemrlang muet? kami kongsikan panduan lulus MUET untuk anda, bila sebut sahaja, anda perlu bercakap dalam Bahasa Inggeris pasti ramai yang berasa takut kerana kurang keyakinan untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Tetapi apakan daya, untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi anda WAJIB menduduki ujian “Malaysian University English Test” (MUET) itu. Hal ini disebabkan LULUS MUET adalah salah syarat khas untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

Malaysian University English Test (MUET) terbahagi kepada empat kategori ujian iaitu:-
1) Speaking (Ujian Bercakap)
2) Writing (Ujian Penulisan)
3) Reading (Ujian Membaca)
4) Listening (Ujian Mendengar)

Pecahan-pecahan kertas MUET adalah seperti berikut:-
Panduan lulus MUET


Seperti yang dapat dilihat, permarkahan kertas MUET adalah tinggi pada bahagian Reading dan Writing justeru itu, calon perlu lebih fokus pada kedua-kedua kertas ujian ini. Sekiranya calon mendapat markah yang tinggi bagi kedua-dua kertas ujian ini, maka besar kemungkinan anda akan mendapatkan markah yang tinggi dalam keputusan MUET ini.

Syarat MUET bagi kemasukan pelajar ke IPTA:
• MUET Band 2 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
• MUET Band 3 : Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
• MUET Band 4 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan

Tetapi syarat MUET ini juga bergantung kepada sesetengah universiti juga. Jadi, para calon jangan terlalu stress sekiranya tidak mendapatkan keputusan MUET yang memberangsangkan. Anda boleh mengulangi semula ujian MUET bagi mereka yang mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Panduan Lulus MUET

Disini, kami ada sediakan sedikit panduan lulus MUET bagi calon yang mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian MUET ini. Antara panduannya lulus MUET adalah:-

Info Tambahan :  Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab

1) Set target untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang

Calon perlu set target untuk memastikan bidang yang anda pilih di universiti tercapai. Sebagai contoh, pengambilan doktor, farmasi atau doktor gigi calon perlu meraih sekurang-kurangnya band 4 untuk melayakkan diri dalam bidang tersebut.

“Elakkan letak set target yang rendah kerana ditakuti hilang kelayakan dalam bidang yang diimpikan”

Panduan lulus MUET yang pertama mudah untuk dilakukan kerana semua calon boleh meletakkan set target yang dingini.

2) Perbanyakkan latihan dan membaca isu semasa bagi mudah mendapatkan idea semasa ujian speaking

5 Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang 1

Calon yang menginginkan keputusan yang cemerlang dalam ujian MUET ini, mereka WAJIB memperbanyakkan latihan agar mudah untuk menjawab soalan yang disediakan. Latihan yang sangat disarankan adalah Ujian membaca (Reading), calon perlu set masa untuk menjawab agar setiap soalan mempunyai jawapan dan menepati soalan yang diberikan.

Manakala, bagi Ujian Speaking (Ujian Bercakap) pelajar perlu lebih banyak membaca kerana kebiasaannya soalan speaking lebih tertumpu kepada isu semasa. Sekiranya calon banyak membaca isu semasa maka, ianya lebih memudahkan calon untuk menghuraikan isi yang ada.

Panduan lulus MUET no dua ini juga mudah untuk dilaksanakan kerana semua calon boleh untuk dilakukan. 

3) Belajar secara berkumpul

Tubuhkan satu kumpulan kecil bagi memudahkan calon berlatih untuk mendapatkan idea bercakap. Pada masa yang sama, belajar secara berkumpulan ini dapat memastikan calon mampu mengawal masa untuk melakukan ujian bercakap (speaking). Pada masa yang sama, ianya juga meningkatkan tahap komunikasi dan keyakinan setiap calon.

Info Tambahan :  Tips Bantu Anda Mencari Pekerjaan Pada Musim Pandemik 2021

 

Panduan lulus MUET yang ketiga ini agak sukar dilakukan ketika musim pandemik ini. Tetapi, ianya mudah untuk dilaksanakan sebelum pandemik. 

4) Baca Panduan Persediaan MUET

Menjadi satu kewajipan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan membaca panduan persediaan MUET. Tujuan utama calon membaca panduan persedian adalah bagi memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian ini serta bagi mengurangkan perasaan gemuruh ketika menduduki ujian tersebut.

Buku panduan MUET ini boleh didapati dimana-mana kedai buku atau boleh sahaja meminjam dengan sesiapa kawan yang sudah menduduki ujian MUET. Dengan cara ini, calon boleh berjiimat dan mampu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan pemotongan pokok untuk membuat setiap helaian kertas.

“Dalam sibuk kita mahu berjaya, kita juga perlu bijak dalam menjaga bumi kita yang semakin tua ini”

5) Tawakal kepada Allah

Tawakal bermaksud berserah kepada Allah setelah anda berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah bahawa setiap kesusahan yang kita alami pasti akan ketemu kejayaan pada pengakhirannya. Dan kejayaan itu akan membuatkan kita berasa lebih bersyukur.

Diharapkan segala panduan yang diberikan bermanfaat kepada para calon yang bakal menduduki ujian MUET pada Tahun 2021. Bagi calon yang masih belum selesai menduduki Ujian MUET disebabkan oleh pandemik COVID -19 ini jangan pernah rasa give up kerana setiap ujian yang diberikan pasti melahirkan 1001 kejayaan.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
10 months ago

Wah, baruku tahu caranya.Terima kasih