5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Panduan menulis resume buat graduan baru sering kali menjadi dilema. Hal ini disebabkan penulisan resume merupakkan salah satu perkara penting dalam proses mencari pekerjaan ini. Walaubagaimana sekalipun, masih ramai graduan baru yang tidak tahu maklumat apa yang perlu dikongsikan dalam penulisan resume anda. Bagi memudahkan lagi urusan para graduan baru untuk menulis resume maka kami akan menyediakan serba sedikit panduan menulis resume untuk memudahkan lagi urusan graduan baru.

5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru

Panduan menulis resume

Antara panduan menulis resume buat graduan baru adalah seperti:-

1)Mulakan penulisan resume dengan persoalan?

Dalam setiap penulisan resume, anda WAJIB letakkan tanda soal (?). Ianya bagi memudahkan lagi anda untuk menulis resume. Persoalan ini bagi meletakkan diri anda sebagai seorang yang paling layak untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan tersebut.

TAHUKAH ANDA!!!

Tugas resume yang sebenar adalah untuk menarik minat dan keinginan bakal majikan untuk bertemu dengan anda secara langsung selepas mereka membaca resume anda. Justeru itu, letakkan pesoalan dalam setiap penulisan resume.

2) Guna gaya bahasa yang mudah

Panduan menulis resume

Gunakan gaya bahasa yang mudah ketika menulis resume. Jauhi perkataan yang sukar untuk di fahami dan rumit. Gaya bahasa yang mudah lebih menarik minat pembaca untuk memanggil anda untuk hadiri temuduga untuk langkah yang seterusnya. Justeru itu, PASTIKAN penggunaan gaya bahasa yang mudah untuk di fahami.

Info Tambahan :  Panduan Lengkap SPM Sesi Kedua 2021

Penulisan resume menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami adalah salah satu kunci atau faktor penyebab pihak HR minat untuk memanggil anda mengahdiri temuduga. Terkadang HR BUKAN mereka yang arif dalam jawatan yang dipohon tetapi kebiasaannya dengan gaya bahasa yang mudah membuatkan mereka mudah untuk menyenarai pendekkan resume anda untuk di hantar ke pihak atasan.

3) Pastikan pengalaman yang dikongsikan adalah releven

Panduan menulis resume

Pastikan ketika menulis resume anda perkongsian pengalaman yang releven sangat PENTING. Dalam erti kata yang mudah highlight setiap satu pengalaman yang berkaitan dengann jawatan yang dipohan. Ianya bagi memudahkan anda untuk disenarai pendek dalam peringkat yang seterusnya.

Antara perkongsian pengalaman yang releven atau penting adalah seperti:-

  • Aktiviti kokurikulum
  • Kerja-kerja sukarelawan
  • Praktikal yang pernah anda lalui

PERINGATAN!!!

Sekiranya anda tiada pengalaman yang sesuai untuk diletakkan dalam resume bagi jawatan yang dipohon maka kongsikan sahaja pengalaman yang ada bagu menunjukkan kemahiran tambahan yang anda ada.

4) Serlahkan pencapaian terbaik

Seorang penulis resume yang baik, anda perlu BIJAK dalam serlahkan pencapaian terbaik diri anda. Anda perlu beringat bahawa pembaca atau syarikat yang anda pohon TIDAK mengenali anda maka anda WAJIB serlahkan pencapaian terbaik anda di dalam bentuk penulisan. Ianya bagi menarik minat pembaca untuk memanggil anda untuk sesi temuduga.

Antara cadangan terbaik dalam menyerlahkan lagi pencapaian terbaik anda adalah seperti nyatakan kemahiran yang anda ada atau penceramah terbaik selepas tamat pengajian dll. ELAKKAN penggunaan frasa kata yang TIDAK jelas seperti “mempunyai skill komunikasi yang baik”.

5) Ringkas dan tepat

5 Panduan Menulis Resume Buat Graduan Baru 1

Kebanyakkan graduan baru gemar untuk menulis resume yang panjang kerana mahu menarik minat bakal majikan, tetapi sebenarnya tanggapan itu adalah salah. Resume yang ringkas dan tepat adalah yang baik. Perkongsian maklumat yang banyak itu bagus tetapi anda perlu beringat adakah ianya bersesuaian dengan masa bakal majikan anda.

Justeru itu, pastikan penulisan resume anda adalah ringkas dan tepat mengikut kriteria yang dikehendaki oleh pihak syarikat dan majikan. Semasa menulis resume anda perlu pastikan setiap maklumat yang anda berikan adalah ringkas dan tepat.

Info Tambahan :  Tips Menguruskan Kewangan Semasa PKP 3.0
***Kualiti penulisan resume adalah lebih penting berbanding kuantiti maklumat anda***

TAHUKAH ANDA!!!

Pihak majikan hanya akan menghabiskan masa selama 6 hingga 10 saat untuk meniliti resume anda. Justeru itu, resume yang ringkas dan tepat mengikut kehendak majikan amatlah PENTING.

Jadikanlah diri anda di tempat majikan, adakah anda mahu membaca setiap satu resume pemohon atau hanya menyelak sedikit resume pemohon yang hanya memenuhi kriteria yang anda mahukan. Justeru itu, sebagai graduan baru anda sendiri perlu bijak dalam menentukan hala tuju permohonan jawatan dalam pekerjaan yang anda pohon.

Rujukan :-

1) https://www.jobstreet.com.my/career-resources/job-hunting/10-panduan-menulis-resume-pertama-hebat-untuk-graduan-baru/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments