5 Peluang Kerja Aliran Ekonomi STPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda pelajar STPM dan mengambil aliran ekonomi? Mungkin anda masih tertanya-tanya peluang kerja yang boleh diceburi sekiranya mengambil aliran ekonomi STPM. Segala pertanyaan akan terjawab sekiranya anda membaca artikel ini dari mula hingga akhir, insya Allah.

peluang kerja ekonom
peluang kerja ekonomi

Sebelum saya kongsikan tentang peluang pekerjaan yang ada, elok juga sekiranya saya kongsikan tentang  jurusan yang anda berpeluang untuk ambil di universiti nanti sekiranya mengambil aliran ekonomi.

  1. Jurusan ekonomi
  2. Jurusan pentadbiran perniagaan
  3. Jurusan Kewangan Islam 
  4. Pendidikan dengan ekonomi ( untuk menjadi guru ekonomi)
  5. Jurusan perbankan
  6. Jurusan perakaunan

Banyak lagi sebenarnya jurusan yang ada di universiti awam dan universiti swasta. Baik, sekarang kita lihat prospek kerjaya yang tersedia untuk anda. 

1.Pakar ekonomi

Seorang pakar ekonomi terdidik dan terlatih telah mempelajari aspek-aspek mengenai urus niaga, pasaran, kewangan kerajaan dan kewangan syarikat. Mereka bekerja  di dalam pelbagai sektor seperti di syarikat swasta, syarikat kerajaan atau sebagai anggota kerajaan. Sekiranya pakar ekonomi bekerja di syarikat seperti institusi kewangan, mereka lebih cenderung untuk membantu pihak bank melakukan pelaburan dengan tepat. Manakala sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan, tugas mereka adalah melakar strategi pembangunan ekonomi dan pelbagai perundangan yang berkaitan dengan segala urus niaga di dalam dan luar negara.

Jika anda rasa anda berminat dengan pekerjaan ini, mungkin anda boleh pertimbangkan suatu hari nanti untuk menjadi pakar ekonomi negara. Anda akan bertanggungjawab mengkaji data kewangan, melakukan ramalan / unjuran, menyiapkan bajet dan menjangkakan kesan ekonomi negara. 

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

2. Pegawai ( Pemasaran / Operasi / Sumber Manusia / Kewangan / Logistik)

Anda juga boleh menjadi pegawai pemasaran sekiranya berminat. Jawatan ini ada banyak di syarikat-syarikat swasta. Antara tugas dan tanggungjawab adalah menjadi wakil pemasaran kepada program yang dijalankan, menyediakan laporan jualan harian, mingguan dan bulanan, memahami dan merancang strategi pemasaran, menyediakan bahan pemasaran untuk khidmat pelanggan. Di samping itu, jangan pula terkejut jika saya katakan untuk menjadi seorang pegawai pemasaran yang baik, pengetahuan asas tentang media sosial dan copywriting sangat diperlukan, Ini merupakan skill yang wajib anda ada agar anda boleh mendapatkan jualan mengikut target yang telah ditetapkan. 

Oleh sebab itu, banyak skill lain lagi yang diperlukan seperti boleh bekerja dalam kumpulan dan komunikasi yang baik. Mungkin semasa di sekolah menengah anda ada menyertai pertandingan pidato, ini boleh membantu tahap komunikasi dan presentation anda nanti.

3. Pendidik / Pensyarah

Sekiranya jiwa anda lebih cenderung kepada pendidikan, anda boleh memilih profesion dalam bidang pendidikan iaitu sebagai guru ekonomi atau pensyarah ekonomi. Untuk menjadi guru memadai dengan ijazah sarjana muda sahaja tapi kalau anda mahu jadi pensyarah anda perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Malahan, lebih tinggi lebih elok iaitu peringkat PhD. Sekiranya anda berkemampuan untuk belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi, anda sangat digalakkan untuk menjadi seorang pensyarah. 

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Namun jika mahu bekerja menggunakan degree sahaja boleh cuba mohon jawatan pensyarah di kolej swasta.

 4. Usahawan

Part ini mungkin part yang ramai orang suka. Siapa yang tidak suka menjadi usahawan? Menjadi seorang usahawan membolehkan kita mempunyai perniagaan atau bisnes sendiri. Hal ini bermakna kita bebas mengatur jadual kerja kita. Buat lebih akan dapatlah lebih. Itulah kata-kata yang sering saya dengar daripada orang tua yang lebih berpengalaman. Kalimat inilah yang menuntut para usahawan untuk bekerja dengan lebih keras, tidak kisahlah usahawan IKS ( Industri Kecil dan Sederhana) hinggalah usahawan yang mempunyai perusahaan yang besar. Tambahan pula nabi Muhammad s.a.w mengatakan 9 daripada 10 punca rezeki ialah perniagaan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya perniagaan dalam Islam. Sebagai contoh, boleh mengangkat martabat orang Islam kerana bertambahnya orang Islam yang kaya seterusnya mampu mengeluarkan zakat untuk membantu orang yang memerlukan.

5. Pegawai Bank

Tugas seorang pegawai bank ialah mengawal atur kelancaran transaksi pertukaran mata wang asing mengikut prosedur yang telah ditetapkan, merekodkan serta mengimbangi akaun kredit dan debit setiap transaksi kewangan yang berlaku sebelum akaun ditutup pada akhir sesi perkhidmatan, membuka atau menutup akaun mengikut permohonan daripada pelanggan. Anda boleh layari Internet untuk mengetahui bidang tugas seorang pegawai bank dengan lebih terperinci.

 Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat dan membantu anda untuk membuat pilihan yang betul usai pengajian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *