5 perangai sahabat tak suka

0
2

Pada kali ini kita bincangkan 5 perkara yang boleh menjadi faktor penolak kepada hubungan rakan yang baik, kadangkala kita tidak sedari apakah yang kita lakukan sehingga rakan mula menjauhkan diri dari diri kita.kepentingan rakan ini memang tidak dapat disangkal demi mendapatkan sokongan hidup terutama dalam urusan kerja semasa;

Sikap bertangguh melebihi masa bertindak

Sikap ini biasa dilakukan oleh segelintir dari kita, sikap ini kebanyakannya berlaku apabila sesuatu kerja diberi dan perlu disiapkan tetapi kebanyakan diri individu tidak sedari dan terbawa dengan sikap yang suka berehat sebelum sesuatu tugas itu belum diselesaikan

Sikap malas melebihi rajin

Sikap ini merupakan yang selalu berlaku oleh ramai orang, sikap ini boleh membuatkan persepsi rakan menurun dan memburukkan personaliti. Hal ini kerana dalam berkawan, kerajinan dalam komunikasi dan kerja berpasukan amat penting untuk mengukuhkan perhubungan persahabatan.

Sikap komen lebih dari sikap membina

Kebanyakan dari kita lebih suka untuk mencari aspek negatif dari seseorang.  Kadangkala kita lebih suka berterus terang tetapi cara yang digunakan tidak bersesuaian hingakan rakan terasa hati hingga menjauhkan diri.

Sikap berseronok melebihi sikap komitmen

Kadangkala rakan juga lebih menyukai kawan yang serius dan bergembira mengikut tempat. perlakuan yang sentiasa mahukan keseronokan boleh membuatkan rakan cuba mencari rakan lain kerana inginkan hubungan yang ada faedah kebaikan.

Sikap membazir melebihi sikap berusaha

Dalam perhubungan dengan rakan pembaziran ini perlu dielakkan kerana tidak semua kawan yang mahukan duitnya dihabiskan dan kebanyakan berkawan ini mengharapkan perkongsian bijak untuk mendapatkan situasi menang-menang.

Faktor diatas ini menjadi faktor penolak kepada rakan baik sahaja. Rakan yang kurang baik sahaja yang terus hanyut melayan perkara-perkara negatif yang disebutkan diatas.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :