5 Persediaan Belajar Yang Berkesan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Persediaan Belajar
Persediaan Belajar

Dalam pelajaran, perlu untuk kita fikirkan bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Perasaan malas, penat, mengantuk dan sebagainya. Ternyata perkara-perkara ini sangat menganggu anda untuk belajar. Bagaimana caranya untuk bersedia belajar dengan keadaan yang selesa dan menyenangkan anda.

Di sini, saya kongsikan kepada anda yang mengalami perkara sebegini untuk lebih bersedia untuk belajar.

5 Persediaan Belajar Yang Berkesan

  1. Pilih Tempat Belajar Yang Sesuai
  • Tempat belajar sangat memainkan peranan penting untuk anda memulakan sesi pembelajaran mahupun ulangkaji. Tempat yang sunyi dan tenang juga terhindar daripada sebarang gangguan pastinya memudahkan anda untuk belajar. Jika anda berada berada di universiti ataupun kolej, pastinya perpustakaan tempat yang paling sesuai. Di bilik asrama juga boleh, tetapi dikhuatiri anda.
  1. Pemilihan muzik
  • Sesetengah pelajar memerlukan muzik ketika belajar. Mereka merasakan lebih nyaman dan tidak terlalu tertekan. Kepada yang lebih menggemari gaya belajar sambil mendengar muzik, disarankan untuk mendengar muzik yang lebih santai agar sesi pembelajaran dapat dihadam dengan baik.
  1. Pastikan Kesegaran Badan
  • Sebaiknya, pastikan badan anda berada dalam keadaan yang segar. Seeloknya, mandi dan basahkan rambut. Ini kerana, badan yang cergas dan segar, akan membuatkan anda lebih bertenaga untuk belajar. Disarankan, untuk anda melakukan riadah dan regangan sebelum belajar bagi mengelakkan anda lemah dan tidak bermaya.
  1. Makan
  • sediakan makanan seperti kekacang dan kismis. Anda boleh mengambil kekacang seperti pistachio yang dapat dapat merangsang minda anda. Pengambilan kekacang dan kismis ini adalah sebagai kudap kudapan yang baik diambil ketika anda sedang belajar. Jangan pula anda mengambil makanan berat seperti nasi ketika belajar. Ia boleh menyebabkan anda mengantuk.
  1. Mengatur Masa
  • Pilih waktu yang sesuai untuk minda dan badan anda belajar serta dapat menerima ilmu yang anda belajar. Waktu yang sebaiknya adalah pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh dan juga waktu malam selepas isyak. Pada waktu begini, otak berada dalam keadaan aktif dan segar untuk memproses sebarang maklumat. Sebaiknya untuk anda bijak mengatur masa anda agar pada waktu-waktu yang bersesuaian untuk belajar tidak terganggu.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here