5 Sebab Kenapa Tidak Berjaya UPU

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan UPU telah dikeluarkan, ramai yang kecewa dan ada juga yang tidak berjaya UPU. UPU ialah pusat permohonan untuk lepasan SPM dan STPM setaraf untuk memohon ke institusi pengajian tinggi dan juga institusi kemahiran. Permohonan UPU setiap tahun dibuka dan memproses banyak permohonan setiapkali permohonan dibuka. Tapisan permohonan perlu dilakukan bagi mengisi kekosongan tempat institusi yang terhad. Oleh demikian, mungkin ada permohonan UPU yang berjaya ataupun tidak berjaya UPU.

Sebab Tidak Berjaya UPU

Sekiranya anda tidak berjaya , mungkin pelbagai persoalan timbul. Adakah anda tidak layak ataupun masalah teknikal. Menurut UPU, terdapat 4 sebab yang memungkinkan persoalan anda dapat dijawab iaitu sebab tidak berjaya UPU.

Tidak Berjaya UPU

Tidak Berjaya UPU

Sebab 1

Kesalahan diri sendiri ( Permohonan Tidak Lengkap )

  • Dalam permohonan online segalanya perlu lengkap supaya permohonan dapat sampai terus ke dalam sistem untuk dipertimbangkan. Setiap permohonan perlulah diakhiri dengan penghantaran. Pihak UPU mewajibkan setiap permohonan di sahkan dan dihantar online. Butang Sah dan hantar disediakan diakhir permohonan. Kecuaian tidak klik butang sah dan hantar membuatkan permohonan langsung tidak dapat dipertimbangkan. Jika keputusan peperiksaan anda sehebat manapun, ia tetap tidak sampai untuk dipertimbangkan.

Sebab 2

Kurang informasi ( Mohon Kursus tidak sesuai dengan kelayakan )

  • Setiap kursus di UPU mempunyai syarat kelayakan tersendiri. Memilih kursus atas dasar minat dan kemahuan sendiri sahaja tidak berguna sekiranya ia tidak disesuaikan dengan kebolehan sendiri iaitu pencapaian sendiri. Tindakan memohon kursus yang tidak menepati syarat kelayakan juga perbuatan sia-sia kerana kebanyakan sistem akan mengasingkan tapisan pertama permohonan yang tidak menepati syarat kelayakan kursus. Kadangkala apa yang kita mahukan tidak semestinya sesuai untuk kita, cuba suaikan dengan kebolehan diri iaitu keputusan peperiksaan kita untuk membuat sebarang permohonan.

Sebab 3

Masalah di temuduga ( Kelemahan diri )

Ada juga kursus yang menetapkan temuduga untuk kelayakan. Kursus-kursus yang memerlukan temuduga biasanya menetapkan markah tertentu untuk temuduga. Oleh kerana itu, temuduga menjadi salah satu komponen dalam merit penerimaan sesuatu permohonan. Kegagalan untuk mendapatkan markah yang baik ( personaliti, pengetahuan bidang, isu semasa, Penyelesaian masalah ) membuatkan anda kalah bersaing dengan individu lain dalam perebutan tempat kursus tersebut. Selain itu, ada juga pemohon yang terlebih dahulu tidak disenarai untuk mengikuti temuduga kerana masalah kelayakan.

Sebab 4

Tidak Terpilih ( Universiti/ istitusi tidak memilih anda )

Kebanyakan permohonan yang disenarai pendek akan dinilai oleh pihak universiti. Ada juga pihak universiti akan berbincang terlebih dahulu untuk membuat pemilihan. Prosedur yang dilakukan adalah untuk memastikan pemilihan calon adalah tepat selaras dengan target pihak Institusi sendiri. Keseuaian ini penting demi melahirkan graduan yang berkualiti seterusnya mengahrumkan nama institusi.

Oleh itu, pemohon perlu bijak membuat pilihan universiti dan perlu banyak berdoa kerana rezeki juga sebenarnya ditentuakan Allah.

Sebab 5

Tidak Pandai Membuat Kajian Permohonan ( Pilih Kursus ‘ Hot ‘ )

Sebagai seorang pelajar yang hebat, seharusnya mempunyai kebijaksanaan untuk mengkaji tren pemilihan kursus tahun tersebut. Untuk diterima pengajian, seharusnya anda pandai membuat kajian kursus yang kurang orang mohon tapi mempunyai peluang yang cerah untuk masa depan. Pilihan kursus sebenarnya banyak ditawarkan oleh setiap institusi, bagaimana kita memanfaatkan peluang yang ada itu yang menjadikan kita berjaya. Seorang pelajar seharusnya pandai mencari informasi melalui media massa, bertanya pakar , membuat tinjauan dan sedikit kajian untuk mendapatkan maklumat berharga sebelum memilih kursus yang diminati.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x