Tip menjadi pelajar yang cemerlang buat semua pelajar tidak kira pelajar SPM, STPM, STAM, peringkat Matrikulasi dll. Justeru itu, tip menjadi pelajar yang cemerlang ini amat berguna untuk semua. Sebenarnya secara zahirnya kecemerlangan itu TIDAK diukur dari segi kejayaan dalam bidang pendidikan sahaja malahan kecemerlangan itu diukur dari pelbagai sudut. Justeru itu, sebagai pendidik anda perlu FAHAMI dahulu maksud cemerlang itu sendiri.
5 Tip Menjadi Pelajar Yang Cemerlang
Semua orang boleh menjadi pelajar yang cemerlang tetapi BUKAN semua boleh menjadi cemerlang dunia dan akhirat. Justeru itu, ketahui dahulu tip menjadi pelajar yang cemerlang sebelum anda mengklasifikasikan diri anda sebagai seorang yang cemerlang.
Justeru itu, anda perlu bijak dalam mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat. Salah satu teknik untuk anda mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat adalah TIDAK meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam dan membaca Al-Quran setiap hari.
“Solat merupakan tiang agama maka bagi memastikan anda menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat, JANGAN pernah sesekali anda MENINGGALKAN solat 5 waktu. “
Setelah anda mampu mengimbangkan kehidupan dunia dan akhirat maka anda mampu menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Antara tip menjadi pelajar cemerlang adalah:-
1) Mengulangkaji pelajaran setiap hari
Dalam setiap perbuatan, mengulangkaji pelajaran setiap hari mampu membantu anda untuk sentiasa mengingati dan memahami setiap subjek yang anda pelajari. Justeru itu, sangat DISARANKAN untuk anda mengulangkaji pelajaran yang anda pelajari setiap hari. ELAKKAN diri daripada terlalu stress setelah mengulangkaji pelajaran tersebut.
Sekiranya terlalu penat dan berasa stress atau bosan setelah mengulangkaji pelajar, anda boleh mengikuti cara ini untuk memastikan pelajar sentiasa bertenaga untuk belajar.
Cara kekal bertenaga ketika belajar adalah seperti:-
- Rehat setiap 15 minit setelah 1 jam selesai mengulangkaji pelajaran
- Pilih matapelajaran yang diminati dahulu untuk mengulangkaji pelajaran dan diikuti dengan matapelajaran yang kurang diminati
- Gunakan map atau melukis ketika mengulangkaji peljaran
- Sentiasa ada pen yang berwarna warni untuk menarik minat untuk pelajari sesuatu yang sukar untuk difahami
2) Rancang masa anda
Dalam setiap satu perbuatan, perancangan itu SANGAT PENTING. Maka, rancang masa dengan betul bagi MENGELAKKAN anda daripada stress dalam pengurusan masa. Justeru itu, rancang masa dengan betul bagi memastikan anda mempunyai cukup masa untuk mempelajari sa subjek yang anda kehendaki.
Contoh rancang masa belajar adalah seperti:-
- Pagi : Belajar subjek yang melibatkan pembacaan seperti sejarah
- Petang : Belajar subjek yang melibatkan sains
- Malam : Belajar subjek yang melibatkan pengiraan (contoh: Matematik)
Maklumat lanjut berkenaan dengan pelajaran boleh KLIK DISINI
Ini adalah salah satu contoh cara untuk pelajar merancang masa untuk mengulangkaji setiap subjek yang ada. Ianya bagi memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran.
3) Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk belajar
Pemilihan masa dan tempat yang sesuai untuk belajar juga PENTING. Hal ini bagi memastikan anda mendapat keselesaan semasa belajar. Justeru itu, anda perlu ketahui tempat belajar yang sesuai untuk anda belajar. ELAKKAN tempat yang bising ketika belajar kerana kawasan yang bising boleh menyebabkan pelajar hilang fokus ketika belajar. Justeru itu, masa dan tempat yang sesuai untuk belajar amatlah PENTING.
***KESELESAAN SEMASA BELAJAR MERUPAKAN SALAH SATU KEPENTINGAN SEMASA BELAJAR***
4) Menghormati guru yang mengajar anda
Salah satu kepentingan ketika belajar adalah menghormati guru yang mengajar anda kerana mereka merupakan pendidik yang memberi ilmu kepada kita.
PERINGATAN!!!
Guru merupakan seorang yang membakar diri untuk memberikan ilmu kepada pelajar, maka anda WAJIB menghormati guru yang mengajar kita daripada seorang yang tidak tahu apa-apa kepada seorang yang bijak pandai. Maka, hormatilah mereka seperti ibu bapa kita.
5) Tidur pada awal waktu
Tidur pada awal waktu dapat membantu pelajar fokus pada sebelah pagi. Maka, sangat DISARANKAN pelajar untuk tidur pada awal waktu agar mendapat rehat yang mencukupi. Rehat yang mencukupi sangat PENTING untuk mengekalkan stamina dan fokus pada keesokan harinya.
Selain daripada membantu untuk kekal fokus dan mendapat stamina yang mencukupi, tidur pada awal waktu juga membantu pelajar bangun di awal pagi kerana pembelajaran pada awal pagi lebih memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari.
Pada masa yang sama, tidur pada awal waktu juga memudahkan pelajar bangun untuk tunaikan solat sunat dan tahajud.
Diharapakan dengan segala perkongsian ini mampu membantu anda untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Diharapkan tip menjadi pelajar yang cemerlang ini dapat membantu anak anda menjadi seorang pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.