5 Tip Pilih Universiti Sesuai Dengan Anda

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Beberapa tip penting berkaitan bagaimana pilih universiti yang sesuai dengan anda mungkin berguna jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi menjadi permasalahan apabila anda keliru untuk membuat pemilihan universiti manakah yang terbaik untuk pengajian anda. Oleh itu, saya kongsikan beberapa tips yang boleh menjadi garis panduan kepada anda untuk memilih universiti terbaik sepanjang pengajian.

Pilih universiti
Pilih universiti

Tip Pilih Universiti

Berikut merupakan beberapa aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam membuat pemilihan. Antaranya adalah :

  1. Mengetahui Jenis Institusi Pilihan
  • Kenal pasti bidang yang menjadikan universiti tersebut namanya dikenali ramai. Misalnya, universiti Putra Malaysia lebih dikenali dalam bidang pertaniaannya. Jika anda ingin melanjutkan pengajian anda dalam bidang pertanian, UPM menjadi pilihan utama anda. Tidak dinafikan, universiti lain seperti UITM turut memiliki bidang pertanian contohnya. Tetapi, adakah keperluan yang disediakan menepati keperluan industri.
  1. Memilih Universiti Yang Memiliki Kredibiliti
  • Menjadi keutamaan untuk anda melihat komuniti yang bakal membantu anda sepanjang pengajian. Contohnya, anda perlu lebih membuat penelitian berdasarkan kepada pensyarah serta kualiti pendidikannya, bertanya kepada graduan ataupun alumni universiti berkenaan institusi tersebut. Pasti serba sedikit dapat membantu anda.
  1. Mengutamakan Pengalaman
  • Kebiasaannya, majikan lebih mengutamakan kemahiran dan juga pengalaman sebagai memenuhi keperluan industri. Oleh yang demikian, anda perlu bijak memilih institusi yang memberikan kemahiran dan keperluan akademik yang menepati keperluan majikan serta industri. Sebaiknya jika instirusi tersebut memberikan anda keperluan yang anda inginkan. Ingat, anda belajar untuk kerjaya masa hadapan anda.
  1. Pembangunan Sahsiah
  • Perhatikan aktiviti kokurikulum diinstitusi berkenaan. Bagaimana pencapaian institusi tersebut dalam kokurikulum sukan dan penglibatan pejalar-pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan. Cara begini mampu melahirkan pemikiran yang kreatif serta graduan yang berkualiti pada masa depan.
  1. Kesesuaian dengan pilihan
  • Sekiranya anda berkesempatan, lakukan lawatan ke institusi yang berada dalam senarai pilihan anda. Lihatlah persekitaran institusi tersebut dan pergaulan pelajar. Cuba rasai pengalaman sebagai sebahagian pelajar daripada komuniti yang bergelar pengajian tinggi. Ia akan menjadi mudah bagi anda sekiranya anda dapat menyesuaikan diri anda dengan suasana pembelajaran dan persekitaran institusi. Bukan seharu dua anda akan belajar di situ, tetapi mengambil masa setahun dua, jadinya ia merupakan perkara yang amat perlu dititik beratkan

One thought on “5 Tip Pilih Universiti Sesuai Dengan Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *