5 Tips Mudah Mengawal Stress Semasa belajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips mudah mengawal stress semasa belajar yang masih ramai tidak ketahui sehingga terkadang kita mendengar pelajar gagal mengawal emosi mereka. Justeru itu, sangatlah PENTING untuk mengetahui tips mudah mengawal stress semasa belajar pada peringkat awal lagi.

***Stress itu normal tetapi sekiranya terlalu kerap stress maka ianya akan merosakkan minda pemikiran anda***

Tips Mudah Mengawal Stress


Sebelum tips mudah mengawal stress semasa belajar diberikan, fahami dahulu maksud stress atau tekanan yang sebenarnya.

Stress atau tekanan :-

  • Merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami seseorang apabila tuntutan tidak dipenuhi oleh diri anda.
  • Atau apabila anda berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau, bunyi atau kata-kata yang kurang menyenangkan

Justeru itu, stress boleh didapati oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas. Walaubagaimana sekalipun, setiap individu akan mengalami tahap stress yang berbeza mengikut tekanan yang mereka hadapi.

TAHUKAH ANDA!!!

Stress yang sedikit dan sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada sesetengah individu. Walaubagaimana sekalipun, stress yang melampau dan pada jangka masa yang panjang adalah tidak baik untuk kesihatan mental dan emosi.

***Dapatkan bantuan ahli keluarga dan Health Professional sekiranya anda mengalami stress yang teruk***

Tips Mudah Mengawal Stress Semasa belajar

Antara tips mudah mengawal stress semasa belajar adalah seperti:-

1) Beribadah

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

Tips Mudah Mengawal Stress


Dalam mmenjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar, JANGAN pernah lupa untuk beribadah (mengikut kepercayaan agama masing-masing). Beribadah dapat memberi sokongan emosi dan terapi diri yang terbaik buat setiap individu. Justeru itu, lakukanlah ibadah dengan sempurna sekiranya anda stress.

Antara contoh beribadah yang mudah dilakukan ketika stress bagi yang beragama islam adalah seperti:-

  • Solat
  • Berzikir
  • Istifar
  • Berselawat keatas Nabi SAW

2) Berkongsi perasaan dengan mereka yang mudah untuk dipercayai


Berkongsi perasaan dengan mereka yang mudah untuk dipercayai agar anda dapat mengurangkan perasaan stress yang dialami. Antara cadangan yang paling mudah untuk diselesaikan bagi seorang pelajar yang stress adalah dengan berjumpa dengan kaunselor. Minta nasihat daripada mereka sekiranya anda berasa stress dan tidak mampu untuk mengawal stress tersebut lagi.

3) Berfikiran positif

Berfikir positif juga mampu mengurangkan stress. Hal ini disebabkan, stress boleh hadir disebabkan oleh prasangka buruk terahadap orang sekeliling. Justeru itu, sentiasalah berfikiran positif kerana ianya dapat mengurangkan kadar stress ketika belajar. Fikiran yang negatif mampu membuatkan seseorang itu bertambah stress dan hilang daya fokus dalam pembelajaran.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

PENTING!!!
Pelajari diri untuk berfikiran positif agar kita dapat meningkatkan kualiti atau taraf kehidupan kita seharian. Pelajari pemikiran positif ini agar kelangsungan hidup pada masa akan datang menjadi lebih mudah.

4) Beriadah

Beriadah merupakan salah satu terapi yang mampu mengurangkan kadar stress dalam kalangan lapisan masyarakat. Justeru itu, para pelajar DINASIHATI agar sentiasa memberi sedikit masa untuk beriadah agar tahap stress anda terkawal. ELAKKAN diri daripada sentiasa berkurung di dalam bilik dan tidak meluangkan masa di luar untuk beriadah. Ianya akan merosakkan pemikiran anda sendiri. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai semasa sesi beriadah kerana ia dapat mengurangkan tahap stress dalam diri anda.

5) Bertenang

Bertenang merupakan satu terapi diri yang mampu membuatkan seseorang itu membuat sesuatu keputusan dengan lebih rasional lagi. Justeru itu, sekiranya anda sebagai pelajar berasa tertekan kerana tidak faham apa yang dipelajari atau tidak mampu menyelesaikan sesuatu soalan maka anda digalakkan untuk bertenang.

Cara bertenang yang disarankan adalah seperti:-

  • Tarik nafas seketika untuk menyambung semula ulangkaji pelajaran
  • Sekiranya masih belum mampu untuk bertenang, maka ambil masa 10 sehingg 15 minit berehat sebentar dan letak dahulu buku di tepi
  • Lakukan rengangan seketika setelah lama mengulangkaji pelajaran

INFO TAMBAHAN!!!
Tahukah anda, sekiranya anda melakukan sedikit senaman anda dapat meningkatkan hormon dan dorfin. Kedua-duanya dapat membantu anda berasa lega dan tenang.

Cara ini mampu membantu untuk anda mendapatkan ketenangan selepas penat belajar. Pada masa yang sama, ianya juga merupakan salah satu tip yang dapat membantu anda untuk mengawal stress semasa belajar.

Stress atau tekanan ini perlu ditangani dengan segera sekiranya anda mahu melayari kehidupan sebagai seorang pelajar yang sempurna. Sedikit stress itu terapi tetapi berlebihan stress itu pembunuh masa hadapan anda sendiri. Maka pilihan ditangan anda sebagai seorang pelajar.

Rujukan :-

http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/#:~:text=berurut.%20berehat%20dan%20mendengar%20muzik.%20beriadah.%20bersenam.%20berfikiran,stres%20negatif%20pada%20peringkat%20permulaan.%20Bernafas%20dengan%20dalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *