5 Tips PENTING dalam Memilih IPTS

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tips penting dalam memilih IPTS di Malaysia. Hal ini disebabkan, semua insan mahu menyambung ke pengajian tinggi TIDAK kira kerajaan atau swasta. Justeru itu, anda WAJIB ketahui tips penting dalam memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 

“Institusi pengajian bukan penentu kerja TETAPI institusi pengajian penting untuk mendapatkan pekerjaan”

Tips PENTING dalam Memilih IPTS

Kebanyakan mereka yang memilih untuk mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kerana pelajar TIDAK dapat menyambung pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Justeru itu, IPTS menjadi pilihan mereka selepas IPTA. Jadi, bagi pelajar yang menyambung pengajian ke IPTS, mereka WAJIB ketahui beberapa tips penting dalam memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Antara faktor penyebab pelajar memilih IPTS setelah TIDAK DITAWARKAN ke IPTA adalah kerana:-

  • Kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa & akan datang
  • Kemudahan pembelajaran yang disediakan
  • Pendedahan secara langsung kepada industri berkaitan kursus yang di ambil
  • Potensi yang tinggi untuk mendapat pekerjaan selepas TAMAT pengajian 

Semua diatas ini PENTING bagi memudahkan lagi urusan pelajar selepas TAMAT pengajian di universiti tersebut. Walaupun, IPTS merupakan salah satu pusat pengajian swasta TETAPI BUKAN semua IPTS menawarkan pengajian yang realistik dengan keadaan semasa. Justeru itu, pelajar perlu BIJAK dalam memilih IPTS. 

TAHUKAH ANDA!!!

Yuran Pengajian di IPTA lebih murah berbanding IPTS kerana sebahagian yuran pengajian sudah ditangguh oleh pihak kerajaan. Justeru itu, yuran pengajian IPTA LEBIH MURAH berbanding dengan IPTS. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya yuran pengajian IPTA TIDAK ditangguh oleh kerajaan, bayaran yuran adalah sama seperti IPTS.

Info Tambahan :  Sebab UPU ditolak dan Rayuan UPUOnline

Antara Tips penting dalam memilih IPTS adalah:-

1) Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi & kursus yang ditawarkan adlaah sah laku

IPTS yang berdaftar dengan KPT merupakan IPTS yang di iktiraf oleh kerajaan. Justeru itu, kebanyakan bidang pengajian mereka juga merupakan bidang pengajian yang sudah di iktiraf dan merupakan salah satu bidang yang memenuhi keperluan industri semasa & akan datang. Pelajar boleh menyemak IPTS yang berdaftar dengan KPT menerusi LamanWeb Rasmi JPT. Maklumat Lanjut

2) Kursus pengajian diakreditasi oleh MQA
Tips PENTING dalam Memilih IPTS
MQA adalah satu badan yang bertanggunjawab memberi satu perakuan rasmi bahawa Sijil, Diploma atau Ijazah yang dianugerahkan kepada graduan adalah sijil yang mencapai standard kualiti dan kriteri yang telah ditetapkan oelh Malaysia Qualification Agency (MQA). Pada masa yang sama, ianya selaras dengan kerangka kelayakan Malaysia atau Malaysia Qualifications Framework (MQF)

Kelebihan kursus diakreditasi oleh MQA:-

  • Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan seperti PTPTN
  • Memudahkan pemindahan kredit untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya
  • Memudahkan pelajar untuk menyambung pengaijian di institusi tempatan atau luar negara

3) Struktur yuran pengajian DILULUSKAN oleh Kementerian Pengajian Tinggi

Yuran TIDAK terlalu mahal, malahan yuran pengajian akan diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walaubagaimana sekalipun, bagi yuran lain ianya bergantung kepada pihak IPTS itu sendiri.

4) Kemudahan dan infrastuktur yang lengkap dan bersesuaian

Info Tambahan :  Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023

5) Kursus pengajian diiktiraf oleh pihak Jabatan perkhidmatan Awam (JPA)

Semua tips diatas merupakan salah satu saranan daripada pihak KPT bagi MENGELAKKAN pelajar daripada tersilap langkah dalam membuat pemilihan IPTS. Pihak Jabatan Pengajian Tinggi juga menyarankan supaya pelajar meneliti semua perkara berikut untuk memilih IPTS yang sesuai dengan keadaan dan kewangan anda.

Pelajar perlu:-

  • Semak dan fahami terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak IPTS
  • Hadirkan diri ke IPTS yang ingin dijadikan salah satu pusat pengajian bagi melihat keadaan yang sebenar IPTS tersebut
  • ELAKKAN diri daripada terpengaruh dengan iklan yang DITAWARKAN oleh pihak IPTS
***PILIH KURSUS YANG PENTING UNTUK INDUSTRI BUKAN KURSUS YANG SEKADAR UNTUK MENDAPATKAN SEGULUNG IJAZAH SAHAJA***

5 Tips PENTING dalam Memilih IPTS

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu semua calon lepasan SPM untuk membuat pilihan Institusi Pengajian mana yang menjadi pilihan hati. Pilih Institusi Pengajian BUKAN kerana nama tetapi kerana kursus yang Ditawarkan. Diharapkan calon menggunakan segala tips penting dalam memilih IPTS ini. 

Hal ini disebabkan, masa hadapan anda bergantung kepada pemilihan kursus yang anda ambil. ELAKKAN daripada mengikut kawan dalam pemilihan kursus. Pilihlah kursus yang anda minati TETAPI membolehkan anda mendapatkan pekerjaan dengan mudah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments