6 Cara Menghafal Dengan Cepat Pelajaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terdapat banyak cara menghafal tetapi mungkin ada cara menghafal dengan cepat yang mungkin lebih berkesan. Mengahafal merupakan perkara yang paling rumit bagi semua pelajar, bukan semua pelajar mampu untuk menghafal subjek- subjek yang diberikan kepada mereka.

Cara menghafal dengan cepat
Cara menghafal dengan cepat

Oleh itu,topik ini akan merungkai cara mudah bagi anda menghafal kesemua pelajaran yang kalian ambil disekolah.

Cara Menghafal Dengan Cepat

1Menghafal Dalam Keadaan Tenang
Menghafal memerlukan sesuatu keadaan yang tenang untuk menjadikan seseorang pelajar itu dapat memberi fokus kepada subjek yang hendak dihafal. Menghafal dalam keadaan tenang juga memerlukan otak yang cergas ,segar ataupun terhindar daripada sebarang tekanan mahupun gangguan yang menjadikan seseorang pelajar tidak fokus terhadap subjek yang dipelajari.

Contohnya, selepas bangun waktu pagi dan, berehat diruangan tamu ataupun beristirehat di bawa pokok, hal ini mampu meningkatkan fokus pelajar dalam menjalani sesi menghafal. Cuba kita menghafal dalam keadaan yang lapar, kita tidak mampu untuk memfokuskan apa yang dipelajari, kita akan lebih cenderung kepada makanan sahaja. contohnya,kita akan ingat kepada nasi lemak, kopi o atau mungkin ayam goreng. Sudah pasti fokus kita akan terganggu.

2Hafal dan Faham
Pemahaman merupakan asas yang paling penting dalam semua proses pembelajaran. Tiada guna kita menghafal kalau kita tidak faham apa yang kita hafal, oleh itu dalam proses ini, pelajar perlulah memahami subjek terdahulu sebelum melanjutkan kepada proses yang seterusnya iaitu, menghafal.

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Asas pemahaman mampu dibentuk bersama guru ketika berada didalam kelas, kerana pemahaman mampu membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran mereka.

3Menghafal dan Melakukan
Jika kita tidak melakukan sesuatu kita tidak mampu untuk memahami apa yang kita pelajari, oleh itu,menghafal memerlukan sesuatu seperti membuat ulangkaji. Contoh yang paling mudah ialah formula matematik. Umum mengetahui bahawa formula matematik amat sukar untuk di ingati oleh semua pelajar, tetapi apabila kita kerap menghafal dan melakukan latih tubi,tidak mustahil kita dapat menghafal semua formula yang ada.

Oleh sebab itu,orang yang rajin,biar pun otaknya lembab dia mampu untuk melakar kerjayaan dengan hanya menghafal dan melakukannya.

Jika kita tidak melakukan sesuatu kita tidak mampu untuk memahami apa yang kita pelajari

4Hafal dan Tulis
Untuk mengigat semua perkara mungkin mustahil bagi semua pelajar, tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil untuk pelajar. Oleh itu, tulis semua formula dan fakta pada buku. Kemudian baca dan terus membaca sehingga kita mampu menghafal semua formula dan fakta yang diberikan.

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Contohnya, bagi memudah kan penghafal kita perlulah membuat nota ringkas, peta minda dah nota bestari agar mampu membantu kita dalam peperiksaan yang akan datang.

5Menghafal dan Suka
Kita perlu suka pada subjek tersebut sebelum kita melakukan perkara seperti menghafal, bak kata pepatah :

Tak kenal maka tak cinta

Sama jugak hal nya dengan menghafal. Menghafal memerlukan minat dan sifat suka kepada subjek yang dihafal barulah tidak cepat bosan dengan subjek tersebut. Apabila minat datang,barulah perkara yang dihafal cepat diserap oleh otak pelajar.

6Jangan Mudah Menyerah Kalah
Siapapun anda perlu mempunyai sifat jangan mudah menyerah. Kerana anda harus sedari bahawa dalam setiap perjalanan hidup, pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang kadang-kadang memang sangat berat untuk kita tempuhi. Namun yakin lah bahawa dalam sebuah masalah yang berat itu pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya, yang kadang kita tidak akan mengerti sebelum kita menghadapi masalah tersebut.

Maka dengan itu, hadapi masalah ini dengan lapang dan penuh semangat. Jangan jadi orang yang mudah menyerah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kepada sahabat-sahabat yang saya sayangi,semoga kalian dapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan ini.

Buat yang terbaik dan semoga berjaya.

One thought on “6 Cara Menghafal Dengan Cepat Pelajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *